Air Karat Paku Pun Berguna, Boleh Jadi Penyubur Tanaman, Pulihkan Pokok Kurang Zat

Share

Paku seperti yang kita tahu selalunya digunakan untuk membuat binaan daripada kayu. Diperbuat daripada besi dan di hujungnya, tajam paku yang terdedah kepada air biasanya akan berkarat dan tidak lagi digunakan.

Namun begitu paku yang berkarat ini rupanya amat berguna untuk tanaman. Air karat dari paku ini boleh dijadikan penyubur atau baja tanaman terutama untuk pokok yang kekurangan nutrien dan zat besi.

Tanda pokok kekurangan zat besi

Biasanya jika manusia kekurangan iron atau zat besi (sel darah merah) dalam badan, tandanya adalah muka pucat, selalu lesu dan lemah.

Begitu juga dengan tanaman, kekurangan nutrien dan zat besi pada pokok boleh menyebabkan penyakit Iron chlorosis.

Tanda-tanda penyakit Iron chlorosis pada pokok adalah daun menjadi kekuningan dan nampak layu, secara tidak langsung menyebabkan pokok tidak subur.

Oleh itu, salah satu kaedah untuk suburkan tanaman adalah dengan menyiram pokok dengan air rendaman paku yang berkarat.

Cara buat air karat

Caranya, ambil segenggam paku dan masukkan dalam botol berisi air biasa, kalau boleh gunakan air sungai dan elakkan air berklorin.

Rendam paku selama 3 hingga 4 minggu untuk mendapatkan air karat yang maksima, kemudian siram pada pokok yang kurang sihat sekali dalam satu minggu.

Sebaiknya siram pada waktu malam kerana matahari tidak panas dan pokok boleh menyedut nutrien lebih panjang.

Sumber: Kompas & Rentas Asia

Published by
VK