Minggu depan umat Islam seluruh dunia akan memulakan ibadah puasa justeru info ini sebenarnya cukup penting supaya kita kekal bertenaga di bulan Ramadan nanti.
Jika setiap kali berbuka dan bersahur kita disunatkan terlebih dahulu makan kurma apa kata tambah satu lagi amalan berkaitan dengan kurma yang mampu memberi manfaat kesihatan lebih lagi.
Amalkan juga minum air rendaman kurma. Sekiranya anda turut ada misi mahu menguruskan badan serta memperbaiki kesihatan pada bulan puasa nanti maka air ini elok sangat diminum setiap hari sebelum sahur.
Turut dikenali sebagai air nabeez, air ini juga amalan Nabi Muhammad s.a.w. Ia pernah disebut dalam beberapa hadis antaranya:
Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!” Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW” tambahnya.
Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari. Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya baginda SAW meminumnya”.
Ads
Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya di pagi hari”. (HR Muslim)
Sebenarnya air nabeez ini sama dengan ‘infused water’ yang dipopularkan masyarakat barat. Ia terlebih dahulu diamalkan oleh Nabi Muhamad s.a.w.
Kelebihan air nabeez
Pemberi & pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).
Selain membantu perut tahan lapar dan dahaga, kandungan dalam kurma ini juga membantu untuk menyingkirkan toksin dari tubuh. Ia sangat berguna sebagai detox.
Selain itu disebabkan air nabeez tinggi dengan khasiat serat, ini mampu membantu proses pencernaan dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa.
Ads
Cara membuat air nabeez
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contoh tiga biji. Buang bijik lalu cari-carikkan isi kurma.
2. Sediakan air masak anggaran 500ml – 1 liter.
3. Rendam isi kurma dalam air tadi malam sebelum tidur. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan biarkan terbuka.
Ads
4. Bangun sahur keesokan hari, minumlah air ini.
Info
Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pada hari lain walaupun bukan di bulan Ramadan. Amalkan minum sewaktu masa perut kosong.
Kurma yang paling baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa.
Sebaiknya buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama atau lebih 3 hari kerana ia akan jadi masam dan tak boleh diminum.
Selain daripada kurma, boleh juga menggunakan kismis untuk membuat air nabeez.
Seronok tengok hasil perkongsian Faizal Suhaimi ini. Sepakat dengan adik beradik mereka merancang mengubah suai kediaman ibu tersayang.
Lebih menarik semuanya dibuat sendiri bersama termasuk proses ubah suai dan dekorasi yang mengambil masa satu bulan. Hasilnya memang terbaekkk dan ibu pun suka…Untung ibu ada anak-anak begini.
Alhamdulillah mak suka!
“Hasil kami adik beradik renovate rumah mak, semua buat sendiri. Alhamdulillah mak suka.
Ambik masa lebih kurang 1 bulan sebab buat time free saja, itu yang lambat. Total habis deco bawah RM10k, tak ingat accurate bajet. So inilah hasilnya sebelum dan selepas.”
Sebelum
Dalam proses ubah suai
Hasilnya
Cantik kan hasil sentuhan adik beradik ni. Ini juga cara nak gembirakan hati ibu.
Kuih serabai yang berasal dari utara ini memang kegemaran ramai terutama untuk dimakan waktu pagi mahupun petang.
Biasanya serabai ini dihidang bersama kuah manis tapi kalau cicah dengan sambal atau kuah kari semalam lagi sedap. Cuma kalau duduk jauh dari negeri Utara memang susah nak jumpa kuih ini dijual. Kalau teringin kenalah buat sendiri. Caranya ditunjukkan oleh Rohani Ronnie.
Cara buat kuih serabai
Bahan-bahan
3 cawan tepung beras (cap teratai)
1 cawan santan
1 sudu besar yis mauripan
1 cawan kanji (tepung beras kacau dgn sedikit air, kacau atas api hingga kental biarkan sejuk)
Secubit garam
1 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
Cara membuat:
Satukan semua bahan dalam bekas dan bancuh hingga sebati. Air letak ikut kesesuaian macam buat adunan kuih ketayap.
Bancuh adunan hingga tidak gentel. Peram selama 3 jam.
Bila adunan dah naik, boleh bakar dalam acuan menggunakan api perlahan. Bila dah sedikit keperangan bolehlah diangkat.
Bahan untuk kuah manis
1 cawan santan
1 cawan air
1 ketul gula merah
2 sudu besar gula putih – ikut citarasa
Sedikit garam
2 sudu besar tepung gandum (untuk pekatkan kuah)
Cara membuat
Satukan semua bahan dalam periuk atau kuali.
2. Masak hingga didih dan pekat. Sesuaikan kadar kemanisan ikut cita rasa. Boleh sediakan kuah manis ini ketika perap adunan.
Ramai kalangan kita yang memilih menggunakan kereta auto untuk memudahkan pemanduan apatah lagi dengan keadaan jalan yang selalu sesak ketika ini. Takdelah penat kaki tekan brek dan clutch.
Tapi sebagai pengguna kereta auto ada beberapa tip asas yang kita kena biasakan semasa memandu bagi memastikan fungsi gear kereta digunakan dengan betul selain menyelamatkan gearbox dari cepat rosak.
Dikongsi oleh PakWee usahawan aksesori kereta, menurut beliau sia-sia saja jika pakai kereta auto jika tidak mengetahui dan mempraktikkan empat perkara asas ini.
1. Jika berhenti di traffic light
Kebiasaan kita bila berhenti di traffic light kita akan biarkan gear pada D dan tekan brek, cara ini akan beri bebanan pada gear box dan cepat merosakkannya.
Cara betul adalah – tekan brek – tolak ke N – tarik hand break.Bila lampu hijau lepaskan hand break tolak ke D dan jalan.
2. Bila turun bukit
Bila bawa kereta menuruni bukit yang curam sebaiknya guna gear manual, dan pastikan gear 1 dan 2 supaya tak banyak menggunakan brek kaki. Jika terlalu banyak menggunakan brek boleh jadi sampai kaki bukit brek pad terbakar.
3. Bila parking tempat curam
Walau parking di tempat curam kita akan tetap menggunakan cara biasa. Letak ke P dan tarik handbreak. Cara ini sebenarnya boleh menyebabkan beban jatuh kepada gearbox.
Cara yang betul adalah tolak gear ke – N – tarik hand break dan barulah tolak gear ke P. Cara ini beban akan jatuh ke hand break bukan gear box. Selamat gear box tahan lama.
4. Jangan guna 2 kaki
Jangan bawa kereta auto macam kereta manual menggunakan dua kaki untuk tekan minyak dan brek. Ini kerana kaki kiri takkan dapat tekan brek dengan sempurna seperti kaki kanan. Ia lebih selamat dan mencegah dari berlaku kemalangan.
Boleh juga tonton video di bawah untuk penjelasan PakDee.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...