Salah satu cara untuk memperoleh tubuh yang sihat sekali gus menurunkan berat badan, ramai yang mengamalkan minum ‘infused water’ atau air untuk detoks.

Pelbagai jenis infused water yang dicedok amalan masyarakat  barat. Tapi sebenarnya dalam Islam sendiri infused water ini sudah lama diperkenalkan.

Ia diamalkan terlebih dahulu oleh Nabi Muhammad saw dan dikenali sebagai air nabeez. Ia merupakan air rendaman kurma atau pun kismis.

Ads

Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;

“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim).

Pastinya ada banyak lagi kurma lebihan bulan puasa lalu jadi gunakan sebaiknya untuk membuat air nabeez ini.

Cara membuat air nabeez

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contoh tiga biji. Buang bijik lalu cari-carikkan isi kurma.

Ads

2. Sediakan air masak anggaran 500ml – 1 liter.

3. Rendam isi kurma dalam air tadi malam sebelum tidur. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan dibiarkan terbuka.

4. Bangun keesokan hari, minumlah air ini.

Air Rendaman Kurma, Cara Berkesan Singkirkan Toksin & Turunkan Berat Badan

Ads

 

Kelebihan air nabeez

  • Selain membantu perut tahan lapar dan dahaga, kandungan dalam kurma ini juga membantu untuk menyingkirkan toksin dari tubuh.
  • Ia juga sangat berguna sebagai detox untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.
  • Selain itu disebabkan air nabeez tinggi dengan khasiat serat, ini mampu membantu proses pencernaan dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa.

Info

  • Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan. Amalkan minum sewaktu masa perut kosong.
  • Kurma yang paling baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa.
  • Sebaiknya buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama atau lebih 3 hari kerana ia akan jadi masam dan tak boleh diminum.
  • Selain daripada kurma, boleh juga menggunakan kismis untuk membuat air nabeez.

Sumber foto :  Facebook Kayumanisceylon

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI