Salah satu cara untuk memperoleh tubuh yang sihat sekali gus menurunkan berat badan, ramai yang mengamalkan minum ‘infused water’ atau air untuk detoks.
Pelbagai jenis infused water yang dicedok amalan masyarakat barat. Tapi sebenarnya dalam Islam sendiri infused water ini sudah lama diperkenalkan.
Ia diamalkan terlebih dahulu oleh Nabi Muhammad saw dan dikenali sebagai air nabeez. Ia merupakan air rendaman kurma atau pun kismis.
Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;
“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim).
Pastinya ada banyak lagi kurma lebihan bulan puasa lalu jadi gunakan sebaiknya untuk membuat air nabeez ini.
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contoh tiga biji. Buang bijik lalu cari-carikkan isi kurma.
2. Sediakan air masak anggaran 500ml – 1 liter.
3. Rendam isi kurma dalam air tadi malam sebelum tidur. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan dibiarkan terbuka.
4. Bangun keesokan hari, minumlah air ini.
Sumber foto : Facebook Kayumanisceylon