
Isi Kandungan
ToggleAir soya antara yang selalu kita beli untuk dijadikan minuman. Air ini pun memang banyak dijual di kedai.
Tapi sebenarnya air soya ini lagi sedap dibuat sendiri. Lebih segar dan lebih berkhasiat sebab tak guna pengawet. Lagi satu buat sendiri lagi jimat, modal RM 1.50 boleh dapat 2 liter air soya.
Jom buat sendiri ikut perkongsian Asrinna Bakri.
Buat sendiri air soya
Bahan-bahan:
Kacang soya
Gula
Daun pandan
Cara membuat :
1. Cuci dan rendam kacang soya 4-5 jam atau hingga kembang. Boleh rendam sebelum tidur untuk masak keesokkan harinya.
2. Ulang cuci. Buang kulit-kulit yang tertanggal. Toskan.
3. Step ni PENTING. Blend kacang soya dengan air. Nisbah 1 cawan kacang soya, 3 cawan air. Masukkan air sedikit demi sedikit.
4. Tapis guna penapis kain. Masak air soya dengan daun pandan. Api sederhana je.
Masak sampai nak mula mendidih. Tutup api.
5. Masukkan gula ikut kemanisan yang dikehendaki. Kacau sampai gula larut. Siap!
Untuk 250g kacang soya ,dapat 2 liter air soya.
Selamat mencuba.
Sumber: Asrinna Bakri
Sebelum Nak Beli ‘Dryer’ Gara-Gara Baju Tak Kering Sebab Musim Hujan, Baca Dulu Penjelasan Ini

Isi Kandungan
Toggle
Bila musim hujan macam sekarang kedai dobi terutama layan diri memang penuh gara-gara baju yang dibasuh tak kering.
Selalunya mesim pengeringlah yang akan jadi rebutan.
Bila dah buang masa beratur panjang di kedai dobi ni maka ramailah kaum wanita terfikir nak beli dryer. Mesti korang pun salah seorang kan.
Tapi berbaloi ke kalau nak beli dryer ini di rumah. Jika perkara yang sama bermain dalam fikiran, perkongsian daripada Afyan Mat Rawi ini sangat membantu. Satu ketika dulu inilah juga dilema yang dihadapi.
Tak beratur dah lepas ada ‘bibik’ elektrik’
1. Tengah buat apa tu? Tengah beratur panjang menunggu giliran di kedai dobi ke? Hehe…
2. Saya dulu macam ini juga. Beratur panjang untuk membasuh dan mengeringkan pakaian di kedai dobi. Tapi sekarang tidak lagi. Selepas wujud “bibik” eletrik ini ?
3. Kisahnya sekitar Disember 2016 – Januari 2017. Tarikh ini saya ingat, sebab setiap kali beli barang-barang mahal, saya akan tulis tarikh pembelian pada barangan tersebut. Hahaha!
4. Tujuannya untuk melihat sejauh mana ia bertahan dan betul tak ia berbaloi.
5. Sebelum saya beli bendalah ini, sebulan mesin basuh lama saya rosak dan sepanjang sebulan itulah saya berulang-alik ke kedai dobi layan diri berdekatan rumah untuk membasuh pakaian.
6. Lama juga saya survey sebelum membuat keputusan. Sebulan-dua juga.
Ini hasil survey saya
7. Kenapa ambil masa sampai berbulan-bulan?
Sebab, apa sahaja barang yang berharga RM1,000 ke atas, ia adalah mahal di mata saya. Ya, apa sahaja. Dan jika dibeli, saya akan pastikan ia berbaloi dan guna sampai lunyai.
8. Dalam tempoh survey itu juga, saya ada tanyakan pandangan rakan-rakan facebook tentang model mesin basuh yang sesuai.
9. Dari situlah ada yang mencadangkan mesin pengering pakaian ini. Ketika membuat tinjauan tentang alat ini, agak mahal juga.
10. Apa yang saya buat ialah survey di internet dan kemudian buat perbandingan di kedai-kedai eletrik.
11. Semua yang saya lihat berharga sekitar RM1,200 ke RM2,000 ke atas. Ada juga model yang 2 dalam 1; mesin basuh dan pengering dalam satu mesin.
12. Akhirnya, saya jumpa dengan satu model yang tak terkenal ini, dengan harga tak sampai RM800 untuk muatan 6 kg. Saya cuba buat carian di Google untuk dapatkan testimoni, tapi tak banyak.
13. Dengan waranti selama 2 tahun, saya kira ia berbaloi. Congakan saya; RM800 bahagi 24 bulan = RM33 sebulan. Kiraan ini perlu ambil sekali dengan bil eletrik, sekitar RM20 ke RM50 pada anggaran saya.
Total kos termasuk eletrik sekitar RM20 ke RM70 sebulan, masih berbaloi jika dibandingkan dengan menggunakan perkhidmatan dobi layan diri.
14. Setelah mengambil kira semua faktor, saya beli secara online, selepas membeli mesin basuh baru untuk kegunaan keluarga dengan anak 4 orang yang bersekolah.
Selepas setahun guna
15. Alhamdulillah, selepas setahun lebih menggunakan alat ini ia memang pelaburan berbaloi!
✔️ Tak perlu lagi sidai baju.
✔️ Apabila tak perlu sidai baju, maka tak perlu lagi angkat baju yang disidai. Hahah
✔️ Tak perlu risau baju lambat kering.
✔️ Tak perlu risau baju yang disidai menjadi basah akibat hujan.
✔️ Tak payah lagi ke kedai dobi untuk keringkan baju.
✔️ Tak perlu lagi menunggu lama di kedai dobi di musim sejuk begini.
✔️ Apabila tidak perlu ke dobi, maka banyak masa dapat dijimatkan. Dapat buat kerja ketika baju diberihkan.
✔️ Dapat keringkan baju dengan cepat jika kecemasan.
Paling penting dapat ringankan beban isteri
✔️✔️✔️✔️ Dan yang paling penting, dapat ringankan beban isteri sebab selama ini isteri saya yang bannyak lakukan kerja-kerja di atas. Hahaha!
Selepas setahun, boleh saya simpulkan bahawa;
“Membeli dryer di rumah ibarat menghadiahkan bibik / kedai dobi kepada isteri”
Apa yang lebih bahagia dari melihat isteri tersenyum?
Apa lagi, share dan tag pasangan masing-masing minta belikan.
Afyan Mat Rawi, IFP
Ok, dah baca penjelasan Encik Afyan bolehlah buat keputusan. Apapun VK suka bab ringankan kerja isteri tu.
Sumber: Afyan Mat Rawi
Tip Pokok Sayur Subur, Bebas Serangan Perosak. Sembur Air Rebusan Kulit Bawang Saja

Jika bercucuk tanam sayur di rumah untuk makan sendiri sebaiknya kita tanam secara organik. Tak perlu guna bahan kimia sama ada racun atau baja untuk menyuburkan pokok.
Guna saja cara semula jadi untuk menyubur pokok sayur yang banyak kaedahnya. Salah satu yang boleh dipraktikkan adalah dengan menggunakan air rebusan kulit bawang.
Lebihan kulit bawang baik bawang merah atau bawang putih yang digunakan untuk masakan boleh disimpan dan diolah untuk menjadi semburan bagi mengurangkan serangan serangga perosak pokok sayur sekali gus menyuburkan tanaman.
Cara membuatnya juga sangat mudah dan dikongsi oleh Norahim Ibrahim.
Air semburan kulit bawang untuk elak serangan perosak pokok sayur
Saya kongsikan salah satu cara untuk mengurangkan serangan serangga perosak.
- Ambil kulit bawang, tak kisah sama ada bawang besar atau bawang putih. Biasanya saya ambil 5 genggam kulit bawang.
2. Kemudian tuang air dalam kuali dan masukkan sekali kulit bawang tadi. Rebus hingga mendidih dan tutup api.
3. Biar sejuk dan tapis. Ambil air rebusan saja dan simpan dalam balang. Letak di tempat yang gelap (dalam kabinet dapur pun ok). Air ini tak perlu diperam terus boleh digunakan.
Cara penggunaan
Ambil 50ml air rebusan tadi, cairkan dengan 1 liter air. Sembur pada pokok 3 kali seminggu. Dari pangkal sampai ke daun. Boleh adjust kepekatan ikut jenis dan usia pokok.
Semoga bermanfaat.
Cara Paling Mudah Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Guna Gula Saja

Ramai yang suka makan hidangan mi, baik mi goreng, mi kari, mi sup dan sebagainya. Tapi satu perkara yang selalu buat spoil, iaitu bila mi kuning ini ada rasa kapur. Terus potong selera untuk makan bila terkena mi yang begini.
Supaya tak hidang atau makan mi begini sebaiknya kita buat langkah ini untuk hilangkan terus rasa kapur pada mi kuning. Caranya pun cukup mudah cuma guna gula saja. Dikongsi oleh Aliabangs berikut adalah caranya.
Tip mudah hilangkan rasa kapur pada mi kuning
1. Leraikan mi dalam satu bekas yang besar.
2. Masukkan air sama ada air paip atau air bertapis tapi mesti suhu bilik.
3. Masukkan gula perang/ gula putih. Ini kuantiti gula untuk mi makan 20 orang. Jangan bimbang mi takkan kembang.
4. Rendam selama 15-20 minit.
6. Kemudian buang air, tos dan bilas lagi sekali.
7. Seterusnya boleh hidang atau masak, mi dah langsung tiada rasa kapur.
Ini pula air rendaman mi dengan gula tadi, kuning ya.
Boleh juga tonton video langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Alia.
@aliabangs Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mee Kuning. #kitchenhacks #fypシ #foryou #MaxisBiggestSale #tiktokindonesia #tiktokmalaysia ♬ Aca Aca Nehi Nehi – Ugik
Semoga bermanfaat.