Selepas beberapa lama kontroversi diantara Uda Wahid, Intan Liana dan Izreen menjadi bualan, hari ini semuanya terjawab.
Pagi tadi Ude dan Intan disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Sri Keramat.
Redha sampai di situ jodohnya dengan Uda, Intan kelihatan tenang sewaktu menjawab segala persoalan dari wartawan yang menunggunya,
Beberapa jam selepas itu Intan kemudian memuat naik status di instagramnya. “Akhirnya…Alhamdulillah,” luahnya ringkas tapi penuh makna di sebaliknya.
Mungkin kerana lega segala kemelut sudah selesai, pernyataan ini mendapat respons dari netizen yang memberikan Intan kata-kata semangat untuk dia meneruskan kehidupan.
Dalam pada itu tersentuh juga hati bila Intan menitipkan sesuatu tentang anaknya yang masih kecil di IG stories.
Semoga Intan terus tabah berdepan dugaan.
Sumber: __iiiintan.saleh