
Video yang dikongsi pemuda bernama Faizal Faiz Farish ini sebenarnya sesuatu yang menggembirakan tapi entah kenapa kebanyakan yang menontonnya rasa sayu hingga mengalirkan air mata.
Sudah ditonton hampir sejuta kali sejak dimuat naik di laman Facebook beberapa hari lalu, Faizal mengusik ibunya sebagai cara untuk membuat kejutan di hari lahir wanita itu.
Berpura-pura sakit hingga muntah darah, ibu Faizal pulang ke rumah dan terus merangkul anak bujangnya itu dengan penuh kasih sayang hingga membuatkan ramai yang sebak menontonnya.
Tatkala ibu memeluk anak dengan penuh kerisauan, Faizal akhirnya menamatkan drama dengan mengeluarkan hadiah berupa jam tangan untuk ibunya.
Sambil mengalirkan air mata, si ibu tidak marah sebaliknya anak bujang itu terus dipeluk dan dicium berulang kali. Situasi ini sekali lagi membuat ramai netizen terharu.
‘Hari ni birthday mak saya. Saya lupa sebenarnya, ingat 31 Oct. Bila ingat balik, 30 Oct rupanya. So saya kelam kabut la pergi ambil kek, masa dekat kedai kek, saya call mak saya, bagitau saya tak sihat. Minta tolong mak bawa pergi hospital. Saya bagitau saya otw blk rumah. So my mom kelam kabut la. Sampai rumah saya suruh adik standby plan kami. So this is the video.’
Demikian catatan Faizal yang turut disertakan dengan video bersama ibu yang kini tular di media sosial.
Sumber: Faizal Faiz Farish
5 Fakta Menarik Tentang Uyaina, Peserta Malaysia Dinobat Juara Puteri Muslimah Asia 2018

Menghimpunkan 18 peserta dari enam buah negara di Asia namun rezeki ternyata milik peserta dari Malaysia Naseeha Uyaina Arshad bila menjuari pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta.
Dianjurkan oleh sebuah stesen TV Indonesia, Indosiar, dalam acara peringkat akhir yang berlangsung malam semalam Uyaina telah menewaskan dua lagi calon iaitu Hanifah Razan, pemenang tempat kedua dari Indonesia dan Avida Lale (Turki) yang memenangi tempat ketiga selepas mereka terpilih ke peringkat tiga terbaik.
“Ini penganjuran pertama dan saya memenanginya. Ia membuatkan kemenangan ini cukup manis dan bermakna dalam hidup saya.
“Diangkat sebagai Puteri Muslimah Asia 2018, pastinya saya cuba memikul tanggungjawab ini untuk mengangkat martabat wanita Islam agar menjadi pemangkin kepada masyarakat,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Dinobat sebagai juara, Uyaina yang juga pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan trofi.
Turut diumumkan, Anugerah Puteri Muslimah Persahabatan Asia 2018 yang dimenangi Mala Daud dari Brunei Darussalam, Puteri Muslimah Berbakat Asia 2018 (Beyza Demir – Turki) dan Puteri Muslimah Favorit Asia 2018 (Avida Lale – Turki).
Kemenangan Uyaina juga turut disaksikan primadona alaf baru, Erra Fazira yang bertindak sebagai juri dari Malaysia.
Turut menjadi juri pertandingan ialah aktivis dari Indonesia, Yenny Wahid, Siti Rahmawati (Turki), Marina Yusoff (Singapura) dan Daffy (Brunei Darussalam).
Selain daripada Uyaina, Malaysia juga turut diwakili oleh dua lagi peserta iaitu Nurain Zamri dan Syifa Melvin yang juga adik kepada Syatila Melvin.
Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 menghimpunkan 18 peserta dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Turki dan Timor Leste.
Menarik tentang Uyaina
A post shared by UYAINA ?? (@uyainaarshad) on
1.Pengacara Wanita Hari Ini di TV3 namun sebelum ini menjadi hos untuk program Nona tahun 2016.
2. Bakatnya dalam pengacaraan dicungkil dalam pencarian Nona Manis 2015.
3. Pernah menjadi model muslimah, Uyaina juga merupakan lulusan Ijazah sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya.
4. Berusia 26 tahun, Uyaina juga terlibat dalam bisnes produk berasaskan pemanis semula jadi dari daun Stevia.
5. Mempunyai 138 ribu pengikut di instagram Uyaina juga pernah bergiat di pentas teater.
Punyalah Sibuk. Raya Ke-9 Baru YB Muda Ni Dapat Balik Kampung

Selepas menang bertanding pada Pilihan Raya Umum Malaysia tahun ini bagi kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pasti sibuk dengan rutin hariannya. Sebagai Ahli Parlimen Muar sudah tentu jadualnya padat dengan majlis rasmi.
Baru-baru ni, beliau memuat naik ke instagram dan facebook keseronokan dapat cuti raya. Nama pun orang bujang, mestilah nak raya dengan mak ayah ya tak? Seperti belia biasa yang lain, bergambar dengan mak ayah menjadi satu kemestian. Nah, tengoklah betapa gembiranya Syed Saddiq dapat cuti beraya di Muar walaupun Syawal dah masuk hari ke-9.
“Finally got some quality time to raya with my parents in Muar.
Tak berkesempatan nak bersama mereka sejak raya pertama sebab sibuk berkerja. Lawatan negeri ke negeri & program2 di Muar.
.
No matter what happens, i’ll always be there for them. I feel really bad not being able to spend the 1st week of raya with them. Alhamdulillah, they’re so understanding
.
Love you ma & abuyah”
Rata-rata pengikut instagram Syed Saddiq memberikan komen menarik mengenai gambar yang dimuat naik. Pasal tuala pink yang tersangkut di bahu bapa ahli politik muda ini pun boleh jadi perhatian. Ada juga yang minta belanja mi bandung yang popular di Muar.
Syed Saddiq yang lahir 6 Disember 1992, selain sebagai Ahli Parlimen Muar, beliau juga ialah Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Sumber: instagram Syed Saddiq
Ada 30 Bilik, Gimnasium, Surau, Bilik Kebal, Rumah Dodi Pun Ada, Mewah Betul! Teaser Rumah Datuk Aliff Syukri Dapat 1 Juta Tontonan di Instagram

Isi Kandungan
Toggle
Sebelum ini, jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri memang selalu memuat naik perkembangan kediaman barunya dalam laman sosial.
Terbaru selepas empat tahun proses pembinaannya kediaman atau layak dipanggil mahligai milik pengasas produk Dherbs ini sudah pun sedia untuk dihuni.
Kelmarin Datuk Aliff juga berkongsi video suasana kediamannya. Siap ada muzik video lagi. Beliau juga turut bercerita serba sedikit tentang kediamannya yang gah itu.
Berkeluasan 40,000 kaki persegi, rumah yang berlokasi di Damansara ini menurutnya mempunyai 30 bilik, surau khas, gimnasium, kolam renang malah bilik kebal. Rumah kucing kesayangannya Dodi juga turut dibina khusus.
A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Dalam pada itu Datuk Aliff juga menjelaskan mengapa dia membina kediaman sebesar ini. Ia tidak lagi tidak bukan adalah untuk tinggalkan kenangan pada anak-anaknya.
Sy kasi Teaser sikit rumah sy @palacealiffsyukri sbb banyak yg x sabar nak tunggu pkl 8mlm ni. ..Rumah ni @palacealiffsyukri saya buat utk saya tinggalkan kenangan buat anak2 saya nanti yg bersize 40ribu sft 30bilik, surau private, gym dan dilangkapi bilik kebal dan rumah dodi malah sampai skrg masih ada yg belum siap…
Abah bodoh, SPM gagal tapi…
Saya bukukan kisah rumah ni untuk anak2 saya tahu bukan senang saya mencari duit dan bukan mudah nak siapkan rumah ni selama 4 tahun saya menanti skrg unor abah 31tahun abah bodoh pelajaran spm pun gagal tapi abah nak anak2 abah tahu abah juga mampu berjaya mcm org lain….bg org lain mungkin biasa je apalah rumah nak tunjuk…tapi bg saya apa yg saya buat ni saya kepuasan dalam pencapaian hidup saya yg nak saya kongsikan… doakan sy banyak beramal dan bersedekah juga
Jemput follower datang house warming
Untuk menghargai follower yg banyak sokong dan pengguna dherbs saya nak hargai anda semua saya nak jemput datang house warming saya pada 8/4 ni…cara nya tag 3org kawan korang..saya sayang korang sbb korang support saya dr saya meniaga pasar menjaja dan yg paling penting anda kena tahu perniagaan saya bermula hanya dgn pasar tanpa meminjam walau sepuluh sen pun duit sesiapa atau bank❤❤ vedio ni dibuat oleh penerbit @aididmarcello @mqproduction yg akn disiarkan di tv .. btw ini bkn 3d vedio ini real vedio.
Teaser video kediaman barunya itu telah pun ditonton lebih 1 juta di instagram sejak dimuat naik sehari yang lalu.
Macam ni rupa di dalamnya
Dalam video yang dibuat khusus ini Datuk Aliff memperlihatkan kebolehannya menari berlatarkan lagu Hindustan bersama isterinya Datin Shahida di dalam kediaman baru yang memaparkan banyak sudut dalam dan luar rumah.
Sambil tengok tu korang layanlah lagu Hindustan tu ya…
Sumber aliffsyukriterlajaklaris & MindQuest Production