Komputer riba atau laptop antara barang keperluan di rumah sekarang termasuklah untuk pelajar sekolah.
Yalah sekarang pengajaran banyak melalui online selain ramai yang perlu bekerja dari rumah. Tapi yang jadi tension bila laptop bermasalah.
Mana nak buat kerja pejabat di rumah, anak nak belajar online lagi. Mulalah terus terfikir nak beli baru. Nanti dulu ya! Sebelum habis duit beribu ringgit beli baru semak dulu tip diberi oleh Aman Jamadi yang juga penjual komputer riba ini.
Menurutnya masalah atau kerosakan laptop seperti di bawah ini boleh dibaiki, tak perlu beli baru lagi.
1. Kalau laptop lambat atau lag, jangan beli laptop baru. Upgrade SSD automatic laju.
2. Kalau screen laptop dah crack atau rosak, jangan beli laptop baru. Tukar screen, set budget RM270-RM300.
3. Kalau laptop on tapi screen tak menyala, jangan beli laptop baru. Tukar RAM sahaja.
4. Kalau keyboard, touchpad, speaker rosak, jangan beli laptop baru. Tukar je kepada OEM. Harga murah, kualiti hampir sama dengan original.
5. Kalau mic/webcam rosak, jangan beli laptop baru. Format atau update driver. Harga format RM30-RM50. Webcam rosak, beli external webcam.
6. Kalau laptop cepat panas atau panas sangat, jangan beli laptop baru. Bersihkan kipas dan tukar thermal paste je dah okay balik. Range RM50-RM100 sahaja. Ada duit lebih, beli external cooling fan/vacuum cooler laptop dekat Shopee.
Beli laptop baru bila condition dah teruk sangat atau dah lama sangat. Ataupun bila motherboard rosak sahaja. Elakkan repair motherboard, sebab ada potensi untuk rosak lagi. Kos dah la mahal.
Sekarang ekonomi makin teruk, ramai orang kena buang kerja. Ada yang masih tak ada kerja, so harapnya jangan lah membazir duit beli laptop lain. Cuba repair dulu, tanya total cost berapa. Kalau cost repair atas RM400, cari kedai lain. Itu tandanya kena scam atau dia tekan harga.
Kalau nampak laptop murah sangat pun elakkan beli. Tanya dulu processor generation ke berapa. Kalau setakat intel atom, core2duo, atau first generation. Elakkan sangat-sangat untuk beli. Harga memang murah, tapi usia laptop dah 10 tahun then pakai 3 bulan je. Berbaloi ke?
Semoga info yang diberi bermanfaat.
Sumber: Aman Jamadi