Rasanya baru saja pelakon Abby Abadi mengambil anak angkat lelaki lebih kurang sebulan yang lalu, terkini dengar cerita dia mengambil seorang lagi anak angkat perempuan.

Perkongsian dalam satu instagram baru-baru ini seakan mengesahkan dia kini mempunyai dua anak angkat seorang lelaki dan seorang perempuan sekali gus memenuhi impiannya untuk memiliki anak kembar.

“Yg asyik tanya mak dia siapa, anak siapa @daiyandayana ni, Inilah Mamanya.. Comelkan? haha
Lama dah Mama impikan ada baby kembar.. & hari ni ALLAH izinkan, Mama ada dah Daiyan & Dayana
Memang rasa sungguhlah mcm jaga kembar.. tak menang tangan dibuatnya hehe.. Tp Alhamdullillah, ALLAH bagi sebab ALLAH tahu Mama/Abahnya mampu.. #hakakcuba #doakan #janganjeles ,”tulis Abby.

 

Ads

Jika bayi lelaki yang diambilnya sebelum ini dinamakan Muhammad Daiyan Fayyadh, bayi perempuan berusia 10 hari ini dinamakan Maisara Dayana Fathia.

“Allah Bagi Rezeki Sebab Tahu Kami Mampu.” Abby Abadi Ambil Seorang Lagi Anak Angkat, Impian Miliki ‘Anak Kembar’ Tercapai

Lebih menarik, Abby turut membawa dua anak angkatnya untuk ditahnikkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Mufti Sahibus Samahah Dr.Zulkifli Al-Bakri. Bukan bayi ini sahaja malah bekas suaminya, Norman Hakim turut ada sama untuk acara tahnik bayinya bersama Memey Suhaiza, Mikayla Delisha Hakim.

Ads

 

Repost from @normanhakim_786 @TopRankRepost #TopRankRepost Alhamdulillah syukur terima kasih Allah s.w.t, terima kasih Dato’ Seri Mufti Sahibus Samahah Dr.Zulkifli Al-Bakri atas kesempatan mentahnikkan 3 baby kami @mikayladelishahakim @daiyandayana_ . . Dalam kesibukan jadual Dato’ Seri Mufti didalam & luar negara,masih sempat luangkan masa emas utk menerima hadir kami seisi keluarga.In shaa Allah dgn izin Allah s.w.t 8 Ogos ni nanti Dato’ Seri Mufti akan berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah Haji.Sama2 kita doakan Dato’ Seri Mufti utk kesejahteraan & keselamatannya Aamiin Ya Rabb . . Kalau ada yang nak tengok sesi LIVE tahnik tadi,boleh tengok di #InstaLive ig @drzulkifli.albakri ye?? . . @Regrann from @drzulkifli.albakri – Menerima kunjungan @normanhakim_786 dan isteri @memeysuhaiza juga @abby_abadi112 , membawa anak masing² untuk ditahnik sebentar tadi. Kepada En. Norman dan Puan Memey, moga Mikayla Delisha Hakim menjadi anak yang solehah. Begitu juga Puan Abby dan En. Faizal, moga Muhammad Daiyan dan Maisara Dayana juga menjadi anak yang soleh solehah.

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Majlis tahnik diaturkan Norman Hakim

 

Ads

Muhammad Daiyan Fayyadh ??
.
Rezeki hero Mama.. permulaan hidup yg penuh berkah. Dah tahnik dah haritu.. hari ni tahnik lagi.. Terima Kasih utk sesi ini Tok Mufti @drzulkifli.albakri Semoga Dato sentiasa dibawah redhaNYA?
.
TQ Papa Oman @normanhakim_786 beria2 mengatur pertemuan dgn Tok Mufti ini. Mulanya kita tak nak pergi, sbb tak cukup tangan nk handle 2 baby, sbb encik suami kerja tp Oman kata takpe, dia tlg pegang sorang. @memeysuhaiza dah tentu pegang @mikayladelishahakim hehe ? pastu nasib Abang @danishhakim_243 & Adik handsome @ridhuan.kamal ikut.. buleh tengok2kan @awishzarisz ?

 

Baby girl boleh bercukur sekali sahaja. Haram cukur lebih sekali

 

Maisara Dayana Fathia ?? .
Hari ke 10, bertahnik dah. Alhamdullillah. Syukur ?
Beruntung juga anak ini.Semoga ALLAH bantu kami jaga mereka hingga berjaya dunia & akhirat.. Amin! ?
.
Sempat bersoal jawab dgn Tok Mufti tadi. Dah tahu, tp suka nak tanya lagi. Malu bertanya sesat jalan hehe.. Kita tanya perbezaan tentang baby boy/girl. Kata Dato Mufti: Selepas bertahnik, bercukurlah. Perempuan haram bercukur.. kecuali sekali waktu dilahirkan ?

 

Sumber: Abby Abadi

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI