Meski larangan merokok di tempat awam sudah dikuatkuasa namun ramai saja yang mengingkarinya. Memang lemas dan rimas dibuatkan apabila berada dalam persekitaran asap rokok di restoran atau tempat rekreasi terutama ketika bersama dengan anak-anak.

Asap rokok ini sebenarnya bukan saja membuat ramai tak selesa tapi bahayanya lebih daripada itu. Kepulan-kepulan asap yang keluar itu sebenarnya mengandungi lebih daripada 6000 bahan kimia selain tar rokok yang berbahaya.

Daripada jumlah itu sebanyak 100 daripada bahan kimia yang ada dalam asap rokok ini sudah dikenal pasti sebagai punca atau berpotensi untuk menyebabkan penyakit yang dikait dengan perbuatan merokok.

Antaranya seperti kanser paru-paru, penyakit jantung, penyakit kardiovaskular. Malah mereka yang menghidu asap rokok juga turut berisiko mengalami dengan penyakit yang sama.

Ads
Mahu berhenti merokok tapi sukar
Alternatif Bebas Asap, Solusi Kurangkan Kemudaratan Tembakau
Foto: Pexels

Di Malaysia, terdapat kira-kira 4.8 juta perokok. Kebanyakan perokok ini sememangnya sedar akan kesan dan keburukan asap rokok ini namun pada masa yang sama sukar untuk mereka berhenti daripada merokok terutama bagi perokok tegar.

Meski ada banyak kempen berhenti merokok dilakukan untuk golongan ini tapi kesannya masih kurang memberangsangkan. Dalam hal ini pendekatan baru mungkin boleh dicuba oleh golongan perokok tegar terutamanya.

Solusi pengurangan kemudaratan tembakau

Salah satu solusi yang boleh dicuba adalah kaedah pengurangan kemudaratan tembakau. Kita maklum adalah sukar untuk perokok tegar meninggalkan tabiat merokok sekelip mata memandangkan ia sudah menjadi rutin mereka sejak bertahun-tahun lamanya.

Ads

Jadi untuk golongan ini pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau dengan cara bertukar kepada produk bebas asap dilihat lebih realistik. Ia bukan saja mengurangkan kemudaratan buat diri mereka sendiri tapi juga mengurangkan risiko asap rokok kepada orang di sekeliling mereka terutama insan tersayang.

Antara produk bebas asap yang banyak berada di pasaran adalah e-rokok (vape) dan produk tembakau yang dipanaskan (Heated Tobacco Product, HTP).

Bagaimana produk bebas asap berfungsi

Berbanding dengan rokok tradisi yang dibakar hingga menghasilkan asap, produk bebas asap pula hanya dipanas pada suhu tertentu yang tidak menghasilkan asap sebaliknya hanya wap.

Ads

Ia juga tidak menghasilkan habuk juga tar rokok kerana tidak berlaku pembakaran. Tanpa pembakaran tembakau, ia juga sekali gus mengurangkan risiko bahaya bahan kimia.

Penggunaan produk bebas asap ini sudah banyak diterima di negara luar. Jepun contohnya penggunaan produk tembakau yang dipanaskan sudah digunakan oleh ramai sehingga jumlah rokok tradisi berkurangan kepada 46 peratus berbanding tahun 2016 

Ia menyaksikan penurunan yang drastik sejak produk pemanasan tembakau ini diperkenalkan. Malah industri rokok di Korea Selatan juga mengalami penurunan sejak produk bebas asap ini diperkenalkan. Jika anda adalah seorang perokok, bolehlah cuba beralih kepada alternatif seperti produk bebas asap untuk pengambilan nikotin yang kurang mudarat.

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI