Baru-baru ini pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan mereka melakukan upacara Jejak Tanah untuk anak mereka, Aqeef Anaqi. Secara dasarnya, adat ini dilakukan sebagai lambang seseorang bayi itu bakal memulakan langkah dalam kehidupan.
“semoga langkah kecil nya diberkati Allah dan setiap jejak kaki itu dipermudahkan
إن شاء الله
.
Alhamdulillah selesai sudah adat Jejak Tanah untuk @aqeefanaqi . Terima kasih Tok Long ??.
Apabila ada selebriti terkenal melakukan adat lama seperti ini, maka orang mula memperkatakannya. Padahal bagi masyarakat Rawa, adat ini memang masih diamalkan lagi. Nak tahu serba sedikit mengenai adat Jejak Tanah ni? Jom baca.
Adat Jejak Tanah ini diamalkan oleh masyarakat berketurunan Rawa.
Jejak Tanah dibuat apabila seseorang bayi itu sudah berumur 11 bulan atau 12 bulan atau apabila si bayi sudah mula pandai berjalan.
Kalau orang berketurunan Rawa itu tidak membuat adat Jejak Tanah ini, dipercayai sesuatu yang tidak elok akan berlaku pada bayi itu. Misalnya bayi akan lemah dan selalu sakit. Mungkin juga bayi itu akan mudah terkena gangguan.
Selagi belum buat adat Jejak Tanah, bayi itu masih lagi berada dalam keadaan Pantang Tanah. Mengikut kepercayaan, bayi tidak boleh memijak secara terus pada tanah. Ada juga yang amalkan bayi tidak boleh memegang bunga. Kalau bayi itu perempuan pun, bayi tidak boleh pakai barang kemas daripada emas.
1) Adat Jejak Tanah dibuat dengan si bayi dipakaikan pakaian berwarna kuning.
2)Ada yang memakaikan inai pada jari tangan dan kaki pada malam sebelum upacara dijalankan.
VK suka betul tengok Anaqi pakai baju kuning. Comel sangat. Orang Melayu memang kaya dengan adat dan budaya. Selagi ianya membawa manfaat dan tak bercanggah dengan akidah, bagi VK boleh je buat.
Sumber: Amyra Rosli & Amar Baharin