”Anak ini bukan macam kanak-kanak biasa. Anak ini tidak sempurna. Betul puan sanggup?” Mona Din mengangguk dengan air mata mengalir di pipi.
Itu pertanyaan yang diutara buat usahawan terkenal ini oleh seorang Majistret saat dia membuat keputusan mengambil anak angkat yang juga seorang kanak-kanak kurang upaya.
Rasanya bukan majistret itu saja yang tertanya-tanya kenapa Mona mengambil keputusan itu tapi netizen lainnya. Mengapa wanita hebat yang sudah punya kehidupan cukup selesa sanggup mengorbankan waktu bersaranya yang santai untuk memelihara anak istimewa.
Perkenalkan inilah puteri bongsu mama abah
Bertanya sendiri kepada empunya diri, Mona lantas membalas dengan status yang pernah dikongsi satu ketika dulu.
Ads
Rupa-rupanya hasrat mengambil anak angkat Sindrom Down adalah impiannya sejak sekian lama. Malah dia pernah secara terbuka pada tahun lalu membuat posting mencari anak angkat sedemikian untuk dipelihara.
Menurut Mona, dia mahu mengubati kerinduan yang sarat kepada Salima atau Kak Ma anak sulungnya yang juga seorang anak istimewa namun meninggal dunia ketika usianya 12 tahun.
Mahu berkongsi nikmat Allah
Sanggup ketepi keselesaan kerana rindu
Dek kerana rasa rindu yang tak tertanggung itulah, usahawan produk kecantikan ini sanggup mengetepikan keselesaan hidup untuk mengambil anak angkat yang menghidap Sindrom Down sama seperti arwah anaknya Salima.
Dan sesungguhnya rezeki anak bernama Saidatul Nadira Aqila sudah tertulis untuk hidup bersama pengasas produk Leesa Formula ini. Tanggal 25 Mei lalu bersamaan 9 Ramadan di bulan yang cukup mulia hasrat Mona untuk memiliki anak angkat seperti apa yang diinginkan termakbul.
Ads
Saat itu kata Mona tubuh rasa seperti melayang-layang kerana terlalu gembira. Seolah-olah tak berpijak di bumi nyata, bagai di alam mimpi.
Inilah arwah Kak Ma yang dirindui.
Tersentuh hati baca latar belakang Nadira
Hari pertama Nadira dibawa pulang ke rumah selepas diambil dari rumah kebajikan kehidupan Mona berubah 360 darjah malah posting di akaun Facebook juga berbeza. Penuh dengan aktiviti bersama dengan Nadira. Lebih membahagiakan bila anak-anaknya juga menerima adik baru mereka dengan hati yang terbuka.
Beruntungnya anak ini.
Namun hati sebenarnya agak tersentuh bila membaca latar belakang Nadira yang dicatat Mona. Disebabkan Sindrom Down Nadira tak diterima oleh ibunya sendiri, ditinggalkan di hospital dan membesar di rumah kebajikan.
Ads
“Takdir hidupnya tertulis, 10 tahun lalu, dia ditinggalkan di katil hospital sebaik di lahirkan. Direject dan dinafikan haknya oleh seorang yg bernama ibu. Ditolak oleh kaum keluarga sedarah sedaging. Mereka malu, antaranya kerana dia anak sindrom down, dan bmulut sumbing !.
Dan bermulalah fasa sedih hidupnya, membesar di pusat kebajikan, from one to another…Hari ini, Allah mengatur satu kisah baru buat dia. InsyaAllah Angel, now onwards, you will have a mother, a father, 4 brothers & 3 sisters. You will now have a place to be called.. home! Semoga Allah satukn hati & kasih kita sekeluarga hingga ke syurga…” tulis Mona dalam satu posting di Facebook.
Ternyata kehidupan Nadira kini sudah berubah, ibarat awan mendung berarak pergi saat hadirnya mentari selepas hujan. Sama-sama kita doakan moga dua insan ini bertemu dengan kebahagiaan abadi.
Anak lahirkan bayi luar nikah! Bapa mana yang tak marah dan ibu mana yang tak kecewa.
Malah ada orang tua yang sanggup membuang anak gadis sendiri kerana kesilapan ini hingga si anak terus menambah dosa, menambah kesilapan membuang bayi atau terus bergelumang maksiat.
Tapi apa yang dilakukan oleh bapa ini sungguh berbeza. Sangat tenang berdepan musibah hingga ramai mengalir air mata membaca kisah yang dikongsi dalam Facebook penyanyi Fynn Jamal.
Malah Fyn juga tidak terkecuali tersentuh selain meuahkan rasa kagum terhadap ketenangan sang bapa ini.
Ujar Fyn Jamal kisah yang disampaikan melalui emel ini sebenarnya membuatkan hatinya terharu malah mengalirkan air mata saat membaca kisah ini. Terharu kerana sikap sang bapa.
“I read this message crying. out of joy. out of pride.Bunda yang gagah. Ternyata didapatkan kekentalan dari ayahnya.
“Berapa ramai mampu memberi respon sehebat sang bapa? “ayah on the way”.subhanallah. Syurgalah untukmu wahai ayahanda.
“Kita perlukan lagi lebih ramai seperti sang bapa penulis mesej ini,yang mampu bertenang dengan musibah— yang sudi untuk sabar menanti terjelasnya hikmah di sebalik dugaan Allah
“Masyarakat patut lebih memaafkan. Semua orang buat silap. Hanya kerana dosa kita berbeza-beza tak menjadikan dosa kita lebih baik dari dosa orang.
“Kalaulah dosa mempunyai bau; berapa ramai agaknya yang mau berdamping dgn kita. Aib kita tersimpan, Alhamdulillah. Jangan fokus aib orang. Salah dia— hak Allah.
“This email really warms my heart. I had to share (by permission of course).I hope this warms yours too.
“Tahniah mummy sebab bertahan. Tahniah kawan-kawan mummy sebab tidak prejudis. Tahniah atok sebab atok.
Syurgalah untuk kalian. Amin,”titip Fyn dalam kapsyen di statusnya.
Nampaknya rezeki pelakon utama filem Paskal Hairul Azreen semakin murah. Selepas kejayaan filem tersebut terbaru semalam dia berkongsi berita gembira bakal menambah bilangan ahli keluarga.
“Alhamdulillah, insyaallah Yusuf Iskandar bakal dapat adik. Rezeki milik Allah, thank you Allah,”tulisnya ringkas dalam satu posting di instagram sekali gus memberi hint isterinya Hanis Zalikha sedang hamil.
Khabar tersebut dikongsi ketika dia bersama isteri dan Yusuf sedang bercuti di Tokyo Jepun.
Sejak dari dulu lagi orang tua selalu berpesan kepada ibu lepas bersalin supaya bukan saja menjaga kesihatan tapi juga perasaan dan emosi Perubahan tubuh, rutin menjaga bayi ada masa menyebabkan seorang ibu stress hingga sampai satu tahap boleh menyebabkan kemurungan.
Perkara itu boleh dialami oleh sesiapa saja termasuk selebriti. Malah pelakon cantik Hanez Suraya juga pernah melaluinya. Hanez mendedahkan dia pernah mengalami keresahan dan kebimbangan melampau (anxiety) selepas melahirkan anak pertamanya, Putri Aleesya.
“Selepas bersalin, semuanya baik-baik sahaja. Tiba-tiba, ada satu ketika, saya rasa ‘paranoid’ untuk melakukan pelbagai aktiviti.
Nak makan ayam pun sempat google kandungan dulu
“Bayangkan, ketika nak makan pun saya rasa resah dan takut. Saya takut nak makan ayam, saya takut nak makan daging. Lebih teruk, sebelum makan saya sempat ‘Google’ kandungan makanan kerana rasa was-was.
“Berat badan saya juga turut turun. Saya juga lebih suka menyendiri dalam bilik dan tidak mahu keluar,” kata Hanez memetik laporan dari portal Astro Gempak.
Kaji pasal anxiety
Merungkai resah yang dialami, Hanez turut berkongsi pengalaman terbabit di ruangan Instagram Stories.
“Selepas saya berkongsi apa yang saya alami di laman Instagram, ramai yang mesej dan mengatakan saya mengalami ‘anxiety’.
“Selepas itu, saya mula membuat kajian mengenai ‘anxiety’ dan saya berhubung dengan Miasa Malaysia (Mental Illness Awareness & Support Association). Rupa-rupanya, ramai orang yang mengalami perkara yang sama.
“Alhamdulillah, segalanya semakin baik selepas saya merapatkan diri dengan Miasa. Saya mula memasuki kelas agama seperti kelas mengaji dan bergaul dengan golongan positif.
“Rasa ‘anxiety’ itu harus dilawan. Saya sendiri kena kuat dan terus melangkah ke hadapan. Saya harus bergaul dengan golongan yang lebih positif,” katanya lagi.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.Berita baiknya adalah tiada...