Beberapa minggu lagi anak-anak dah nak masuk sesi persekolahan baru. Waktu ini juga pihak sekolah dah minta sediakan macam-macam termasuklah gambar pasport anak.
Kalau ada seorang anak, boleh buat saja terus di kedai gambar tapi kalau ada sampai 3-4 anak banyak juga modal untuk buat ni. Untuk seorang anak 4 keping gambar saja dah RM16.
Satu hal lagi nak suruh anak posing ambil gambar pun masalah jugak. Terutama yang tadika tu. Jadi kalau nak jimat dan mudah kena rajin buat sendiri gambar pasport ini. Caranya di kongsi oleh Nana Ruzanna.
Ambil & print sendiri gambar passport anak
Sekolah pakat dah mintak gambar passport bebudak ni. Nana shoot dan print sendiri je. Print sehelai A4 boleh dapat 32 keping gambar passport. Kos tak sampai RM2.
Kalau buat kat kedai, 4 keping RM16. Kali 3 orang… Belum lagi kira mood bebudak ni ke laut. Bila buat sendiri, gambar pun lebih menepati citarasa. Jimat pun jimat.
Apa yang diperlukan
1. Smartphone.
Tak kisah brand apa pun asalkan mampu ambil gambar dengan resolusi yang cantik dan tak jemu mata memandang. Ewahh
2. Apps ID photo di hp/komputer.
Senang guna apps ni sebab background dan size semua kita boleh pilih. Tak payah korang nak cover dinding dah.
Ads
Selain guna apps di phone. Boleh juga guna PC seperti guide dan website di bawah ni. Encik abang Nana gigih buat video nak bagi ramai yang faham.
3. Printer dengan ink berwarna.
Tak kisah brand apa pun asalkan ada setting untuk glossy paper. Nana guna printer biasa je. Brand Epson.
4. Photo glossy paper
Ads
Boleh beli online Shopee, Lazada pun ada juga. Bawah RM10 boleh dapat untuk 20 keping. Murah je kan. Ingat, pastikan korang set glossy paper kat printer sebelum print ok.
5. Gambar anak
Nana snap gambar anak-anak semua pada waktu yang berbeza. Bergantung pada mood mereka pada ketika itu. Takpa, ambil masa untuk dapatkan hasil gambar terbaik. Tak puas hati, delete. Ambil balik. Apa ada hal. Ini kan kedai gambar korang yang punya. Open 24/7.
Akhir kata, selamat buka kedai gambar buat korang semua. All the best.
Dessert berasas cream cheese memang sedap dan ramai peminat. Tapi harganya kalau beli boleh tahan juga.
Cuma kalau nak jimat bolehlah usahakan buat sendiri cream cheese ini. Boleh cuba perkongsian daripada Chesu Riani ini.
Cara buat cream cheese homemade
Bahan-bahan
1 cawan susu tepung + 3 cawan air (Susu tepung Fernleaf full cream) ATAU 1 liter fresh milk
4 sudu cuka makan/ jus lemon
Sedikit garam
Langkah membuat
1. Panaskan susu dalam periuk guna api medium to low. Uji kepanasan susu dengan celupkan jari di tengah susu. Matikan api jika jari tahan kepanasan dalam 4 saat. Maknanya susu dah cukup panas. Jangan sampai mendidih.
2. Tabur rata cuka/ jus lemon ke seluruh susu dan kacau manja. Biarkan 5-10 minit. Ketulan susu atau cheese akan mula terbentuk. Kalau ada bahagian susu yang masih cair, boleh tambah lagi sikit cuka pada bahagian itu supaya berketul.
3. Tapis cheese. Cecair yg tinggal jangan dibuang. Namanya whey dan boleh digunakan dalam adunan tepung/ masakan. Sangat berkhasiat (saya guna dalam kari).
4. Lalukan cheese yang masih dalam penapis di bawah air sekejap utk kurangkan rasa masam cuka. Kemudian biarkan air betul-betul kering dari cheese tadi.
5. Bila dah kering blend dengan sedikit garam. Kalau pekat sangat campurkan sedikit whey tadi. Blend sampai halus dan creamy.
8. Siap dah cream cheese! Boleh disimpan dalam peti. Sesuai digunakan utk pelbagai resipi.
Bagi yang suka tanam sayur tapi tiada masa untuk buat penjagaan dan siraman kaedah yang sesuai adalah hidroponik.
Jika setakat tanam di rumah, tak perlu berbelanja besar untuk beli set hidroponik ini sebab kita boleh guna saja barang terpakai yang ada di rumah. Lebih jimat dan tak membazir barang yang sedia ada.
Antara yang mempraktikkan kaedah guna semula ini adalah Amara Ann Kasim. Menggunakan kotak polisterin, cawan mi segera, bekas yogurt, aiskrim semua ini dijadikan penananan sayur seperti salad, sawi dan kailan mengikut kaedah hidroponik. Menariknya semua sayur ini subur saja walau ditanam di balkoni tingkat 4 kediamannya.
Ini panduan yang dikongsi oleh beliau jika ingin mencuba.
Tanam sayur di tingkat 4 ikut kaedah hidroponik, guna bekas terpakai
Disebabkan ramai yang tanya cara saya tanam guna kaedah hidroponik guna bekas terpakai di sini saya share caranya.
Ini bekas yang saya gunakan antaranya bekas aiskrim, Maggi cup, dan untuk pot saya guna bekas yogurt saja. Tapi guna apa-apa bekas pun boleh.
Saya menggunakan medium cocopeat campur tanah hitam sikit dalam pot tanaman saya yang berfungsi untuk pegang anak pokok yang masih kecil.
Sebelum masuk dalam bekas terpakai ini, biji benih sayur disemai terlebih dahulu dan selepas ada 4 daun bolehlah dialih ke dalam cup yang ditebuk lubang di bawahnya.
Untuk bekas air baja, boleh gunakan apa juga bekas yang besar. Cari kepingan polisterin untuk menutup bekas air baja. Buat lubang untuk masukkan bekas berisi sayur.
Saya menggunakan air baja AB. Sukatan ikut seperti yang disarankan pada bekas. Jenama apapun boleh.
Saya tanam sayur ini di balkoni rumah tingkat 4 saja. Tempat ini kena cahaya pagi sahaja, dari 8-11 am. Balkoni belakang dari kul 2.30-6pm. Paling penting untuk tanam sayur kena ada ABC (air, baja, cahaya).
Saya baru berjinak-jinak tanam guna kaedah ni. First time mencuba alhamdulilah menjadi. Saya banyak belajar dari pemerhatian di YouTube dan dari sharing kawan-kawan.
Kari ayam antara hidangan yang selalu kita buat di rumah. Kesukaan ramai juga. Ada macam-macam tip untuk masak kari ayam sedap.
Tapi kalau nak buat kari ayam yang pekat, likat boleh ikut perkongsian dari Khabbab Jamalludin ini. Kari ini sesuai sangat untuk cicah dengan roti waktu pagi dan hidang dengan nasi waktu tengah hari. Jadi buat waktu pagi supaya tak perlu masak tengah hari dah! Jimat tenaga.
Langkah demi langkah buat kari ayam kentang yang pekat likat
1. Sediakan bahan-bahan ini ya.
Bahan untuk tumis :
1 biji bawang besar sebiji
1-2 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Serbuk kari
Cili kisar
Bahan lain :
1 batang serai
2 biji tomato
Air
2. Ini dua jenis serbuk kari yang digunakan. Serbuk kari ini campurkan sekali. Tambah air dan gaul sebati sampai jadi pes macam dalam gambar.
3. Gaul ayam dengan serbuk rempah kari, sikit saja asal ada warna kuning. Saya guna ayam saiz besar.
4. Kemudian goreng sekejap. Jangan lama nanti air ayam kering dan rempah akan kurang meresap. Kelebihan lain masak sekejap dan potong kecil kecil adalah supaya bahagian isi tak mengembang dan tawar bila masak lama. Angkat ayam, ketepikan.
5. Gunakan minyak goreng ayam tadi untuk tumis bawang merah yang dihiris sampai kekuningan.
6. Lepas itu boleh masukkan 1 sudu cili kisar.
7. Kemudian masukkan pes serbuk kari tadi. Waktu tumis ini api kena besar. Kemudian perlahan sedikit api bila bunyi desiran pes kari ini mulai hilang dan mula berbuih buih. Perlahankan api untuk bagi rempah pecah minyak.
Tips untuk memudahkan pecah minyak adalah kita gunakan minyak yang banyak. Jangan risau, minyak yang terlebih boleh dikeluarkan sebelum makan nanti.
8. Kemudian tambahkan air, jangan banyak cukup sampai tenggelam potongan ayam saja. Masukkan tomato, serai, dan kentang (saya dah rebus siap siap) dan biarkan masak dalam api sederhana besar. Kacau bila perlu. Bila kuah dah sebati, tambahkan garam dan gula (saya pakai gula melaka).
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang berlaku. Sama ada berpunca dari buah, makanan, duit syiling malah juga mainan. Terbaru ada anak yang meninggal akibat...