Selain tumbuhan herba, ramai juga yang gemar menanam pokok bunga. Antaranya pokok Ros Jepun atau nama saintifiknya Portulaca Grandiflora.
Pokok hiasan ini memang akan menyerikan laman jika subur dan mengeluarkan bunga berwarna-warni.
Walau bagaimanapun jika tidak dijaga dengan betul, pokok jenis ini cepat mati. Bila dah jadi begini ramai yang putus asa dan membiarkannya saja.
Sebenarnya ada cara untuk memulihkan semula pokok bunga Ros Jepun yang kering ini. Boleh ikut tip ini.
1. Apabila pokok Ros Jepun jadi jadi begini, ia perlu ditanam semula. Cungkil pokok yang kering dan kerat bahagian yang masih subur.
2. Untuk tanam semula, gembur semula tanah asal dan balik-balikkan tanah. Jika tanah keras, siramkan dengan sedikit air.
3. Apabila sudah siap digembur, ambil keratan pokok yang masih elok tadi untuk ditanam semula. Pastikan keratan dalam 2 ruas pada jari.
4. Kemudian cucuk terus pada tanah. Letakkan secara berselerak dalam pasu dan biarkan banyak. Insya-Allah pokok akan tumbuh subur dan mula mengeluarkan bunga.
Ini gambar pertama selepas dua minggu proses tanam semula.
Semoga bermanfaat
Artikel Berkait:
Cara Tanam Cili Merah Bak Jambangan Bunga
Ini Pula Cara Tanam Pokok Mangga Dalam Pasu
Kredit: Facebook Nur Farahana Mohd Johan