Uncategorized

‘Anak Akak Lahir Sebesar Tapak Tangan’. Pengalaman Wanita Ini Jadi Pengajaran Untuk Ibu Hamil, Kalau Penat Jangan Paksa Diri Buat Kerja!

Share

 

 

Ramai mak-mak sekarang yang mengabaikan pesanan ini kerana selain urus rumah tangga, masing-masing perlu bekerja untuk cari rezeki keluarga juga.

Jadi walau penat tapi tetap buat jugak kerja. Tapi mohon lepas ini mak-mak yang hamil tidak memaksa diri. Sebenarnya perbuatan paksa diri bekerja ini boleh jejaskan baby dalam kandungan macam apa yang dialami oleh Puan Fizah Sobri

Jangan gagah nak drive, kemas rumah kalau tak larat

Pengajaran untuk mak-mak mengandung. Especially 1st time pregnent.

1. Jangan terlalu gagah drive. Tak kira manual@auto
2. Jangan rajin sgt kemas rumah kalau  tak larat . Biarkan je rumah macam tongkang pecah
3. Tak payah masak. Suh je laki hang masak @ tapau
4. Bakal2 bapak jgn sedap2 je rasa bini kau tu strong . Walaupun dulu bini kau budak sukan.

Pengalaman yg cukup terkesan

Satu masa dulu boleh kata hakak agak aktif. Lepas kawin pernah gugur sekali sbb berlari turun tangga tingkat 4. Gagah kan! Padan muka 

Lepas 6 bulan, Alhamdulillah. Pregnent lg. Excited. Turun tangga naik tangga slow. Haruuuu . Setengah jam kalau nk turun @naik.

Time ni part time study pjj kat UTHM. Gagah jugak! Hujung minggu drive ulang alik g kelas kulai -batu pahat. Drive sendiri hokeyyy. Masa ni pregnent dlm 11w. Hakak rasa hakak gagah. Tp  tak . Hakak bleeding masa kat kelas. Suami nak xnak kne la dtg amik bini dia kannn.

Esoknye hakak warded. Jalan dah bukak. Hakak punye sedih meratap nasib bila doc ckp miscarriage. Esoknya cek jalan dah tutup. Time tu punye la gumbira.

Doc pelik, betul ke baby 29 minggu

Hakak kemudiannya jalani hidup sebagai preggy mummy dgn gumbira . Ooo ye . Hakak pospone sem sbb xnk drive jauh . Taubat 

29w kandungan, hakak heksaited nak tau bby laki ke pmpuan. Konon nak suprise. Tp hakak tak boleh tahan 

Mula la episod2 pelik. Mungkin kesan dr bleeding di awal kandungan.

Bila scan, baby kecikkkkk. Doc pelik. Betul ke 29w? Tp hakak mmg confirm. Refer klinik kesihatan yg buat checkup . Followup seminggu, baby mmg kecik dr usia. Terus kene tolak pegi HSA, JB.

Boleh ke si kecil ni survive

Ingat refer mcm tu je . Sekali hakak kena tahan wad terus. Uri  tak lekat betul kat dinding rahim . 2 minggu hakak berhuhu dlm wad dgn uniform pink . Jiran sbelah katil dah bertukar lebih dr 20orang . Hakak kental .

32w bila scan aliran darah terbalik . Terus emergency czer. 17-june-17. Baby boy. 800g. 2.40pm

Ank hakak besar tapak tangan. Hakak mcm berkira -kira . Bolehke si kecik ni survive? Lama hakak kumpul kekuatan. Smpai hakak jumpa 1group yg sgt2 mmbantu. Baby Premature Malaysia – NICU. Tahniah & tq pd group admin & ahli.

Hakak tak penah post apa2 pasal anak hakak. Bukan sebab hakak nak mengelak . Tp kalau hakak post, org cuma akan ckp ‘kesiannya ‘. ‘Sabar ye ‘. ‘Banyak2 bersabar ‘. Huhhhh! Seriously . Hakak lg rasa down. Derrrr .

Luu baru kumpul kekuatan , tp org ckp kesian kesian kesian .agak2 apa yg lu rasa? Anoyying dowhhhh! Mahap la ye kalau ada yg terasa.

Berbalik pd anak.
Boy
800g
32w 2d
17-6-2017
Adam Muhammad Hadi bin Mohamad Hanis

7 bulan baru discharged

Nicu 51 days. 2 bulan scn a3. Naik semula nicu semingg sbb rsv virus. Turun scn sebulan . Berat drop . Transfer scn a3 . Smpai genap umur 7bulan,discharged . Wehooooo . 7 bulan derrr duk wad. Maksudnya 7bulan anak tak balik rumah . Langsung.

Dan akhirnyaaa . He’s back walaupun dgn oxygen. 2minggu kat rumah . Banyak perubahan +ve . Harap2 checkup lg skali boleh off oxygen. Insyaallah. Aminnnnnnn.

Last but not least. Jagalah kandungan anda . Peace yoooo .

#prayforHadi
#survivor

 

Sumber: Fizah Sobri

 

 

 

Published by
VK