Baru beberapa bulan meninggalkan alam yang fana ini, ternyata anak kepada arwah Azmil Mustapha, Alya Iman tidak mampu menahan rasa rindunya. Lantas media sosial menjadi perantara untuk dia bercerita mengenai insan yang dekat dengan jiwanya itu.
Bergilir 3 siri penceritaan, setiap satunya menjelaskan betapa gigihnya pelakon filem Ali Setan itu membesarkan anak-anaknya termasuk ketika mereka sekeluarga berhijrah ke Syria satu ketika dulu.
4 bulan selepas saya dilahirkan, ayah dan ibu bercerai. Ayah memutuskan untuk jaga kami 4 beradik termasuk saya yang berumur 4 bulan ketika itu. Ayah bekerja keras di rumah untuk memberi semua keperluan kami.
5 tahun kemudian ayah berdoa kepada Allah dan bertanya kepadanya soal masa depan. Allah menjawab melalui mimpi-mimpinya. Ayah bermimpi pergi ke Syria dan pada masa itu tiada yang tahu di mana Syria. Semua orang menganggap ayah gila untuk pindah di sana tetapi ayah tetap lakukan. Ayah buat apa sahaja untuk mencari wang. Ayah bawa 3 anaknya dan berpindah ke Damsyik Syria.
Ayah pergi ke sana untuk belajar agama dan budaya Arab. Ayah tiada pekerjaan untuk mendapatkan wang tetapi ayah percaya bahawa Allah ada untuk membantunya. Ayah terus berdoa dan tidak pernah berputus asa. Memang ada masa yang sukar yang harus kita lalui. Anggap itu satu pengajaran untuk kita. Kami suka suasana di Damsyik yang cantik, budaya, makanan, indah sekali. Begitu banyak kenangan manis. Kami tak mahu kembali ke Malaysia tetapi selepas 6 tahun di sana kami tak ada pilihan. Kami kembali ke Malaysia kerana perang telah bermula dan tidak selamat untuk kita tinggal di sana.
Apabila kami kembali ke sini, semua saudara kandung saya sudah dewasa. Mereka mula menjalani hidup sendiri dan saya masih di sekolah rendah. Jadi saya tinggal berdua bersama ayah. Ayah mula berceramah agama di seluruh negari untuk mendapatkan wang dan saya ikut ke mana sahaja ayah pergi.
Saya mengalami kesukaran sekembalinya saya ke sini kerana tidak pernah faham budaya sekolah di sini dan segala-galanya. Saya juga dibuli di sekolah tetapi saya berjaya bertahan. Beberapa tahun kemudian, sesuatu yang teruk berlaku kepada saya. Saya tidak mahu sebut tetapi sangat buruk sehingga saya mengalami kemurungan dan perlu ambil ubat selama tempoh tertentu.
Kemudian ayah saya sakit. Ayah keluar masuk hospital untuk beberapa waktu dan saya terpaksa menjaga ayah. Saya tidak fokus pada pelajaran saya. Ketika ayah tidak sihat, kami alami masalah kewangan. Saya sangat takut dan saya terus bertanya kepada ayah apa yang harus saya buat? Ayah suruh saya berdoa kepada Allah untuk mendapatkan bantuan. Sekali lagi Allah tunjukkan jalan. Saya mula buat modelling. Sejak kecil, saya selalu berangan untuk berada dalam bidang
modelling. Tak pernah sangka akan berlaku. Sejak buat modelling, saya dapat jaga ayah yang sakit ketika itu.
Saya dapat surat dari sekolah. Ada bil tertunggak dan keputusan saya corot kerana tidak menumpukan perhatian. Saya tiada pilihan selain berhenti sekolah. Saya bekerja dan belajar di rumah. Saya sedih kerana saya nak jadi pelajar biasa. Tapi saya bersyukur kerana dapat bekerja
dan menjaga ayah saya.
Saya sangat bahagia kerana dapat luang banyak masa bersama ayah, ada banyak kenangan manis, saya dapat berikan semua keperluannya. Saya sangat gembira kerana berada di sana untuknya selama beberapa hari terakhir. Sekarang saya bersendirian di sini. Tapi saya gembira kerana saya tahu dia berada di tempat yang lebih baik sekarang. Saya tidak perlu risau.
Sebab utama kenapa saya menulis pasal ayah ialah kerana saya sangat rindu pada ayah. Saya
suka menulis dan menyatakan perasaan saya. Saya bukan meraih simpati orang. Saya cuma nak
berkongsi dengan anda dan mungkin anda boleh belajar sesuatu daripada cerita saya.
Kedua, ini hanyalah ringkasan kisah hidup saya yang masih muda. Namun pada usia semuda ini,
saya dah nampak betapa ayah telah melalui banyak kekejaman di dunia ini. Ayah harus
menghadapi banyak orang dengan teruk tapi sikit pun ayah tak pernah merungut pada saya. Ayah
tidak pernah menyalahkan saya walaupun saya adalah sebab utama dia kena lalui semua ups and
downs. Jadi, setiap kali anda susah, ingatlah itu semua ujian daripada Allah.
Ketiga, ayah adalah orang yang sangat positif. Dia percaya apa pun yang berlaku Allah sentiasa
ada. Jangan berhenti berdoa kepada Allah. Ini juga peringatan untuk diri saya sendiri kerana saya
tidak sebaik ayah.
Keempat, saya berumur 17 tahun. Saya dah lalui banyak ranjau dalam hidup. Kepada semua, sila
hargai apa yang ada dalam hidup. Walaupun perkara yang anda anggap kecil. Misalnya apa yang
anda makan untuk makan malam sekarang. Ketika anda masih berpeluang untuk menghargai ibu
bapa anda ketika mereka masih hidup, pergi peluk mereka. Ramai yang tak ada apa untuk
makan malam atau tidak ada ibu bapa.
Love, Iman. ❤️