BBNU sekarang mungkin tak mengenali wanita ini tapi mereka yang berada di usia remaja hujung tahun 80-an pasti tahu siapa Mimi Wahedah.
Inilah antara top model satu ketika dulu yang dilahirkan dari pertandingan Dewi Remaja. Dengan pakej wajah yang cantik, tinggi lampai serta kulit hitam manis Mimi pantas mendapat perhatian selepas menyertai pertandingan tersebut pada tahun 1987/88.
Dan selepas hampir 30 tahun berlalu, ternyata pakej itu masih belum pudar. Mimi atau Datin Mimi Waheedah atau isteri kepada Datuk Fauzi Tunku Abdul Malik ini kekal cantik seperti dulu.
Menariknya selepas hampir tiga dekad penyertaannya dalam Dewi Remaja, kini anak tunggalnya Affie Rania mengulang kembali sejarah Mimi.
Affie, 19 tahun diumumkan sebagai Top 12 Pencarian Dewi Remaja 2018/19 dalam majlis Sidang Media Pengumuman Top 12 Dewi Remaja 2018/29.
“Saya gembira bila dia terpilih namun tidaklah mengharapkan sangat kemenangan. Sebenarnya Affie tak mahu masuk sebab nak teruskan pengajian tapi saya galakkan dia.
“Pada saya ini adalah satu cara untuk dia dapat banyak pendedahan baru selain cara untuk dia bina keyakinan diri macam apa yang saya peroleh dahulu,”ujar Mimi yang kini menerajui perniagaan berkaitan fesyen.
Namun begitu Mimi juga sedar penglibatan anaknya dalam Dewi Remaja turut bermakna dia akan mendedahkan Affie pada dunia glamor yang mungkin melekakan.
“Saya tahu risikonya sebab itulah saya akan ada untuk bersamanya. Saya bukan kolot tapi kita kena hati-hati bila masuk dalam bidang ini.
“Macam saya sendiri, walaupun terlibat lama dalam bidang peragaan tapi saya tak terikut-ikut dengan tabiat merokok. Saya juga selalu ingatkan dia supaya sentiasa merendah diri dan jadi diri sendiri bila masuk dalam bidang ini,”ujar Mimi yang ditemui dalam majlis yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Dewi Remaja 2018/2019 juga bersiaran di Astro Ria (104) & Ria HD (123) setiap Ahad jam 10.30 malam dengan Scha Al-Yahya sebagai pengacara.
//vanillakismis
‘Tangan Nayel Terkulai Lepas Ambil Dari Rumah Pengasuh!’ Doktor Sahkan Akibat Dipijak Atau Dipukul
Berita tentang kecuaian dan juga penderaan bayi memang selalu kita baca dalam media massa dan media sosial. Sebagai ibu memang rasa geram bila membacanya.
Malah berita macam ni juga menyebabkan ramai ibu rasa takut untuk menghantar anak untuk dijaga oleh pengasuh mahupun ke taska. Terbaru berlaku lagi satu kejadian melibatkan bayi. Kali ini hingga mengakibatkan tulang bayi berusia 7 bulan patah. Masya-Allah!
Tak puas hati dengan apa yang terjadi kepada bayi itu, ibunya telah membuat laporan polis. Ibu saudaranya Shasya Shasya turut menceritakan apa yang berlaku di dalam akaun Facebooknya sebagai pengajaran kepada ibu lain.
Posting ini tular di media sosial hingga mendapat ribuan perkongsian sejak ia dimuat naik semalam.
Rasa nak meletup tengok Nayel patah tangan
Selama ni aku sabar je.. Sbb fikir kakak aku kata Allah ada Allah balas.. Tp pagi td rasa nak meletup dah.. Tak leh tahan dah.. Sapa boleh tahan org buat anak sedara dia? Nayel bru 7bulan time jadi tu.. Tau jadi apa? Patah tangan oi.. Baby lagi kena hadap saket patah tangan..
Mcm mana patah? Kakak aku amek anak dr pengasuh dia kata Nayel merap merengek nak tido.. Xpe la kakak aku pon masuk keta tgk Nayel still merengek.. Dia angkat Nayel tangan terkulai oi.. TERKULAI.! Apa korang rasa kalau anak korang jd mcm tu? Dia terus pegi klinik xray.. Apa jadi? PATAH! aku ulang skali lg patah! Macam mana baby 7 bulan rasa hadap saket patah tu?
Kakak aku mesej pengasuh tu dia tanya apa jadi tp dia mati-matian kata bukan dia. Kakak aku tak tuduh pon baru tanya. Pi hospital atas nasihat hospital diaorg suruh report polis, doctor ckp patah sbb pijak atau pukul bukan jatuh…
Manusia apa nih!
Lepas tu pengasuh tu boleh ada hati mesej kakak n mak aku kata naya dia sbb kami report. Tak kesian dia nyusu anak sbb kami report? Dah tu yg Nayel patah tangan tu sapa nk kesian? Paling aku sakit hati time kakak aku amek Nayel pakai baju tangan panjang! Manusia apa ni.. Dia ckp dia jaga Nayel focus jaga xpenah jatuh.. Padahal muka Nayel penah bercalar teruk dia kata nayel terhantuk..
Tu x kira lagi boleh keluar tinggal nayel kat jiran.. Bwk nayel g bli perabot x bgtau. Lepas semua tu dok msg nk jumpa nk tau nayel kat hospital mana.. Buat apa nak jumpa.. Dia tak tau ke org tgh sedih tgh takleh terima. Mintak maaf pon tak.. Skali pon xde nk mintak maaf.. Siap ayat mcm kita yg naya dia.
Paling aku geram smlm aku jumpa post kt fb. Dia JUAL brg nayel! Kegilaan apa jual brg org.. Tak dak rasa bersalah ka? Lepas sebulan dua terus pindah? Laju betui pindah pon.. Kita ni x mintak pon suruh ganti tangan. Tak mintak apa pon.
Kalau mintak maaf pon cukup.. Tp manusia apa mcm ni? Boleh ka juai brg org? Aku mmg xleh trima dr awal tp kali ni betui2 dah sampai limit.. Harap tak kena kat anak org lain.. Aku post pon sbb aku x nak anak org lain kena mcm anak sedara aku.
Geram kan bila baca cerita macam ni, apapun kita doakan agar Nayel cepat sembuh!
Sumber: Shasya Shasya
Ibu Hidap Kanser Ovari Gigih Bawa Anak Istimewa Naik Motor Dalam Hujan Hanya Untuk Belajar Buat Resume
Seorang ibu memang sanggup buat apa saja untuk anak yang dikasihi, hatta berkorban nyawa pun mereka sanggup. Perkara yang sama dilakukan oleh ibu kepada seorang anak istimewa ini.
Dalam keadaan diri melawan sel kansernya sudah merebak ke hati dia sanggup berhujan menaiki motor hanya sekadar untuk membawa anaknya belajar membuat resume sebagai persediaan hari mendatang.
Kisah yang sangat menyentuh hati ini dikongsi oleh Aaron Tang menyedarkan kita betapa besarnya kasih seorang ibu yang sanggup mengetepikan kesakitan demi anak tersayang.
Cerita yang buatkan aku hampir menangis
Hari Sabtu lepas, aku ke Melaka bersama team aku dari Leaderonomics. Kami ke sana untuk megendalikan “CV Clinic” bagi pengunjung Temu Duga Terbuka SL1M Zon Selatan. Tujuan “Klinik” ini untuk menyemak resume graduan muda (dengan percuma), dan memberikan mereka tips untuk memperbaiki resume.
Kerja menyemak CV ini tak senang. Ada colleague aku yang jumpa >50 orang setiap hari, sampai suara pun hilang; tapi kami gembira sebab dapat menolong orang muda. Dan kadang-kadang, cerita menarik akan muncul daripada sesi-sesi kami; cerita gembira, cerita sukses, dan cerita sedih.
Ini cerita aku dari minggu lepas; cerita yang buatkan aku hampir menangis.
Cerita ini bermula sekitar lunch hour, masa tak ramai pengunjung dekat booth kami. Hanya tinggal aku, dan seorang lagi colleague (yang duduk jauh dari aku, so dia tak nampak apa yang berlaku).
Seorang pemuda kurus yang memakai t-shirt “Lejen” berjalan masuk ke booth kami, diikuti seorang makcik berbaju kurung sekitar 50+ tahun. Kalau kau tak tau, rekruiter memang pantang tengok pemuda bawa mak pak ke interview.
Tapi benda ni selalu juga aku nampak – so aku tak kisah sangat – as long as si pencari kerja yang ambik inisiatif. Kalau parents nak baca suratkhabar dekat tempat menunggu okaylah. Tapi Makcik ini terus duduk depan aku sebelah anak dia.
“Kat sini boleh buat resume ya?” tanya budak itu.
“Oh, sorry dik — kat sini kami hanya tolong check saja. Kalau you ada bawak resume, saya boleh tolong.”
“Oh… Diaorang bagi tau sini boleh buat…” Makcik menjawab.
“Sorry makcik, sini memang kitaorang tolong check saja. Tapi mungkin saya boleh tolong ajar macam mana nak tulis. Kemudian nanti Abang ni boleh sambung buat kat rumah.”
Abang Lejen dan Makcik tak membantah, so aku terus masuk skrip “What Makes a Good Resume” aku. Contoh resume aku dalam Bahasa Inggeris, dan budak itu macam tak educated sangat, so aku cuba gunakan bahasa mudah. Aku tak nak dia hilang tumpuan, so aku habiskan dengan cepat, dan terus masuk Question & Answer.
“Hafiz (bukan name betul), dekat Uni you belajar apa?”
“Hafiz tak habis belajar dik. Dia sampai PMR saja. Makcik suruh dia habiskan SPM, tapi dia malas.”
Adakah dia sebab Hafiz ni lembap sangat
Ini fenomena yang aku namakan “momen mak malukan.” Apabila seseorang mak/kakak/isteri gunakan peluang untuk memberi advice tajam kepada lelaki yang disayanginya; depan seorang lelaki lain yang dianggap “wise”. Dan sebab kerja aku sekarang ni selalu bagi nasihat kat orang muda, benda ni selalu berlaku kat aku. Memang awkward, dan memang aku benci.
Aku expect Hafiz Lejen untuk protest, tapi agak mengejutkan – dia diam saja. Aku start sedar yang Mommy’s Boy ini ada macam lain sikit. Pada masa itu jugak, aku sedar Hafiz sedang menggigil; agak teruk juga. Sampai Makcik terpaksa pegang tangan dia.
“Sejuk ke?” aku tanya, soalan tipikal.
“Ah ah… time kitaorang datang tadi, hujan lebat.”
“Macam mana datang tadi?” aku tanya lagi.
“Naik motor dik.”
Respek aku untuk Makcik melambung tinggi. Tapi aku tertanya-tanya; adakah Makcik merosakkan Hafiz sebab banyak sangat cuba menolong? Aku tau, Makcik ni hustler, tapi adakah dia sebab Hafiz ni lembap sangat?
“Dia pernah main bola untuk Melaka. Untuk pelajar istimewa.”
“Okay, nanti Hafiz sambung buat resume sendiri dekat rumah ya?” aku berkata – memandang tajam terhadap budak yang patut mengambil kontrol hidupnya sendiri.
“Boleh abang tolong buatkan tak?” Hafiz tanya.
Aku bengang. Orang yang buat sales akan tau. Akan sampai satu tahap mana kau dah tahu – benda ni takkan pergi mana-mana.
Membazir masa sahaja. Masa yang kau sepatutnya layan klien-klien penting kau tak boleh bazir sangat pada orang yang bukan priority. “Opportunity Cost” bro.
Aku pandang atas; tengok kalau ada orang lain yang perlukan pertolongan. Nasib baik colleague aku ada – tengah handle semua customer yang lain.
“Takpe, mak tuliskan. Tak susah sangat pun. Tulis nama, alamat, sekolah saja kan…” Aku dibawa balik ke meja sendiri oleh suara Makcik; yang dah keluarkan kertas A4 dan mula menulis resume anaknya guna pen biru.
“Makcik, untuk company sini semua — kena print resume pakai computer,” aku membantah. “Lagipun, company-company sini perlukan at least Diploma atau Ijazah.”
“Takpe, tak susah sangat pun,” dia tak dengar aku. “Makcik dah tanya tadi… company XXX cakap boleh. Tapi kena hantar resume. Diaorang cakap sini boleh buat.”
Kepercayaan boleh menjadi kenyataan. Aku surrender. Dan tolong mak dan anak habiskan resume tulisan tangan mereka. Sampai bahagian “Activities,” aku bertanya: “Makcik, Hafiz pernah buat apa-apa aktiviti ko-korikulum tak? Macam sukan ke…?”
“Dia pernah main bola untuk Melaka. Untuk pelajar istimewa.”
Aku terdiam. Ambil time sedikit untuk sedar apa sebenarnya maksud “istimewa.” Semuanya start masuk akal sekarang. Makcik menghabiskan resume anaknya, dan meletakkan pen.
Aku semak hasil kerjanya: resume paling hodoh yang pernah aku nampak. Dan juga resume paling indah.
Makcik berniaga, tapi sekarang makcik dah berhenti sebab ada kanser
Tapi mission kami belum complete lagi. Takkan aku nak biarkan CV yang disemak oleh Leaderonomics macam tu saja. So aku bawak Makcik dan Hafiz ke booth jiran kami. Boleh sewa komputer dan printer; siap boleh ambil gambar pasport lagi. Dengan bantuan mereka, kami akan menunaikan tugas Makcik.
Hafiz tinggalkan aku dengan Makcik untuk mengambil gambar pasport. Aku tengok Makcik. Aku curious. Aku ingin tahu kenapa Makcik bertungkus lumus hustle sangat.
“Makcik masih lagi kerja ke?” aku tanya.
“Oh tak, dulu makcik berniaga, tapi sekarang makcik dah berhenti sebab ada kanser.” Makcik jawab dengan penuh tenang sampai aku tak boleh percaya dan tanya dia lagi.
“Makcik ada apa!?” tanya si bodoh Aaron.
“Makcik ada kanser ovari.” dia jawab tanpa emosi. Aku masih tak boleh terima.
“Oh, tapi Makcik dah sihat kan? Sebab boleh bawa Hafiz datang sini?”
“Tak, sebenarnya dah merebak ke hati makcik. Tapi makcik tabahkan hati. Dan fikir positif. Sebab nak teruskan perjalanan hidup ni.”
Aku sebak; dah tak tau nak kata apa lagi. So aku just tolong Makcik dan Hafiz menyempurnakan mission mereka pada hari itu. Aku harap cukup. Semoga Tuhan memberkati kamu dan anak kamu Makcik.
Ibu lawan kesejukan tanpa komplen, tidak menerima “No” untuk jawapan
Aku tahu kemungkinan besar aku takkan jumpa mereka lagi. So aku tahu yang aku kena tulis cerita ini; cerita mereka. Mungkin cerita ini ada pengajaran untuk sesiapa yang tengah melalui masa yang susah. Mungkin ia boleh berikan semangat kepada engkau; seperti ia berikan aku semangat.
So, kalau kau tengah susah sekarang; kalau kau ada bos yang perangai macam setan; kalau klien kau menghentak meja depan muka engkau; kalau kau rasa macam kau susah sangat nak berjaya dalam hidup…
Aku nak kau tahu bahawa somewhere dekat dunia ini, ada seorang ibu yang menghidapi kanser; yang sanggup bawa anak istimewanya naik motosikal bawah hujan lebat – untuk fight untuk peluang dalam dunia yang dia langsung tak memahami, dan anaknya langsung tak berkelayakan.
Ibu itu akan melawan kesejukan tanpa komplen, tidak menerima “No” untuk jawapan, dan lakukan sedaya upaya untuk apa yang dipercayai dan dicintainya.
Dan kalau dia boleh tabahkan diri dan fikir positif, mungkin kau pun boleh.
Sumber: Aaron Tang
Bayi Tampan Tular Di Indonesia dan Malaysia, Siapa Sebenarnya Dia
‘Kecik-kecik dah hensem.’ Inilah reaksi netizen bila melihat bayi lelaki ini. Foto bayi tampan ini mula dikongsi sejak minggu lalu media sosial negara jiran kita, Indonesia.
Malah kerana wajahnya yang kacak itu juga ia tular hingga ke Malaysia. Dalam pada itu ‘ketularan’ bayi yang dipanggil Arsya ini juga berpunca dari doktor yang memuat naik fotonya.
Apa tidaknya, tapi doktor yang memuat naik gambar itu juga kacak orangnya. Bukan selebriti tapi doktor bernama Anton Tanjung ini punya ramai pengikut di instagram.
A post shared by Anton Tanjung (@antontanjung) on
Dan apabila dia berkongsi gambar Arsya ia mula tular di media sosial hingga ke negara kita.
Ramai yang bertanya tentang bayi ini kepada Dr Anton malah yang mengatakan ia adalah anaknya kerana dilihat seiras.
Namun begitu Dr. Anton yang mempunyai hampir 345k pengikut di instagram ini tidak pula mendedahkan latar belakang Arsya, membiarkan netizen terus berteka teki.
Bagaimana beliau kemudian dilihat telah memadam gambar-gambar Arsya dan baru baru ini Dr. Anton memuat naik satu kenyataan di insta stories bahawa bayi tersebut bukan anaknya dan dia masih belum berkahwin.
Dalam perkembangan terbaru gara gara foto bayi dan dirinya yang tular, Dr. Anton juga sudah memadam semua posting yang berisi gambar gambarnya.
Sumber: https:www.merdeka.com