Baru-baru ini tular mengenai kes samun di kedai dobi. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan dua lelaki bersenjatakan parang merompak seorang wanita yang merupakan pelanggan kedai dobi itu. Suspek mengambil beg tangan dan barang berharga wanita itu dan kemudian melarikan diri.

Terkini, ibu kepada salah seorang suspek telah menyerahkan anaknya ke balai polis. Pada zaman sekarang, kejadian yang tular memang mudah dikesan. Apatah lagi apabila ibu kepada suspek turut meluahkan perasaannya di laman facebook.

Luahan hati ibu yang menggunakan akaun Intan Payung ini telah banyak dikongsi dan mendapat lebih seribu komen.

Penat lelah ibu tak dipeduli

Di mnakah salah dan silapku sbg seorang ibu telah ku curahkan segalanya buat ank2 tersayang.. Namun apakn daya segala pengorbanan dan penat lelah seorang ibu x diambil peduli..mengapakah jln mudah yg diambil..
Andainya ada salah silapku dlm mendidik mereka sblom ini kau berikn lah petunjuk buat mereka agar dibukakan pintu hati mereka kearah kebaikan..
Sesungguhnya hanya padamu aku meminta pertolongan dan berserah..kau makbulkn lah permintaan ibu yg daif ini Ya Allah…. Berikn lh ketenangan dan hidayah buat ank2 ku.. Agar mereka mnjadi ank2 yg berguna pd masyarakat serta mentaati segala perintah mu Ya Allah..

Tak kuat lagi hadapi ujian

Rasanya diri ini x kuat lgi utk menghadapi ujian yg kau timpakn pd diriku ini.. Walaupun ku cuba utk tabah namun air mata tetap mengalir membasahi pipi.. Apakn daya sudah suratan takdir begini.. Sampai bilakah uijian mu buat diriku akn berakhir Ya Allah… ??????setiap dlm solatku selalu ku panjatkan doa. Agar diberikan ketenangan dan kesabaran namun hari ini hatiku hancur lebur oleh sikap ank yg x berfikir panjang dlm sesuatu yg dilakukan..

Inilah hakikat hati sekarang

Ya Allah… Aku sudah TIDAK KUAT lgi Ya Allah…
Maaf pda semua andai coretan ini menganggu tp ini lh hakikatnya hatiku sekarang.. Memang sudah tidak kuat lagi menerima dugaan..

 

Namun… Kecaman Yang Diterima

Luahan hati ibu ini menerima simpati daripada orang ramai. Namun tidak kurang juga ramai yang memberikan kecaman. Mereka menyatakan lebih baik wanita ini berdoa di atas sejadah berbanding di laman sosial.

Ads

Doalah di sejadah

Anak Buat Salah, Habis FB Emak Kena ‘Serang’

 

Apa motif doa di facebook?

Anak Buat Salah, Habis FB Emak Kena ‘Serang’

Namun, ada yang tidak setuju dengan tindakan netizen yang mengecam ibu suspek.

Ads

Tolonglah jangan kecam puan ni

Anak Buat Salah, Habis FB Emak Kena ‘Serang’

 

Share Resipi Pun Kena Kecam

Selepas meluahkan perasaannya dalam facebook, Intan Payung telah memuat naik status perkongsian resipi. Hal ini turun mendapat perhatian netizen. Mereka mengecam tindakan Intan Payung berkongsi resipi kerana dikatakan asyik bermain facebook tanpa memikirkan anaknya yang dalam tahanan polis. Malah turut mengatakan kerana asyik bermain facebooklah maka anaknya menjadi seperti itu.

Ads

Sempat lagi tu

Anak Buat Salah, Habis FB Emak Kena ‘Serang’

 

Makan lagi baik

Anak Buat Salah, Habis FB Emak Kena ‘Serang’

Frustrated tapi…

Anak Buat Salah, Habis FB Emak Kena ‘Serang’

Sempat lagi

Anak Buat Salah, Habis FB Emak Kena ‘Serang’

 

Sumber: Intan Payung

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI