Jadi perkara biasa bagi kaum ibu menyuapkan makanan pada anak orang lain, kadang-kadang yang tak kenal pun.
Tapi lepas ini dinasihatkan tidak melakukannya lagi terutama jika tangan kotor. Bimbang tindakan ini boleh menyebabkan anak yang disuap terkena penyakit seperti apa yang berlaku kepada ibu bernama Alya Atiqah ini.
Anaknya terpaksa dimasukkan hospital akibat cirit birit dan muntah selepas dijangkiti rotavirus. Diharap pengalaman ibu ini jadi pengajaran buat kita.
Setelah beberapa hari anakku menanggung kesakitan, baru dapat tahu segalanya. Semua salah mama, x pandai jaga Zahra.
Hari pertama kena, kitaorg ingat biasa sebab dia pon memang biasa jugak berak cair. Selepas dua hari, nampak dia ok.
Hari ketiga dia lain macam, nampak makin teruk. Kiteorg pon bawak pergi ke klinik swasta (8/1/2018). Bagitahu doc, anak i sakit sekian-sekian.
Dia muntah n berak2. Doc pon bagitahu, awak tukar susu lain, yang laktosfree (isomil, pediasure)
Pastu doc bg lah ubat cirit n air garam. Okay lah balik dari klinik terus kiteorg cari susu isomil..
Balik rumah bagi kat Zahra minum. Ya Allah makin teruk muntah n cirit. Badan dah lemah, pastu (9/1/2018) jam 3.45 pgi kiteorang bawak dia pergi HTAA, jam 6.15 pgi baru dapat.
Doc tak ambii darah, just doc ckp nak warded atau nak balik rumah cuba mnum air garam dulu. Kalau dia okey teruskan, kalau x okey bawak sini semula, Jgn bagi lebih dari 24 jam dia tak makan.
Sampai umah dlm 8 pgi, kitaorg bagi Zahra mnum susu, muntah, bagi air garam muntah pastu cirit tak habis2..
Dalam jam 12 tengahari kitaorg pon bawak datang UIIM, pergi dekat kecemasan, doc panggil masuk ambik darah semua.
Pastu doc cakap, tunggu setengah jam nanti dapat tahu result ( then, result dia okeeyyy). Alhamdulillah…Semalam stay kat sini nak masuk air, nak tengok keadaan Zahra, tapi still sama. Cuma dia nmpk kuat skit, cirit tetap ada, muntah satu kali ja. Allahu.
Petang 11/1/2018 doc bagitahu Zahra menghidap rotavirus, doc ckp (puan anak puan kena alih masuk dlm bilik, anak puan kena rotavirus, so tak boleh bercampur dengan budak2 lain)
Tercengang sekejap mama, serius wei mama pon tak tahu apakah itu ROTAVIRUS. Tanya suami (ayah), husband pon bagitau rotavirus kebanyakkan terjadi pada budak2.
Lepas Maghrib doc dtg lagi, dia tanya puan tahu kan kenapa puan masuk bilik ni? Ye tahu…
Ok puan penyakit ni agak bahaya pada baby dan kanak2, penyakit ni memang mudah berjangkit..
So mak awasilah anak , jangan bagi kanak-kanak lain duduk sekali.. Kuman dia ni jahat. Then aku tanya, biasa terjadi ni dari punca apa ya?
Doc kata “salah satu punca dari pemakanan, doc tanya mak pergi makan kedai ada suap-suap baby tak? Hmmm mesti ada doc.. Tapi biasa saya bagi 2/3 butir nasi ja…
“Ye itu pon x boleh…”
Allahu…
Ni lah aku geram sangat, orang suka hati je suap makanan kat budak. Biasa sangat kan kite2 suap sesuka hati ja, pastu tangan kotor2 pegang anak sesuka hati ja.
Sekarang ni nak pegang zahra kena basuh tangan, lps pegang basuh cuci ngn sabun, sampai tandas dia pon x boleh kongsi buat masa sekarang.
Please lah mak-mak, jaga anak korang. Sanggup ke tengok dia seksa dengan berak 14/15 kali sehari, dengan muntah 9/10 kali sampai tak boleh msuk makanan langsung? Dia seksa kita susah. Jaga lah baik-baik nyawa-nyawa kita.
Doakan anakda kami cepat sembuh…
Terima kasih kepada pihak hospital iium kuantan , terutama kepada doc2 n nurse2 dan pembantu2 kerana servis nya tiptop amat memuaskan hati.
Sumber: Alya Atiqah