
Isi Kandungan
Toggle
Kalau sebelum ini anak Norman Hakim, Marissa Dania jadi perhatian, terbaru anak Raja Azura atau Kak Engku pula.
Sudah menginjak remaja dalam diam rupanya dah besar anak perempuan Kak Engku, cantik pula tu. Bukan itu saja wajah Puteri Mikia Maizurah ini saling tak tumpah macam ibunya terutama bila dia tersenyum.
Ia terserlah bila pengacara ini memuat naik gambar di instagram bersama anak-anak mereka sempena raya baru-baru ini.
Sama kan
Bersama dua abang
Sama cantik dengan ibunya
Diam-diam dah besar anak dara Kak Engku
Selain Puteri Mikia Maizurah, Raja Azura juga turut mempunyai dua lagi anak lelaki iaitu Megat Muhammad Raziq dan Megat Luqman Hakim.
Sumber: raja_azura &_mia.ara_
5 Fakta Menarik Tentang Uyaina, Peserta Malaysia Dinobat Juara Puteri Muslimah Asia 2018

Menghimpunkan 18 peserta dari enam buah negara di Asia namun rezeki ternyata milik peserta dari Malaysia Naseeha Uyaina Arshad bila menjuari pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang berlangsung di Jakarta.
Dianjurkan oleh sebuah stesen TV Indonesia, Indosiar, dalam acara peringkat akhir yang berlangsung malam semalam Uyaina telah menewaskan dua lagi calon iaitu Hanifah Razan, pemenang tempat kedua dari Indonesia dan Avida Lale (Turki) yang memenangi tempat ketiga selepas mereka terpilih ke peringkat tiga terbaik.
“Ini penganjuran pertama dan saya memenanginya. Ia membuatkan kemenangan ini cukup manis dan bermakna dalam hidup saya.
“Diangkat sebagai Puteri Muslimah Asia 2018, pastinya saya cuba memikul tanggungjawab ini untuk mengangkat martabat wanita Islam agar menjadi pemangkin kepada masyarakat,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Dinobat sebagai juara, Uyaina yang juga pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) memenangi hadiah berupa wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan trofi.
Turut diumumkan, Anugerah Puteri Muslimah Persahabatan Asia 2018 yang dimenangi Mala Daud dari Brunei Darussalam, Puteri Muslimah Berbakat Asia 2018 (Beyza Demir – Turki) dan Puteri Muslimah Favorit Asia 2018 (Avida Lale – Turki).
Kemenangan Uyaina juga turut disaksikan primadona alaf baru, Erra Fazira yang bertindak sebagai juri dari Malaysia.
Turut menjadi juri pertandingan ialah aktivis dari Indonesia, Yenny Wahid, Siti Rahmawati (Turki), Marina Yusoff (Singapura) dan Daffy (Brunei Darussalam).
Selain daripada Uyaina, Malaysia juga turut diwakili oleh dua lagi peserta iaitu Nurain Zamri dan Syifa Melvin yang juga adik kepada Syatila Melvin.
Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 menghimpunkan 18 peserta dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Turki dan Timor Leste.
Menarik tentang Uyaina
A post shared by UYAINA ?? (@uyainaarshad) on
1.Pengacara Wanita Hari Ini di TV3 namun sebelum ini menjadi hos untuk program Nona tahun 2016.
2. Bakatnya dalam pengacaraan dicungkil dalam pencarian Nona Manis 2015.
3. Pernah menjadi model muslimah, Uyaina juga merupakan lulusan Ijazah sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya.
4. Berusia 26 tahun, Uyaina juga terlibat dalam bisnes produk berasaskan pemanis semula jadi dari daun Stevia.
5. Mempunyai 138 ribu pengikut di instagram Uyaina juga pernah bergiat di pentas teater.
Rezeki Tak Salah Alamat… Hanya Beli Mi Wanita Ini Dapat Rumah Impian RM 300,000 Percuma!

Isi Kandungan
ToggleTuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan bertapa bertuahnya wanita asal Perak, Noorhasnieda Tajuddin.
Beliau, yang pada awalnya menyertai Peraduan #Belinuuna menang rumah secara suka-suka tidak pernah menyangka bahawa nasib akan berpihak padanya, apabila menjadi peserta yang paling bertuah memenangi sebuah rumah.
Bersyukur! Tak Sangka Rezeki ‘Jatuh Dari Langit’
Menurut Hasnieda, dia memasuki Peraduan #Belinuuna menang rumah secara kebetulan. Ini kerana, perlu menyediakan juadah bagi majlis jamuan sekolah (Potluck) anak-anaknya. Malah, dia hanya memikirkan mahu menyediakan juadah yang mudah dan sedap.
“Saya memasuki peraduan ini secara tidak langsung sahaja. Kebetulan sekolah anak memang ada buat jamuan (potluck), jadi kalau boleh saya nak mencari menu yang mudah sahaja.
“Saya memang tidak meletakkan harapan yang tinggi, apabila perlu bersaing dengan seramai sepuluh orang lagi peserta. Kalau ada rezeki saya, adalah.
“Tak sangka pula, saya menjadi peserta yang pertama dapat membuka pintu rumah berkenaan. Saya rasa sangat terkejut sehingga tak terkata (Speechless) apabila nasib menyebelahi saya.
Dengan 30 Resit Penyertaan, Hasnieda Miliki Rumah Bernilai RM 300,000!
Bagaimanapun, Hasnieda menjelaskan setakat ini, dia belum mempunyai sebarang perancangan terhadap rumah yang dimenangi yang terletak di Residensi Alia, Puncak Alam, Selangor. Sebuah kediaman yang diinspirasikan oleh senibina Australia itu.
“Saya dapat tau berkenaan Peraduan #Belinuuna menang rumah ni daripada laman sosial Facebook. Lepas tu saya tertarik kerana tidak pernah mendengar berkenaan jenama Nuuna ni. Jadi saya terdetik nak mencubanya.
“Dan sambil-sambil itu, saya memang menghantar banyak penyertaan asbab perlu menyediakan juadah bagi jamuan sekolah anak. Anggaran sebanyak 30 resit saya telah sertakan bagi tujuan menyertai peraduan berkenaan.
Setiap bulan saya menghantar penyertaan selama enam bulan, sekadar mencuba nasib memenangi rumah.
“Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Majalah Rasa dan jenama Nuuna yang telah menganjurkan peraduan ini, walapun mengambil tempoh selama enam bulan yang agak panjang. Tapi ia amat berbaloi kerana hadiah yang ditawarkan amat lumayan,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sekadar info, Hasnieda berkata demikian ketika ditemubual oleh team Rapi pada majlis pengumumn pemenang ‘Grand Finale Cabutan Bertuah, Fuyoo! #Belinuuna Menang Rumah yang berlangsung di Central Concourse, Central i-City Shah Alam pada Ahad.
Malah, peraduan yang telah berlangsung pada 1 Januari sehingga 30 Jun 2024 itu telah berjaya menarik hampir 15,000 penyertaan daripada seluruh negara.
Majlis Resepsi di Bandung, Engku Emran & Bella Terima Kejutan Romantis

Isi Kandungan
Toggle
Selepas sebulan majlis ijabkabul pelakon terkenal Indonesia Laudya Cynthia Bella bersama Engku Emran di Kuala Lumpur, semalam berlangsung majlis resepsi pasangan pengantin baru ini di Indonesia.
Diadakan di InterContinental Hotel & Resort Bandung, majlis tersebut turut berlangsung secara tertutup dihadiri hanya 300 tetamu saja.
Unik, Bella pilih busana pengantin jumpsuit
Bella tampil menawan busana pengantin unik daripada jump suit dengan rona blush dihiasi kristal dan juga batu swarovski. Dibaluti dengan jubah panjang warna senada, Emran pula bergaya dengan suit kontra rona coklat.
Laudya yang kelihatan mengenakan solekan warna nude menggayakan busana dari Ayu Dyah Andari pasangan ini tiba jam 5.30 petang di The Diamond Wedding Hall.
Kaitan Isabella dan Bella
Menariknya dalam acara resepsi ini, Emran dan Bella menerima membuat kejutan romantis apabila Amy Search didatangkan khas dari Malaysia untuk mendendangkan lagu Isabella yang mana nama Bella itu sendiri menurut ibunya terinspirasi dari lagu tersebut.
A post shared by @denimarbell on
Turut hadir dalam resepsi tersebut adalah Nora Danish dan suami, Melly Goeslaw, Zaskia Sungkar, Bunga Cinta Lestari.
Lagi foto menarik
-vanillakismis