Perasaan seorang bapa apabila anak perempuannya berkahwin pastinya terharu. Dalam gembira ada rasa sebaknya. Walau hal itu masih jauh lagi, namun pelakon, Aeril Zafrel dah mula memikirkannya.
Dalam kapsyen status Instagram mengenai sambutan hari jadi anak perempuannya, Hayla, Aeril telah membuat pengikutnya tersentuh.
Siapalah pengganti ayah
orang kata ayah adalah cinta pertama anak perempuan. Siapalah agaknya akan menjadi pengganti ayah di hati hayla nanti ????
A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on
Status ini Aeril membayangkan suatu hari nanti anaknya akan berkahwin. Ketika itu pasti lelaki yang menjadi suami anaknya akan menjadi insan pertama di hati.
Ini kerana dia percaya kata-kata bahawa ayah ialah cinta pertama seorang anak perempuan.
Sambutan hari jadi Hayla dan Attar turut dimuat naik oleh Wawa Zainal. Pasangan romantis ini memang kerap menjadi perhatian follower Instagram masing-masing.
Sumber: Aeril Zafrel & Wawa Zainal
Pulmonary Embolism Boleh Jadi Sebab Ibu Dalam Pantang Mati Mengejut
Kematian seorang ibu baru bersalin yang ditemui dengan dua anak kecilnya di sisi beberapa hari lalu memang cukup menyedihkan. Bedah siasat mendapati mangsa meninggal akibat paru-paru berair dan masalah jantung.
Namun harus diketahui ada beberapa lagi keadaan yang boleh menjadi punca ibu baru bersalin mati mengejut.
Berikut adalah perkongsian Dr. Mardiana Kipli, Pakar Obsterik dan Ginekologi dari Fakulti Perubatan dan Sains Perubatan, Universiti Malaysia Sarawak tentang perkara ini.
Ibu baru bersalin dan juga suami disarankan peka dengan tanda-tanda masalah ini.
Darah beku dalam saluran darah ke paru-paru
Penyakit pulmonary embolism (darah beku dalam saluran darah ke paru-paru) merupakan salah satu punca utama yang menyebabkan kematian ibu mengandung dan ketika tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin.
Kejadian ini jarang berlaku namun, ianya boleh menyebabkan kematian mangsa secara mengejut. Kebanyakkan kes, hanya dapat disahkan oleh pihak forensik ketika autopsi post-mortem.
Ia merupakan salah satu punca utama yang menyumbang kepada statistik maternal mortality (kematian ibu mengandung dan semasa berpantang) selain daripada kejadian tumpah darah selepas bersalin dan penyakit darah tinggi.
Oleh yang demikian, mengenali tanda-tanda awal gejala ini sangat penting sebagai langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi lebih parah dan berakhir dengan kematian.
Darah wanita sewaktu mengandung adalah lebih pekat daripada biasa. Selain itu, bayi yang membesar dalam kandungan akan menghimpit saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar.
Ibu baru bersalin kena peka tanda-tanda
Kebiasaannya, fenomena darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar di bahagian kaki, ianya akan menyebabkan penyakit deep vein thrombosis.
Mangsa akan mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya masalah ini tidak diberi rawatan awal, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa dan menyebabkan saluran darah ke paru-paru tersumbat akibat darah beku ini yang dipanggil pulmonary embolism.
Selain itu, terdapat juga beberapa kes di mana darah beku itu berasal daripada injap jantung yang dihidapi oleh pesakit-pesakit jantung.
“Dulu saya bersalin, ok jer. Tak ada pun apa-apa masalah. Kenapa kali ini doktor kata saya berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini?’
Semua wanita yang mengandung dan juga dalam tempoh berpantang adalah terdedah untuk mendapat penyakit pulmonary embolism kerana darah anda lebih pekat daripada biasa.
Ibu ini lebih berisiko mengalami pulmonary embolism
Namun begitu, risiko anda untuk mendapat pulmonary embolism semasa mengandung menjadi lebih tinggi sekiranya anda:
1. Berumur lebih daripada 35 tahun
2. Mempunyai anak lebih daripada 2 orang
3. Lumpuh dan tidak boleh bergerak terus melebihi 3 hari
4. Berat melebihi 80kg atau BMI lebih 30kg/m2
5. Menjalani pembedahan caesarean
6. Menaiki penerbangan jarak jauh melebihi 4 jam
7. Dehidrasi
8. Pernah mendapat penyakit darah beku sebelum mengandung atau pada kandungan dahulu
9. Tumpah darah semasa bersalin (melebihi 1 liter)
10. Mendapat transfusi darah semasa mengandung atau selepas bersalin
11. Penyakit yang menyebabkan kelikatan darah seperti thrombophilia, protein S deficiency, anti phospholipid syndrome
12. Apa-apa pembedahan yang dilakukan sepanjang tempoh mengandung atau semasa berpantang. Contohnya pembedahan appendicitis, pembedahan untuk patah tulang atau apa-apa pembedahan yang dilakukan semasa bersalin atau selepas bersalin.
13. Kandungan kembar
14. Penyakit pre-eklampsia (darah tinggi yang menyebabkan air kencing mengeluarkan protein)
Tanda-tanda awal selalu diambil ringan oleh ibu
Setakat ini, sukar untuk meramalkan penyakit ini bila ianya akan berlaku. Selalunya tanda-tanda awal akan diambil ringan oleh mangsa.
Sekiranya keadaan ini tidak dirujuk kepada doktor terdekat, majoriti mangsa sudahpun pengsan di rumah. Terdapat juga kes wanita datang ke hospital dalam keadaan koma atau tidak bernyawa lagi.
Ini disebabkan darah beku yang pecah ini boleh menyumbat saluran darah paru-paru dengan cepat dan secara tiba-tiba. Akibatnya, mangsa akan berhenti bernafas dan jantung akan berhenti secara tiba-tiba.
Tanda-tanda awal adalah:
Kembang kaki dan sakit pada betis (kebiasaannya sebelah kaki sahaja)
– Sukar untuk bernafas
– Sakit dada
– Batuk berdarah
– Nadi sangat laju
Sekiranya anda mempunyai simptom sebegini, sila dapatkan pemeriksaan di hospital atau klinik berdekatan. Doktor akan menjalani pemeriksaan kepada anda untuk melihat sama-ada anda berisiko tinggi atau tidak untuk mendapat pulmonary embolism.
Pemeriksaan lanjut seperti ECG (alat untuk memeriksa ritma jantung), X-ray, pemeriksaan darah atau pun CTPA (CT scan untuk melihat saluran darah ke paru-paru) mungkin perlu dilakukan segera.
Sekiranya, semua keputusannya negative, barulah pihak doktor akan menarik masalah lega dan yakin bahawa anda mungkin mendapat simtom sebegini disebabkan penyakit lain.
Apa perlu buat kalau termasuk golongan berisiko tinggi?
‘Sekiranya saya tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, apakah yang patut saya lakukan untuk mengelakkan pulmonary embolism?’
Ada beberapa langkah yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan penyakit darah beku pada saluran darah atau pulmonary embolism sekiranya anda tergolong dlm kumpulan berisiko tinggi:
– Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi
– Aktif bergerak dan berjalan
– Menggunakan thrombo embolic deterrent-TED stokin (stokin khas untuk mengelakkan pembentukan darah beku pada kaki) pada waktu malam atau semasa menaiki penerbangan jauh
-Ubat suntikan pencair darah. Sesetengah hospital akan memberi anda suntikan ini semasa mengandung atau selepas bersalin untuk tempoh masa tertentu dan perlu disuntik setiap hari. Suntikan ini terbukti berkesan untuk mencegah pembentukan darah beku dalam saluran darah. Sila rujuk kepada doktor sakit puan anda sekiranya ada berisiko tinggi dan memerlukan suntikan ini .
Kes jarang diumumkan
Kebanyak orang awam kurang mendapat pengetahuan mengenai masalah pulmonary embolism kerana kes ini jarang diumumkan di dalam surat khabar, berita atau media sosial.
Ini merupakan faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh orang ramai. Tetapi anda perlu ingat, kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital.
Dengan itu, sekiranya ada berisiko tinggi untuk mendapat penyakit darah beku atau pulmonary embolism, sila rujuk kepada doktor anda dengan segera terutamanya jika ada mengalami simtom awal seperti dinyatakan di atas.
Pencegahan awal lebih baik daripada penyesalan. Jangan biarkan ibu kepada anak anda pergi dan tak akan kembali lagi.
– Oleh: Dr. Mardiana Kipli M.D (UNIMAS) merupakan seorang pakar Obsterik dan Ginekologi yang bertugas di Kuching.
Rujukan:
Reducing The Risk of Venous Thromboembolism In Pregnancy and Puerperium. RCOG Green-top Guideline. 37a; 2015
Oportus SL. Rodrigues LP et al. Lymph Drainage in Pregnant Women. NCBI;2013
Nelson Piercy C. handbook of obstetric medicine. Informa healthcare 2010; 4:19-39
Arulkumaran S. Training in Obstetrics and gynaecology, the essential curriculum. OST 2009;1:224-226
Sumber: http://www.mmgazette.com
25 Tahun Menumpang Kasih Zarina Zainuddin Imbas Kisah Silam, Dedah Dikahwini Sebab Kesian. Titip Pengajaran Untuk Wanita Yang Bermadu
Isi Kandungan
Toggle
Instagram pelakon Zarina Zainuddin selalu mendapat perhatian kerana kerap berkongsi kisah dua anak kembarnya iaitu Azal dan Azil. Melihat Zarina mengurus kembar istimewa menghidap autisme memang mencabar.
Semalam, ulangtahun perkahwinan Zarina yang ke-25 tahun. Mengakui telah menghancurkan hati seorang wanita kerana menjadi isteri kedua, Zarina mengimbas kembali saat-saat dia mula berkahwin dulu di instagram.
Walau kahwin dengan izin, tapi saya tahu hatinya hancur
13 julai 1993 tarikh keramat saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki dan menjadi isteri keduanya..saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai.. walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka disaat saya baru mengejar bahagia..perkahwinan dalam usia saya 22 tahun..saat itu saya cuma katakan padanya saya takde sesiapa kakak hidup saya macam lalang ditiup angin kekiri kekiri lah saya ditiup angin kekanan kekananlah saya..kalau kakak izinkan saya kawin.
Kalau Ina nak cinta, cinta ini tak ada
Allhamdulilah dengan izinnya..kawinlah saya nun jauh di seberang sana ..selepas 3 bulan kawin suami saya berkata pada saya..abang kawin dengan ina sebab abang kesian saja ,kakak lah segala galanya dalam hidup abang lepas kawin baru abang sedar abang lebih perlukan dia..kalau ina nak cinta cinta ni tak ada..kalau sabar adalah nanti..kawinlah saya tanpa cinta..dan saya masih ingat lagi kata suami saya abang taknak isteri yang abang keluar ikut depan dia keluar ikut pintu belakang..kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan sabar dan sabar..
Terima kasih abang .. sabar itu separuh dari iman.
Khas untuk mereka yang bermadu
Semuga ini semua menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua..anda boleh dapat cinta tapi anda tidak akan dapat mengusai cinta..cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja yang lain berserahlah padanya..
#khasuntukmerekayangbermadudiluarsana
#sharingiscaringandforgivingallways
#ujumpijumpSaya pernah buat silap..tapi anak2 ini banyak menyedarkan saya kuasa Allah lebih hebat dari segalanya..
Semoga perkahwinan ini memberi rahmat dalam hidup ibu.
Sumber : Zarina Zainuddin
Kisah Marissa Anak Gadis Norman & Abby Yang Ramai Terlupa. Dilahirkan Dalam Kereta, Dibidankan Norman Sendiri!
Isi Kandungan
Toggle
Kebelakangan ini anak gadis Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi kerap jadi perhatian.
Bertudung litup, belajar di sekolah agama dan pemalu membuatkan aksi Marissa Dania Hakim yang selalu dimuat naik oleh Norman nampak begitu comel.
Sebenarnya ramai yang mungkin terlupa bahawa anak ini sejak kelahirannya 12 tahun lalu sudah menjadi tumpuan media di Malaysia apabila Abby melahirkannya dalam kereta dibidankan oleh Norman Hakim sendiri.
Dalam kejadian yang berlaku pada 3 Julai 2005 itu Abby yang sarat mengandung tidak sempat tiba di klinik di Taman Melawati untuk bersalin.
Norman yang memandu pada masa itu terpaksa memberhentikan keretanya tak jauh dari rumah mereka di Ukays Perdana untuk menyambut kelahiran bayinya.
Ha…bayi itulah Marissa Dania Hakim yang kini sudahpun bergelar gadis sunti.
Abby menjerit kepala bayi dah keluar
Mengimbas kisah Abby bersalin dalam kereta yang mendapat liputan meluas akhbar pada waktu itu ujar Norman dia menyangka Abby hanya mengalami sakit perut seperti kebiasaan wanita sarat mengandung memandangkan tarikh jangkaan bersalin belum tiba.
Namun begitu katanya selepas memandu lebih kurang 500 meter keluar dari rumah, Abby menjerit menyatakan bahawa kepala bayinya hampir keluar.
Tanpa berlengah dia berhenti ke tepi jalan dan terus menurunkan tempat duduk Abby lalu menyambut bayi dengan tenang dan diazankan.
Selepas membidankan Abby, Norman juga sempat menghubungi doktor untuk mengetahui cara memotong tali pusat namun dia diminta membawa terus bayi baru mereka ke klinik.
Marissa iras Abby
Lucunya sewaktu dalam perjalanan ke klinik kedua mereka ketawa mengingatkan apa yang berlaku malah sempat berhenti dua kali di tepi jalan untuk mengambil gambar kenangan menggunakan kamera telefon bimbit.
Tak sangka kan anak yang dilahirkan dalam kereta ini sudah menjadi anak gadis yang comel sekali.
Selain Marissa, Norman dan bekas isterinya Abby turut mempunyai seorang lagi anak iaitu Mohd Danish Hakim yang kini berusia 13 tahun.
Bahagia dengan keluarga mereka sendiri, Norman yang mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza juga memiliki dua anak.
Menariknya mereka sekeluarga tetap menjalinkan hubungan yang baik dengan Abby walaupun tiada lagi ikatan dan dilanda konflik hebat satu ketika dulu.
Sumber: Internet & foto instagram normanhakim_786 &