
Baru genap lapan bulan usia anak kembar Zizie Izzette pada 29 Ogos lalu, pelakon ini berkongsi berita gembira sudah kembali berbadan dua.
Perkongsian tersebut dibuat melalui tanda pagar atau hashtag #threemonthspregnant dalam satu statusnya di instagram semalam.
“Pic number 4 will surprise u!
#stpetersburg #russia #summereurope2018 #threemonthspregnant
Demikian kapsyen yang ditulis isteri kepada Datuk Bung Mukhtar selain turut disertai beberapa gambar foto alat penguji kehamilan dengan dua garisan merah.
View this post on Instagram
Pic number 4 will surprise u! #stpetersburg #russia #summereurope2018 #threemonthspregnant
A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on

Khabar gembira ini mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah sambil menyifatkan ia satu rezeki.
Pun begitu ada juga peminatnya yang berasakan kehamilan itu terlalu awal memandangkan Zizie baru saja melahirkan Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada 29 Disember tahun lalu menerusi pembedahan.
Selain dua bayi kembar hasil perkahwinannya dengan ahli parlimen Kinabatangan pada tahun 2009, Zizie, 39 tahun mempunyai dua lagi anak angkat.
Apapun tahniah diucapkan kepada mommy Zizie atas rezeki kehamilan ini.
Sumber: zizieizette
Mak Rajin Vs Mak Malas, Wanita Ini Kongsi ‘Kebaikan’ Jadi Ibu Yang Malas

Isi Kandungan
ToggleMula-mula membaca perkongsian dari Suhaili Ikhsan ini memang rasanya kita perlu jadi ibu yang rajin. Ya lah untuk kesenangan anak-anak dan juga contoh buat mereka.
Tapi bila selesai membaca perkongsian CEO ABS Education rasanya elok juga kalau ibu-ibu jadi mak yang malas. Malah ramai juga netizen terutama kaum ibu berpandangan yang sama.
Untung jadi mak malas…
Anak pandai berdikari
Ada betulnya juga jadi mak malas ini ada kelebihannya untuk anak. Tapi jangan sampai over ya!
Sumber: Suhaili Ikhsan
Teruskan Kehamilan Walau Disahkan Hidap Kanser Namun Isteri Meninggal Sehari Selepas Lahirkan Anak Kembar

Isi Kandungan
Toggle
Baru saja menerima berita gembira menimang cahaya mata kembar tapi bapa ini terpaksa akur menerima takdir paling sayu kehilangan isteri yang baru melahirkan.
Inilah hakikat yang perlu dilalu oleh lelaki bernama Alif Adam yang kisahnya viral di Twitter. Luahan kerinduan malah kekagumannya terhadap pengorbanan isteri yang sanggup mempertaruhkan nyawanya semata untuk memberikannya zuriat cukup menyentuh hati.
Isterinya Alia Sumayyah Ali Khalbi menghembuskan nafas terakhir sehari selepas dia melahirkan bayi kembar mereka Adam Luth Syafie dan Adam Lutfi Syarif pada 7 Oktober lalu.
Bercerita tentang detik akhir sebelum pemergian isteri ujar Alif ia berlaku ketika mereka mahu solat berjemaah bersama isteri.
“Dia minta saya mengimamkan solat Maghribnya sebelum rebah masa nak solat. Itulah kali terakhir saya berbual dan menatap matanya sebelum dia pergi tinggalkan saya selamanya.”
“Dan saya juga masih ingat ayat terakhirnya sebelum menghembuskan nafas, dia berpesan supaya saya terus kuat sekiranya Allah menjemputnya pulang.
“‘Jangan pernah salahkan takdir Allah, kerana itulah lumrah kehidupan setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan’,” ujarnya sayu.
Isteri hidap kanser servik
Alif turut mengakui dia belum kuat untuk menerima kenyataan ini namun harus akur semua yang berlaku dalam hidupnya ini adalah ketentuan daripada-Nya.
“Pada bulan pertama perkahwinan Alhamdulilah isteri saya disahkan mengandung. Namun kandungan itu tak bertahan, isteri saya keguguran.
“Doktor beritahu rahim isteri saya tidak kuat untuk mengandung. Allah bagi lagi rezeki siapalah kami untuk menolaknya dan isteri saya disahkan mengandung. Tetapi dalam masa yang sama doktor mengesahkan juga isteri saya menghidapi kanser servik,” jelas Alif, 26 memetik laporan mStar Online.
Menurut Alif, doktor menyarankan supaya kandungan isterinya digugurkan.
“Saat itu isteri menangis teruk dan enggan melakukannya. Dia bertekad untuk melahirkan zuriat untuk saya.
“Isteri saya juga kerap dimasukkan ke hospital. Saya bersetuju dengan saranan doktor demi kebaikan isteri, dia tetap tidak mahu kerana rasa dirinya tidak sempurna sebagai isteri sekiranya tidak dapat melahirkan zuriat.
“Isteri saya boleh meneruskan untuk melahirkan tetapi hanya pada awal tujuh bulan kandungannya untuk proses pembedahan.
“Sehari selepas pembedahan melahirkan bayi kembar, isteri saya pergi buat selama-lamanya.
“Walaupun dalam kesedihan, saya turut bersyukur kerana kedua-dua bayi saya (Adam Luth Syafie dan Adam Lutfi Syarif) yang kini masih di hospital kerana lahir tidak cukup bulan berada keadaan sihat, tiada komplikasi.
“Dan saya juga masih ingat ayat terakhirnya sebelum menghembuskan nafas, dia berpesan supaya saya terus kuat sekiranya Allah menjemputnya pulang.
“‘Jangan pernah salahkan takdir Allah, kerana itulah lumrah kehidupan setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan’,” ujarnya sayu.
Kahwin ketika usianya 19 tahun
Mengimbas kembali perkenalan awal dengan arwah isterinya, Alif mengakui isterinya itu seorang yang ‘jual mahal’ dan pemalu.
“Saya baharu mengenalinya dua tahun lalu. Tetapi sebenarnya saya selalu nampak dia sejak berusia 16 tahun. Kawan baik saya tinggal berjiran dengan arwah.
“Selepas arwah habis sekolah saya cuba minta tolong kawan saya untuk kenalkan saya dengan isteri.
“Saya cuba banyak kali dan akhirnya pada Julai tahun lalu saya beranikan diri membawa keluarga meminangnya dan kami berkahwin pada awal tahun ini.
“Isteri saya baru berumur 19 tahun, semestinya perangai berjiwa remaja. Namun apa yang saya suka dia yang sangat merendah diri, dia seorang niqabis.
“Dia jaga akhlak sebagai seorang isteri. Walaupun masih muda namun dia seorang yang sangat matang dan bijak menguruskan keperluan saya. Dia seorang yang mudah tersentuh dan mudah terhibur.
“Terlalu banyak detik manis kami bersama, tetapi, masa tak mengizinkan kami untuk terus bersama,” katanya.
Pesan arwah isteri
Dalam pada itu, Alif turut berkongsi tekadnya untuk membesarkan anak-anaknya sendiri.
“Kehadiran anak-anak membuatkan saya tetap kuat. Arwah isteri ada pesan jika dia tak sempat membesarkan anak-anaknya , dia berharap saya dapat pengganti tempatnya dengan seorang ibu yang baik.
“Saya rasa tidak, cukuplah saya untuk mereka. Menggantikan tempatnya tidak mungkin. Saya berazam untuk membesarkan anak-anak saya dengan penuh kasih sayang. Saya akan selalu mengingatkan mereka tentang ibu mereka walau tidak pernah berjumpa.
“Cukuplah ada keluarga dan mereka yang tidak henti mendoakan kami, terima kasih kerana selalu memberi sokongan penuh sehingga ke hari ni. Saya berharap doa dan sokongan mereka tidak akan putus untuk keluarga kecil saya ini,” katanya.
Sumber: Mstar Online, Alif Adam
Guna Ubat Punggung Ketika Anak Demam, Doktor Ini Jelas 5 Perkara Yang Ibu Bapa Kena Tahu

Isi Kandungan
Toggle
Kalau suhu badan anak tinggi lebih 39 darjah selsius, selalunya doktor akan berikan ubat punggung atau biasa kita panggil ubat bontot.
Ubat ini lebih mudah diberikan pada kanak-kanak berbanding ubat berbentuk cecair. Kerap timbul kekeliruan mengenai kekerapan pengambilan, bila nak ambil, cara betul nak masukkan ubat dalam bontot anak dan dos yang perlu diambil.
Melalui Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi ilmu mengenai pemberian ubat bontot kepada anak demam. Beliau menjawab 5 perkara yang selalu jadi tanda tanya pada ibu bapa. Semoga perkongsian ini melenyapkan segala kekeliruan yang timbul dalam fikiran ibu bapa.
SOALAN 1
“Doktor, kalau lepas makan ubat demam tetapi suhu anak saya tak surut, boleh beri ubat bontot tak?”
Istilah yang betul bagi “ubat bontot” atau “ubat peluru” adalah suppostori (supp). Jika anak anda demam, dan sukar makan ubat, lazimnya doktor akan beri sup Paracetamol(PCM). Maknanya, ia ubat(bahan aktif) sama seperti ubat demam yang dimakan, cuma medium dan cara pemberian yang berbeza. Maka jarak antara pemberian supp dan sirap PCM hendaklah 4-6 jam untuk elakkan terlebih dos harian.
SOALAN 2
“Doktor, kalau anak demam, suhu berapa baru boleh beri ubat bontot?”
Jika suhu sudah 38°C, boleh sahaja beri supp PCM. Sama indikasi seperti beri sirap PCM. Suppositori ini memudahkan anda beri PCM kepada anak, terutamanya, jika anak muntah setiap kali PCM disuapkan, atau ketika anak sedang tidur.
SOALAN 3
“Masukkan sebiji sahaja cukup kan?”
Untuk kanak-kanak, dos ubat dikira berdasarkan berat badan. Pemberian supp PCM pun begitu. Jadi ia dikeluarkan dalam dosej 125mg dan 250mg. Nak beri dos tepat jika PCM dalam bentuk suppositori memang mustahil. Kebanyakan pengeluar supp PCM beri saranan berikut.
Umur 6 bulan-4 tahun
1 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari
Umur 5-8 tahun
2 biji supp PCM 125mg, 4 kali sehari, atau
1 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
Umur 8-12 tahun
2 biji supp PCM 250mg, 4 kali sehari
⚠ Sebelum beri supp PCM, periksa dosej supp itu 125mg atau 250mg. Jangan salah.
⚠Adakala doktor beri supp Voltaren(NSAID) untuk kurangkan demam. Misalnya jika anak alergik kepada PCM. Jadi periksa apa yang doktor beri kerana dosnya berlainan. Dos supp Voltaren adalah 0.5-2mg/kg.
SOALAN 4
“Doktor, macam mana cara yang betul nak beri supp PCM ni?”
1. Seeloknya, masukkan supp PCM selepas anak buang air besar. Namun, boleh sahaja beri bila-bila.
2. Baringkan anak ke posisi mengiring. Angkat lutut anak ke dadanya.
3. Buka pembalut supp PCM, dan pasukan supp itu dengan air atau KY jelly(pelincir) jika ada.
4. Masukkan(tolak) bahagian supp yangvtajan ke dalam dubur sehingga masuk kesemuanya.
SOALAN 5
“Doktor, ada apa lagi saya kena tahu?”
Simpan supp PCM di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari capaian anak-anak. Selain dubur, ada juga suppositori untuk vagina dan urethra (salur kencing). Ada supp untuk tahan sakit, sawan, sembelit, buasir, keputihan, serta mati pucuk.
Ya itu sahaja. Maaf panjang sangat penjelasan ni. Moga bermanfaat.
SUMBER: Facebook Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy