Anak Kembar ‘Behave’ Di Masjid Waktu Tunai Solat Tarawih, 5 Tip Dari Dr Sheikh Muszaphar

Share

 

Niat di hati membawa anak kecil ke masjid terutama di bulan Ramadan untuk bertarawih agar mereka mencintai rumah Allah dan sentiasa mahu datang ke sini.

Namun hakikatnya bukan sebegitu mudah. Kalau dah namanya anak kecil memang sukar duduk diam hingga seringkali kita dengar keluhan anak-anak ini berbuat bising mengganggu jemaah lain menunaikan solat.

Tapi dalam masa yang sama, ada juga anak yang ‘behave’ dan boleh duduk diam di sisi ibu bapa mereka sampailah selesai solat tarawih.

Macam mana ya nak didik anak begini? Salah satu caranya anda boleh ikut apa yang dikongsi oleh Datuk Dr Sheikh Muszaphar.

Membawa dua anak kembarnya ke masjid untuk solat tarawih, mereka ‘behave’ di sisi semasa bapa mereka solat. Menurut Dr. Sheikh Muszaphar untuk memastikan anak-anaknya yang berusia dua tahun itu selesa dan tenang sepanjang dia menunaikan solat ada 5 tip yang dipraktikkan.

5 tip bawa anak kecil ke masjid untuk solat tarawih

Solat tarawih bersama anak lelaki. Mengejutkan hari ini, anak lelaki saya cukup baik. Adam dan Noah duduk elok di tepi saya semasa saya solat. Alhamdulillah.

5 tip jika nak bawa anak solat tarawih ke masjid:

1. Bersedia
Bawa susu, lampin pakai buang, mainan kesukaan mereka. Kita tak tahu bila mereka memerlukannya jadi sentiasalah bersedia.

2. Cari sudut hujung
Supaya anak tidak mengganggu jemaah lain solat tarawih.

3. Sentiasa awasi anak
Jangan biarkan anak-anak berjalan-jalan atau merayau sendiri di dalam masjid.

4. Jika anak menangis
Jika anak menangis, bawa mereka keluar dan tanya puncanya. Mereka mungkin lapar atau tidak selesa kerana lampin penuh. Jangan biarkan anak terus menangis hingga mengganggu jemaah lain. Sambung solat tarawih selepas anak-anak tenang.

5. Makan sebelum ke masjid
Pastikan anak-anak kenyang sebelum bawa mereka ke masjid, sekiranya mereka tidur biarkan saja mereka lena.

Bawa anak ke masjid bersama-sama untuk menunaikan solat tarawih adalah latihan terbaik untuk anak. Ini adalah proses pembelajaran awal bagi mereka untuk mendirikan solat.

 

Sumber:drsheikhmuszaphar

 

Published by
VK