Anak Kena Sawan, Nourul Depp Kongsi Tindakan Pantas Yang Diajar Doktor Supaya Anak Boleh Terus Bernafas

Share

 

 

 

Apabila anak demam, perkara paling dibimbangi atau cuba dielakkan ialah anak terkena sawan. Selalu hal ini berlaku disebabkan suhu badan yang panas melampau.

Kelmarin melalui instagram, Nourul Depp berkongsi kisah anaknya, Raphael Depp yang terkena sawan ketika mereka berada di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur. Kata Nourul, ini bukan kali pertama anaknya kena sawan sebaliknya sudah tiga kali walau dia sangat berjaga-jaga.

Tak sempat sampai rumah

nouruldeppCERITA SEMALAM :
Si #raphaeldepp ni memang betul2 european. Kalau demam dan suhu badan naik tinggi, memang akan kena seizure.
Ini kali ketiga walaupun di monitor sebaiknya. Cuma semalam tak sempat sampai rumah.
Beberapa perkara perlu dibuat selepas ambik #raphaeldepp dan #zacharydepp dari sekolah.
#pavillionKL memang tempat biasa kami pergi kalau mahu mendapatkan sesuatu.

Ini cara yang doktor ajar kalau anak kena sawan

Baru je nak ke kereta di ruang legar Pavillion KL, Raphael kena seizure.
Dari bahu saya, terus ke lantai sebab bila anak anak kena seizure , kena terbalik kan badan dan muka ke sisi supaya mereka boleh bernafas. Ini yang diajar Doctor.
Ini kali ketiga Raphael diserang sawan apabila suhu badan naik terlalu tinggi ketika demam.
@ayu_ace kali pertama tengok kejadian sebegini berlaku pada kanak2. Memang sedikit terkejut.

Security team Pavilion pantas beri bantuan

Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada #paramedic di #pavillionKL dan juga Security Team nya yang sangat sangat pantas bertindak membantu kami apabila melihat kami di dalam kecemasan.
Terima kasih semua yang mungkin saya tak perasan yang berada di sekeliling kami melihat semalam kejadian yang merunsingkan semua orang yang lalu lalang di situ.

Pengajaran buat Nourul

Ini sudah menjadi biasa kepada kami. Pengajarannya semalam, saya harus lebih pantas bertindak seberapa segera apabila raphael kena demam. Alhamdulillah #raphaeldepp is okay now. Selepas satu malam di hospital. Hanya viral fever dan sekarang sudah boleh pulang ke rumah selepas ujian darah nya tidak menunjukkan apa apa yang membahayakan. Hanya perlu monitor si kenit ni!
Tengoklah gelagat dia kena ambik darah di #mystory hari ini.
Thanks to all #yestowellnessteam #yestowellnessfamily yang mendoakan.
Heading Home and continue my gym!!!! ??????

 

Kepada anda yang ada anak kecil, kalau anak demam kenalah sentiasa berwaspada. Suhu badan yang tinggi memang boleh menyebabkan anak terkena sawan. Jadikan tip yang Nourul kongsikan ini sebagai panduan. Kena terbalikkan anak yang kena sawan tu dan kepalanya mengiring supaya boleh bernafas.

 

Sumber: https://www.instagram.com/nouruldepp/?hl=en

 

 

 

 

Published by
Maryam Elyas