Pada hari ini memang banyak unsur yang boleh mempengaruhi emosi anak-anak. Antaranya faktor sekeliling seperti pengaruh watak kartun di televisyen dan youtube yang ditonton melalui gajet.
Selain itu, jangan dilupa bahawa sikap ibu bapa itu sendiri pun boleh mempengaruhi emosi anak. Malah lebih teruk apabila kita sebagai ibu bapa gagal mengawal emosi anak.
Pendidik Ilmu Keibubapaan, Dr Taufiq Razif, melalui perkongsiannya di aplikasi Telegram memberikan panduan kepada ibu bapa mengenali tanda yang menunjukkan kegagalan mereka mengawal emosi anak.
Oh, ini boleh kita perhatikan jika anak meragam tidak dapat beli apa yang dia mahu ketika kita di pusta beli-belah. Selain itu jika anak selalu merengek dan mengamuk kalau disuruh mandi, makan atau pakai baju.
Pernah tak anda alami keadaan seperti ini? Kita suruh anak berbuat sesuatu tetapi dia memberontak dan enggan menurut perintah kita.
Kita gagal kawal emosi anak kalau anak jadi pemarah dan kuat merengus. Kena lakukan sesuatu.
Yalah. Apabila anak asyik merengek, tak dengar arahan dan asyik memberontak, kita pun jadi marah. Akhirnya kita gunakan suara bernada tinggi untuk memberikan arahan pada anak.
Situasi paling teruk ialah apabila kita berada dalam keadaan keliru. Semua cara pujuk anak dah tak jalan. Akhirnya kita menderita sendiri apabila orang sekeliling pun pelik kerana anak kita memberontak dan kita sikit pun tak berjaya pujuk anak sendiri.
Jom belajar kawal emosi anak kita. InsyaAllah rumahtangga kita pun akan lebih tenang dan tenteram.
Sumber: Telegram Taufiq Razif