Rezeki setiap orang itu berbeza. Ada yang belajar tinggi, kemudian makan gaji. Ada yang pendidikan akademik biasa, namun berpeluang meraih pendapatan tinggi dengan berniaga. Apa pun yang dilakukan oleh seseorang itu untuk menyara kehidupan, semuanya ketentuan Tuhan untuknya.
Seorang peniaga buah yang menggunakan akaun facebook Taufiq Tajuddin berkongsi pengalaman seorang mak cik mempertikai usahanya mencari duit dengan cara berniaga. Malah mak cik itu turut membandingkan dia dengan anak sulung mak cik itu yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kini anak sulung mak cik itu sudah mampu membeli kereta dan sebuah apartment.
Mak cik itu pula seolah-olah memandang rendah anak muda yang tidak sambung belajar di pusat pengajian tinggi. Baginya berniaga tiada masa depan. Tulisan peniaga ini di facebook telah dikongsi hampir 6,000 share setakat ini.
Masa berniaga tadi… abam dikejutkan dengan statement sentap dari sorang makcik….
Makcik ” Makcik tengok hampa yg dok niaga ni muka² muda lagi naaa…. macam muka belasan tahun pun ada… awai dua puluhan pun ada….”
Abam ” Macam tu la makcik…. anak² muda nak cari rezeki dengan berniaga ….”
Makcik ” Tapi rugi la…. pasai pa hampa tak mau pi sambung belajar… masuk kolej ka…. universiti ka…. bukan apa…. pasar malam ni bukan ada jaminan apa² pun kat hampa…. EPF SOCSO pun tak dak…. pencen lagi la tak dak….anak makcik 3 orang perempuan … tiga² masuk universiti…. lani tiga² kerja kerajaan…. ada la jaminan hidup…. lega hati… “
Abam ” Alhamdulillah… rezeki masing² makcik…. berniaga pun ok jugak…. pun ada jaminan jugak…. “
Makcik ” Jaminan apa nya…. nak beli apa² pun susah… nak buat loan lagi la susah…. nak habaq kat hg…. anak sulong makcik…. kerja kerajaan 6 tahun dah… lani ni boleh beli kereta dan rumah apartment sebijik kat KL sana… hg tau la harga rumah kat sana ratus² ribu…. bukan senang nak dapat beli… “
Abam ” berniaga ni seronok…. duit hari² depan mata kami…. cukup buat kami puas…. berniaga ni kan sunnah Nabi “
Makcik ” Elehhhhh…. lani cakap pakai mulut boleh la…. kalau anak makcik nak kawin dengan orang macam hampa… makcik tak restu “
Tersentap sungguh laaaa…..
Moral of the story :
1. Berniaga dan ada pelajaran tu satu bonus…. tapi bukan bermaksud boleh perlekehkan orang yg berniaga tanpa pelajaran akedemik…. berniaga jugak satu tempoh pembelajaran….2. Cukup² lah angkat bakul sendiri…. jadi muak orang dengar… paham kot naa!
3. Orang berniaga ni orang yg mencipta peluang… peluang apa? peluang ekonomi…sama² boleh berkongsi rezeki dengan orang lain
4. Kebanyakkan peniaga² ni jutawan senyap… tak suka nak show off… biar orang nampak selekeh… janji tak selekeh wang ringgit
5. EPF SOCCO? Ya penting… tapi bukan la jadi penanta aras berniaga tu tak daa jaminan… alternatif lain kan ada…
6. Tak sangka dalam era tahun 2018 ni pun masih ada orang berpandangan macam ni…. berubah lah!
Perjuangan orang berniaga ni berbeza… mungkin nampak ‘lekeh’ di mata sesetengah orang… yg lekeh tak bererti tak berisi di dalam… bila perlu baru tunjuk… tak suka menunjuk-nunjuk…
itu saja….. Peace
VK kagum dengan anak muda yang konsisten dengan semangat berniaga. Jatuh, bangun dalam perniagaan boleh jadikan seseorang itu bijak mengatur perniagaan. Apapun yang dibuat, semuanya untuk menyara hidup. Asalkan rajin dan kuat usaha, pasti hidup senang.
Sumber: Taufiq Tajudin