Setiap orang ada masalah yang tersendiri. Apabila masalah ini datang, ada kala membuatkan kita hilang pertimbangan. Lantas kita mula terfikir sesuatu yang dijangkauan fikiran.
Itulah yang berlaku kepada isteri jutawan kosmetik yang terkenal dengan tagline Terlajak laris, Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman, Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid. Dalam instagram, beliau menceritakan mengenai keputusannya yang pernah pergi ke klinik untuk menggugurkan kandungan ketiganya.
Ketika itu, beliau berbuat demikian sebab rasa tak cukup duit dengan keadaan bisnes yang masih terumbang-ambing. Malah ketika itu anak pertama dan keduanya masih kecil lagi. Jadi beliau rasa kehadiran anak ketiga itu belum kena dengan masanya.
Anak ketiga, Ibaraheem Adham kini sudah pun besar dan anak itulah yang kini menjadi penghibur buat beliau dengan personalitinya yang sweet. Peluk dan cium beliau tiap kali marah.
Dulu waktu mengandung baem anak2 semua kecik lagi…mengandung baem umur saya 27 tahun ….. waktu tu bila tau pregnant saya x happy langsung sbb sangat2 x nak ada anak lagi dgn ekonomi x berapa baik……saya stress
nangis siang malam pagi petang sampai pernah ke klinik nak gugurkan kandungan…..
Doktor kat klinik pun marah saya,tu lah manusia ni…rezeki duit nak rezeki anak dia tolak…??….terus saya terkedu dan berfikir kembali apa yg saya nak buat ni salah?…saya teruskan kandungan walaupun dalam kemurungan…..
(kalau ingat balik berdosanya saya x terima rezeki Allah nak bg ni)..
Doktor tu cakap awak x kesian d ke dekat anak awak ni dia dah ada jantung…..Nanti esok2 dia ni lah anak yg membahagiakan awak..?…Terus perasaan naluri ibu tu datang…saya x malu nak cerita sbb utk pengajaran kita
semua..
Ya sememangnya betul @baem_adham penghibur saya,seingat saya beberapa kali aja saya cuba nak pukul dia yg lain x sempat sbb dia terus peluk dan cium je tiap kali saya marah…sekarang dah besar dah anak2 ni…x lama
lagi dapat menantu?(terover pula kan..) apapun bargai rezeki Allah bagi…..Insya Allah kita redha yg baik2 datang pada kita..
Perkahwinan Aliff Syukri dan Nur Shahida dikurniakan empat anak iaitu Ammar Ahyyan,10, Qadejah El Zahra, 8, Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff al Qardawi. Pasangan ini mengambil anak angkat pada tahun lalu iaitu Ameena Aliffsha pada bulan Oktober dan Qayyum Aliffshah pada awal Disember.
Sumber: Nur Shahida Mohd Rashid