Anak Pengawal Keselamatan, Hidup Susah, Ini Kehidupan Yang Dilalui Halimah Yacob Sebelum Jadi Presiden Singapura

Share

 

Esok Halimah Yacob akan menggangkat sumpah sebagai Presiden Singapura.

Tampil berhijab wanita berusia 63 tahun tiba-tiba menjadi tumpuan dunia bila menjadi orang Melayu pertama dan wanita pertama menjawat jawatan selepas 47 tahun.

Anak yatim sejak usia 8 tahun

Bukan dari golongan berada, beliau merupakan anak seorang pengawal keselamatan yang pernah hidup dalam kemiskinan.

Berikut adalah kisah hidupnya dari kecil hingga dewasa yang VK petik daripada laman web rasminya www.halimah.sg

———————

“Dilahirkan pada 23 ogos 1954 di Queen Street saya merupakan anak bongsu dari lima orang adik beradik.

Saya dibesarkan di kawasan penduduk pelbagai lapisan kaum di Hindoo Road dan Selegie House.

Ayah saya bekerja pengawal keselamatan namun saya kehilangannya pada usia 8 tahun selepas bertahun-tahun sakit.

Selepas kematian ayah, ibulah yang bertanggungjawab mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Bekerja di kedai makan, dia akan keluar rumah seawal jam 4 pagi dan pulang 10 malam.”

Keutamaan untuk habiskan sekolah dan bantu ibu

Sejak usia 10 tahun selepas sesi persekolahan saya banyak habiskan masa membantu ibu di gerai makan, membasuh pinggan, meja dan menyediakan makanan untuk pelanggan. Saya banyak belajar daripada pengalaman itu.

Kehidupan waktu itu bukan mudah, kami hidup dalam kemiskinan dan berasa betapa payahnya untuk menyediakan makanan di atas meja.

Tapi itu semua tak menghalang keutamaan saya untuk menamatkan persekolahan, bekerja dan membantu menyara ibu.

Belajar di sekolah Cina

“Saya belajar di sekolah perempuan Cina dan hanya ada beberapa orang murid Melayu dan saya salah seorang daripadanya.

Sebelum itu sekolah tersebut adalah separa swasta dan tidak terbuka kepada murid minoriti.

Saya kemudian menyambung pembelajaran pra kolej di Tanjong Katong Girls School.

Tamat persekolan saya diberi pilihan sama ada untuk memasuki Kolej Latihan guru dan bergelar pendidik atau meneruskan pengajian dalam jurusan undang-undang di Universiti Singapura.

Saya akhirnya memilih jurusan undang-udang. Di universiti itu jugalah saya bertemu pasangan hidup Mohamed Abdullah.”

Suami orang Fizik

Dia pelajar yang mengkhusus dalam fizik tapi minat dengan muzik dan punya band sendiri yang akan membuat persembahan di majlis universiti.

Kami bertemu dalam satu majlis anjuran University of Singapore Muslim Society yang kami sertai.

Kami berkahwin pada 1980 dan mempunyai 5 orang cahaya mata. Dia adalah insan yang paling banyak menyokong saya.

3 dekad dalam NTUC

Selepas tamat pengajian saya memasuki National Trades Union Congress NTUC, 1978. Saya menghabiskan masa selama 3 dekad dalam badan itu dan memegang pelbagai jawatan.

Saya bersyukur kerana penmglibatan inilah yang membawa saya memasuki penkhidmatan awam.

Saya berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha NTUC dan memegang pelbagai peranan lain.

Boleh saya katakan saya dan rakan bekerja keras untuk berkhidmat demi golongan pekerja.

Ketika ini juga saya mempelajari betapa pentingnya membina kepercayaan keyakinan seorang pemimpin.

Ikut saranan PM Goh Chok Tong

Kemudian pada tahun 2001 Perdana Menteri Singapura Mr. Goh Chok Tong menyarankan saya menjadi calon untuk pliliran ratya umum pada tahun itu.

Katanya saya boleh memainkan peranan lebih besar jika terpilih memasuki parlimen Jadi pada tahun 2001 saya memasuki politik.

Saya menjadi Menteri Negara pada tahun 2011 dan menjadi wanita pertama terpilih sebagai speaker parlimen pada tahun 2013.

Walaupun menjadi Speaker saya masih meneruskan aktiviti sebelum itu dan saya dilantik menjadi penasihat untuk National Council of Sozial Services. Saya juga terus mengajar undang-undang buruh di Ong Teng Cheong Institute.

Ketika Pilihan raya umum Singapura 11 September 2015, Halimah berdepan peristiwa menyedihkan apabila kehilangan ibunya pada hari tersebut

Kenapa bertanding jadi calon Presiden Singapura

Saya akhirnya mengambil bertanding sebagai calon presiden Singapura untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat Singapura.

Ia satu keputusan yang saya ambil selepas dipertimbangkan dengan teliti dan mengambil kira pandangan keluarga, teman sekerja dan juga teman rapat. Saya sangat bersyukur dengan sokongan mereka.

Demikian petikan kisah yang disiarkan dalam laman web www.halimahyacub.sg.

Meski tidak mendapat sokongan sepenuhnya warga Singapura tapi ramai yang melihat Halimah dilihat sebagai pemimin yang mampu menyatukan masyarakat Singapura yang mempunyai pelbagai kaum.

Dia juga menerima banyak penghargaan atas jasanya, salah satunya Singapore Women’s Hall of Fame pada 2014.

Halimah menjadi orang Melayu kedua memimpin Singapura setelah Yusof Ishak, presiden pertama Singapura dari tahun 1965 –1970.

Sumber: http://www.halimah.sg

 

 

Published by
VK