Anak Presiden Indonesia Selamat Bernikah, Kahiyang Ayu Terima Mas Kahwin 80gram Emas

Share

 

Kahiyang Ayu, anak perempuan tunggal Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo selamat bernikah pagi ini bersama dengan jejaka pilihan hatinya Bobby Nasution.

Diadakan di Graha Saba Buana, Solo tidak jauh dari kediaman presiden, Kahiyang Ayu, anak kedua Jokowi sah menjadi isteri kepada Bobby, 26 yang juga seorang ahli perniagaan.

Dalam majlis itu, Joko Widodo mewalikan sendiri pernikahan puterinya, di hadapan empat saksi termasuk Jusuf Kalla.

Kahiyang Ayu, 26 yang menerima mas kahwin kelengkapan solat serta 80 gram emas.

Bertema adat klasik Jawa, majlis resepsi anak tunggal presiden Indonesia ini akan diadakan pada sebelah malamnya.

Sebelum berlangsungnya akad nikah, beberapa majlis telah diadakan mengikut adat Jawa antaranya bersiram dan suapan.

 

Pasangan Kahiyang Ayu dan Bobby mengenali antara satu sama lain ketika pengajian dan bercinta selama hampir setahun sebelum memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan.

Majlis yang ditunggu-tunggu oleh warga Indonesia sejak beberapa hari lalu ini  juga telah mendapat liputan meluas dari media di negara tersebut.

Sumber: Liputan6.com

 

 

Published by
VK