Jangan tanya kenapa baju kotor, pasal apa lewat ibu atau bapa sepatutnya tanya soalan lima ini pada anak yang baru balik dari sekolah.
Sudahlah anak penat, kita pula marah-marah. Tentunya situasi ini tak baik untuk emosi dan perhubungan dengan anak itu sendiri. Pesanan ini dititip daripada seorang guru sendiri.
1. Makan apa di sekolah?
Sangat penting untuk memantau pemakanan anak-anak agar mereka membeli makanan yang sihat. Lebih-lebih lagi, kita kena tahu mungkin anak kita tidak makan hari tu atas beberapa sebab seperti bekal makanan tumpah, duit hilang.
Atau mungkin juga anak kita meminjam duit kawan kerana duit hilang. Kena tahu dengan siapa dia pinjam, bayar semula esok hari.
Sangat aku galakkan ibu-ibu yang gemar memasak dan membekalkan bekalan makanan untuk anak-anak mereka untuk memasak lebih. Ajar anak berkongsi dengan kawan mereka.
Ads
2. Beli apa di sekolah?
Ibu bapa perlu tahu ke mana anak mereka membelanjakan wang saku. Ada murid, sampai sahaja di sekolah, terus habiskan wang saku!
Beli macam-macam benda tidak berfaedah. Sampai waktu rehat, dia dah kelaparan dan mula meminjam atau meminta duit kawan.
Malah, ada murid berbulan tidak berbelanja di sekolah. Bukan kerana duit mereka dibelanjakan awal, sebaliknya ‘diminta’ oleh kawan mereka. Murid jenis pendiam, ibu bapa pula tidak bertanya. Maka kes sebegini lambat sampai ke pengetahuan cikgu untuk tindakan lanjut. Apa kau ingat cikgu ada kuasa sakti nak tahu semua benda?
3. Belajar apa hari ini?
Penting soalan ini agar murid ‘recall’ balik apa yang mereka belajar di sekolah. Apa yang guru ajar, kemudian ‘dipanaskan’ oleh ibu bapa di rumah menjadikan pembelajaran mereka hari itu kekal diingatan. Kalau tidak, hanya menjadi memori sementara. Tanyalah!
Ads
4. Ada kerja rumah atau tidak?
Soalan ini biasanya hampir semua ibu bapa bertanya pada anak. MALANGNYA, mereka sekadar bertanya sahaja. Tidak membantu bimbing anak untuk membuat kerja rumah.
Maaf katakan, ramai murid menipu mak ayah bahawa tiada kerja rumah diberikan dan mak ayah terus percaya tanpa periksa. PERIKSA beg anak dan setiap buku untuk pastikan semua kerja rumah mereka disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Tolong periksa beg anak. Tolong?
Tolonglah. Sesekali periksa la beg anak-anak. Bekas pensil mereka, alat tulis mereka. Ada murid dari golongan berada berbulan-bulan datang sekolah tanpa alat tulis. Meminjam je kerja dia setiap hari.
Ads
Ada yang tak bawa buku mengikut jadual. Dia main letak ikut suka dia je. Tolong la bantu dia susun jadual.
Ada murid bawa mainan ke sekolah tanpa pengetahuan mak ayah. Malah, pernah berlaku murid bawa kucing dalam beg nak tunjuk kat kawan-kawan! Ini bukan gurauan, ini kejadian benar.
Kalau perasan ada pertambahan alat tulis dan buku, soal anak siapa punya. Kembalikan semula kepada pemilik asal barang-barang itu. Ada murid suka ambil barang kawan dan bawa pulang. Yang minta barang kawan pun ramai juga, kawan tu terpaksa bagi kerana diugut, ‘kalau awak tak bagi pensil tu, saya tak nak kawan’.
Ugutan ini walau nampak remeh, tapi sangat berkesan kat budak-budak. Aku tahulah, aku kan cikgu.
Bagi mak-mak yang ada anak kecil, botol susu berkerak memang jadi masalah kerana ia sukar ditanggalkan.
Kadang-kadang botol baru lagi tapi dah melekat kerak susu. Bukan saja pada botol, masalah sama terjadi puting botol susu.
Ada yang terus membuangnya kerana geram sebab sukar dihilangkan. Nak cuci banyak kali guna sabun risau juga sebab ada kandungan bahan kimia.
Bagi ibu-ibu yang ada masalah ini mungkin boleh mencuba cara mencuci kerak susu pada botol susu cara semula jadi ini.
Guna 3 bahan ini saja
Ia dikongsi oleh PuanFitriah Azman. Menggunakan beras, garam dan air panas, botol susu bersih macam baru. Begitu juga puting susu bebas dari kerak menggunakan petua yang sama. Caranya adalah seperti berikut:
Bahan-bahan:
Garam dan beras
Gunakan air panas untuk hasil yang pantas
Cara-cara:
1. Masukkan beras ke dalam botol
2. Campurkan air panas ke dalam botol yang berisi beras tadi.
3. Tutup botol dengan penutup
4. Goncang dengan penuh kasih sayang
5. Perhatikan kerak kerak susu mula berenang-renang
6. Goncang sehingga kerak habis tertanggal
7. Bilas dengan air bersih
Ulang step yang sama untuk garam. Boleh gunakan berus botol untuk kesan yang lebih cepat.
Cara bersihkan puting
Untuk membersihkan puting, masukkan beras dan sedikit air panas ke dalam puting. Geserkan permukaan puting dengan beras (rujuk video).
Dalam era globalisasi di mana segala perkara kini hanya boleh diakses dengan mudah melalui hujung jari, secara atas talian (online) sahaja. Pelbagai kandungan terutama hiburan boleh diperoleh malah ada yang sanggup melakukannya secara haram kerana mahu menjimatkan kos.
Antaranya dengan melakukan penstriman secara haram dengan penggunaan ‘TV Box’ yang boleh didapati dengan harga yang amat murah. Meskipun tidak perlu membayar harga langganan tapi tahukah anda akan risiko yang menanti.
Tindakan ini bukan saja salah di sisi undang-udang tapi juga paling bahaya mereka yang melakukan penstriman haram ini seperti membenarkan penjenayah siber masuk selangkah ke dalam kediaman dan memberikan ‘kunci’ kepada mereka untuk mengakses segala data peribadi milik keluarga anda.
Penstriman Haram Jalan Pintas Buat Penjenayah Siber!
Kotak TV atau (TV Box) haram mempunyai potensi tinggi sebagai jalan utama penjenayah siber, kerana mereka tidak melakukan proses pelesenan melalui saluran yang betul.
Lebih parah lagi apabila peranti-peranti ini disediakan tanpa mengikut standard keselamatan yang ketat, yang bertindak melindungi para pengguna di platform yang sah.
Di bawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022, penggunaan ISD dianggap sebagai kesalahan jenayah.
Ini bermakna, setiap kali anda mengakses kandungan secara haram, anda bukan sahaja terlibat dalam perbuatan yang salah, tetapi juga berisiko menghadapi tindakan undang-undang.
Berbaloi Ke Penstriman Haram, Jika Berdepan Tindakan Undang-Undang?
Terdahulu, Astro salah satu penyedia TV berbayar terkemuka di Malaysia, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap restoran, hotel, dan beberapa individu yang didapati menggunakan kotak TV ini untuk menstrim kandungan mereka.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, memandang serius bahawa cetak rompak memberi implikasi yang amat buruk terhadap industri kandungan.
Ini sekaligus memberi impak yang cukup dahsyat kepada pelaburan dalam program berkualiti, dalam masa sama meletakkan keselamatan para pengguna dalam risiko. “Jika anda ditangkap menggunakan kotak TV haram, denda yang dikenakan boleh sangat tinggi.
“Walaupun kotak TV haram kelihatan seperti cara mudah untuk mendapatkan kandungan, namun kesan yang berpotensi – daripada serangan siber hingga masalah undang-undang – menjadikannya terlalu berisiko dan tidak berbaloi,” tegasnya.
Jadi tepuk dada tanyalah selera, berbolaikah anda melakukan penstriman secara haram ini yang akhirnya akan membawa anda ke muka pengadilan hingga terpaksa berdepan tindakan undang-undang?
Seorang suami yang ramai isteri idamkan ialah suami yang memahami dan membahagiakan. Masa mengandung memang macam-macam kehendak isteri yang kadang-kadang tu tak masuk akal. Ini jugalah yang berlaku pada lelaki yang menggunakan akaun facebook Adli Rohaizan. Isterinya, Puteri Nazwa mengidam nak naik bas ekspres dan nak tengok road block.
Isterinya kini sedang mengandung anak pertama mereka. Dan sebagai suami, Adli Rohaizan cuba sedaya upaya untuk memenuhi impian isterinya. Ini cerita Adli Rohaizan dalam facebooknya.
Ada 3 cabaran ngidam
Assalamualaikum Semua ??
Ini Wife Saya. Sedang Menanti Detik2 Untuk Melahirkan Zuriat kami Berdua.
Diakhir2 ni ada 3 “Cabaran Ngidam” yang saya sebagai “lelaki” kena setelkan..
Ketiga2 Ni Bukan semua Boleh Dapatkan Sbb masa semakin hampir.
Tapi Bila Kau Mengaku Laki Kau Kena Sahut.To be honest,dari awal macam2 yang diminta,Macam2 waktu dan masa yg dikatakan tidak kena,Time Nie kau tak boleh marah,kena terima dengan cabaran kadang2 sangat mencabar ?
Jadi pelindung dan pendengar kepada isteri
Jadilah Pelindung dan Pendengar Mereka. Jadi Laki bukan bermaksud kau kena “keras” dengan perempuan.Tegas kena ada tapi bukan semuanya.
Untuk 3 Cabaran nie 1 lagi yang belum selesai,iaitu yang ke-3 ?.
insyallah akan usaha sebaik mungkin,Semoga Allah Memudahkan segalanya amin ??
Dalam facebook yang terkini, nampaknya Adli Rohaizan dah berjaya bawa isterinya pergi makan strawberi salut coklat di Cameron Highland.
Cabaran suami yang isterinya sedang mengidam
Assalamualaikum semua ?
Alhamdulillah permintaan ke-3 telah saya tunaikan.?
Ribuan terima kasih atas segala doa dan ucapan semangat kalian buat saya..
Semoga Allah merahmati kita semua,cerita saya ni mungkin 0.01% Cabaran dan ujian sebagai suami dan isteri yang sedang ngidam.
Buat Suami Diluar Sana,Harap selepas ni kita terus berusaha untuk menjadi yg terbaik buat isteri dan keluarga kita.
You are the man ! Geng! ??
Terima Kasih Allah Atas Kenangan Dan Ujian ini,tanpa ujian/pengorbanan tiada erti sesuatu itu.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...