Pada hari ini, memang ramai orang berdepan dengan tekanan hidup. Maklumlah sana sini ada sahaja tekanan yang datang. Tak kiralah di jalan raya ke, di rumah ke, malah di tempat kerja pun ada tekanan yang perlu dihadapi.
Justeru, tidak hairanlah kalau ramai yang stres. Hidup pula dirasakan tak bahagia walaupun seseorang itu ada pasangan yang mencintainya, ada anak dan sebagainya.
Dalam instagram, Prof Dr Muhaya melalui video telah memberikan formula berkesan untuk seseorang individu itu berasa bahagia.
Tolong jaga solat
Bersiap-siaplah untuk solat berjemaah. Apa yang kita lakukan, semua Allah yang membantu kita.
Apa kata, jadikan aktiviti setiap hari sebenarnya menunggu solat. Aktiviti utama ialah solat. Apa yang kita lakukan selepas solat ialah untuk menunggu waktu solat yang seterusnya. Jadikan kehambaan kepada Allah, nak menghadap Allah, percayalah jika kita buat hal ini, pasti akan berlaku keajaiban.
Masalah kesihatan, ketenangan, kebahagiaan, kekayaan rezeki. tolong jaga solat. Insya-Allah semuanya akan berlaku dengan baik. Itu sahajalah formula kehidupan bahagia.
Berdasarkan video ini, Dr Muhaya menegaskan bahawa solat adalah satu-satunya cara untuk hidup bahagia. Orang yang ada masalah kesihatan, kebahagiaan dan kekayaan rezeki digalakkan supaya menukar gaya hidup dengan cara mengutamakan solat dalam kehidupan seharian.
Hanya dengan menjaga hubungan dengan Allah melalui solat, maka keajaiban akan berlaku iaitu jika dulu tak bahagia, maka kebahagiaan itu akan datang kepada empunya diri.
Sumber: https://www.instagram.com/p/BmIAOnbDc_O/?taken-by=profmuhaya