top

 

Rasanya ramai yang pernah terlupa nak tambah nilai kad Touch n Go sampai menggelabah di plaza tol bila baki kad tak mencukupi.

Biasanya kita akan berhenti di kaunter tol, keluar dari kereta dan cari kaunter untuk tambah nilai. Dalam pada masa yang sama kena hadap hon dari kereta belakang. Pada kita hanya inilah penyelesaiannya.

Sebenarnya kita tak perlu pun berlari berpeluh-peluh nak cepat untuk top up baki. Kalau berlaku kejadian begini kita hanya perlu guna interkom dan tunggu sehingga runner PLUS tiba untuk membantu.  Perkara ini dikongsi oleh El Ameeera

Cuma perlu tekan butang intercom & tunggu runner PLUS

Jika kita exit tol dan tiba-tiba baki tak cukup, kita hanya perlu tekan button intercom dan tunggu runner PLUS datang. Runner akan bantu kita untuk topup dan serahkan semula kad TnG kita.

Untuk semua pengguna jalan raya, pegawai PLUS pesan jangan lah membahayakan nyawa anda dengan melintas dari lorong ke lorong. Perkara ini bertentangan dengan SOP pihak PLUS.

IKLAN

Jika kenderaan belakang anda dah bunyikan hon sebab marah, just stay calm sampai runner PLUS datang. Again, jangan keluar dari kereta dan pergi ke lorong top up.

Apa Perlu Buat Jika Dah Sampai Tol Baru Sedar Baki Touch N Go Tak Cukup!

Pihak PLUS beritahu, insiden pengguna yg melintasi lorong untuk ke lorong top up adalah perkara yang tidak patut berlaku. Jika runner di tol itu mengarahkan pengguna utk datang sendiri ke pondok top up, maka dia telah melanggar SOP dan pengguna dinasihatkan buat aduan segera.

PLUS sendiri akui ada keadaan di mana pengguna memang impossible utk tinggalkan kereta. Contohnya, memang tak boleh berjalan (OKU), wanita sarat mengandung atau pun ada baby dalam kereta.

IKLAN
Selain itu:  Cara Lembutkan Kerak Hitam Belakang Kuali! 30 Minit Dah Bersih Berkilat

Jangan bahayakan nyawa lintas lorong

So lepas ini, especially wanita-wanita. Kalaulah berlaku insufficient balance, terus tekan button intercom dan tunggu bantuan runner. Pegawai itu pesan, jangan panik dan tolong jangan membahayakan nyawa anda.

Apapun, lebih bagus jika kita pastikan kad kita cukup baki. TAPI ada juga keadaan di mana sesetengah dari kita yg nasib tak berapa baik. Time nak exit tu lah baki tak cukup.

Kita jangan lah marah-marah dan hon berkali-kali bila nampak ada pengguna yg tak cukup baki. Hari ini hari dia susah. Esok lusa entah-entah hari kita pulak.

Apa Perlu Buat Jika Dah Sampai Tol Baru Sedar Baki Touch N Go Tak Cukup!

IKLAN

Korang kalau ada apa-apa masalah apabila lalu PLUS, jom ikut cara saya, terus call 1800 88 0000 dan buat aduan. Nanti diorang akan investigate dan call kita semula sehari atau dua hari selepas tu.

Kalau kita beramai-ramai suarakan hak kita, mungkin PLUS akan implement satu system yg lebih baik lepas ni.

P/S: Ini adalah utk plaza tol yg tak menyediakan lorong tambah nilai, tak ada RFID, tak ada e-Wallet seperti tol exit Setia Alam atau tol exit Subang dan mana-mana tol yg mempunyai sistem sama.

Utk plaza tol yg ada lorong topup, you all masuk je lah lorong tersebut kalau baki tak cukup. Jangan pening-pening.

Sumber: El Ameerah

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI