Kalau di kampung selalu kita lihat waktu petang rutin membakar sampah di bawah pokok pokok dilakukan.

Selain untuk tujuan kebersihan, ramai yang tak tahu sebenarnya ada kesan baik dari aktiviti pembakaran tersebut untuk tanaman dan pokok-pokok buah.

Kebaikan ‘asapkan’ pokok menjelang malam

‘Asapkan’ Pokok Waktu Petang Cara Mudah Halau Ulat & Serangga Perosak Tanaman
Foto: Steemit.com

Asap yang dihasilkan akibat dari pembakaran bahan organik terutamanya boleh membantu di dalam mengawal musuh dan serangga perosak pada pokok buah-buahan.

Ini kerana lazimnya asap ini mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai ‘Nafthalene gas’ yang menghalau banyak jenis serangga perosak tanaman.

Ads

Semakin kerap kita membakar dan menghasilkan asap, semakin kurang kemungkinan berlaku serangan serangga perosak pada pokok buah-buahan kita.

Paling utama hasil daripada pembakaran ini akan menghasilkan sisa bahan bakar yang kaya dengan baja dan nutrien seperti Potassium yang merupakan baja untuk tumbuhan.

Ads

Cara dan waktu untuk asap tanaman

  • Pastikan rutin membakar daun dan ranting ini dilakukan jauh sedikit dari pokok. Kita perlukan asap bukan api marak.
  • Boleh lakukan 3 hari sekali.
  • Lakukan pada waktu menjelang malam iaitu pukul 7 ke atas kerana ulat dan serangga perosak aktif pada waktu malam.
  • Jika tiada daun atau ranting kayu, boleh gunakan sarang telur. Bakar sarang dan apabila menyala, matikan api untuk dapatkan asap saja.

‘Asapkan’ Pokok Waktu Petang Cara Mudah Halau Ulat & Serangga Perosak Tanaman

Selain mengelakkan pokok dari terkena daripada serangan ulat dan serangga perosak,  asap ini juga memberikan kesan kepada pokok buah-buahan untuk mengeluarkan bunga pada waktunya.

Ads

Selamat mencuba

Sumber: Animhosnan & Fig Farm Agro

Kredit foto: namakucell & steemit.com

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI