Selalu masak asam pedas ikan, daging tapi asam pedas ayam jarang orang buat. Malah ada yang kata pelik. Cuma bagi orang Johor ini menu biasa.
Bagi yang nak cuba asam pedas ayam ini boleh ikut perkongsian Amoy Sally. Resipi dari orang Johor sendiri.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 biji bawang merah -kisar
5 ulas bawang putih -kisar
2 inci kunyit hidup -kisar
1 inci halia -kisar
Lada hitam -kisar
Cili kisar -kuantiti ikut tahap kepedasan yang dikehendaki
2 batang serai -diketuk
Daun kesum -letak banyak lagi sedap
Daun limau
Bendi
Tomato
Cara membuat:
1. Panaskan minyak (kena guna minyak yang banyak) masukkan serai yang diketuk. Tumis sampai naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar kecuali cili kisar. Tumis sampai naik bau baru masukkan cili kisar.
3. Tumis lagi sampai cili betul-betul masak dan garing (Pastikan tutup kuali supaya dapur tak kecah).
4. Bila cili dah garing bolelah masuk ayam. Bila ayam dah agak kecut baru masukkan air agak-agak paras ayam.
Kemudian bolehlah masukkan perasa masukkan daun kesum, daun limau, bendi, tomato.
Akhir sekali masukkan air asam jawa.
🌶Air boleh tambah, banyak mana nak.
🌶Minyak lebih yang terapung boleh senduk keluar.
Selamat mencuba
Sumber: Amoy Sally