Meski mendambakan kehadiran seorang lagi cahaya mata untuk menceriakan keluarga namun dalam masa yang sama ibu ini tak dapat menahan dugaan alah kehamilan.
Rungutan demi rungutan diluah sehinggalah ia bagai ‘didengar’ oleh bayi dalam kandungan. Masuk bulan ketiga jantung bayi dalam kandungan ibu bernama Anis ini tidak lagi dikesan dan disahkan oleh doktor sudah tiada.
Belajar dari apa yang berlaku Anis tidak lagi mengulanginya pada kehamilan ketiga malah berkongsi kisah ini sebagai pengajaran buat wanita lain.
My Second Baby…(Muhammad Bin Ahmad Madzhar)
Setiap kali kak nis jumpa orang. Ramai yg tanya kenapa kak nis pregnant kat aira kak nis tak bagi tau or war-warkan. Kak nis nak buat surprise kan?
Kak Nis pregnant memang jenis tak dak masalah or alah apa-apa kot sebab tengok Kak Nis relaks ja tak da update apa-apa. Macam takda apa-apa, tau-tau tak da apa-apa tau-tau keluar ja ‘seketoi’ Aira….
Kak Nis tak announce masa kehamilan ‘Aira Mikayla’ (3rd pregnancy) bukan sebab nak buat surprise tapi kehamilan kedua Kak Nis buat Kak Nis sedar n muhasabah diri….
Hampir 2 tahun usaha dan menunggu kehamilan kedua finally Allah dengar dan perkenankan doa kak nis. Alhamdulillah bulan Ogos tahun lepas positive pregnant, suami pun happy ya amat sampai teriak bila tau kak nis pregnant.
Sepanjang hamil asyik mengeluh
So bermulalah aktiviti buku merah ulang alik check up sepanjang kehamilan, tu ada juga kak nis update kat FB tapi maybe ada yg perasan dan ada yg tak sbb posting kak nis tak jelas just hint saja tapi update something yg bunyi dia like mengeluh n merungut sebab tak sihat, sakit-sakit badan, alah apa semua disebabkan pembawakan…
Kehamilan kedua due kak nis dijangka pada bulan puasa lepas. Masa tu kak nis suka cakap kat suami dan mak “alooo….tak syok la kena pantang time puasa. Takleh pakai baju raya la, takleh makan benda sedap-sedap…”
Ads
Memang ayat tu selalu kuar dari mulut kak nis. Sakit sikit merungut “tak sukanya badan sakit-sakit macam ni”. Bila muntah-muntah pun pun merungut ” tak syoknya muntah mcm ni, leceh laaa…” time nak kena check up pun merungut “cemuihnya everyweek/month nak kena pi sua muka kat misi and doktor”.
Kira pendek kata apa saja perubahan fizikal or mental masa preggy kak nis kerja merungut ja. Pemakanan dan aktiviti pun tak berapa nak jaga…
Bahagia lihat Muhammad tapi tetap merungut
Minggu ke minggu berganti-ganti check up kat kk n swasta. Bulan pertama alhamdulillah kelibat Muhammad dah mula nampak. Masa tu syok tak tau nak habaq kalau boleh nak suruh dia besar cepat-cepat.
Yala kakak pun dah 3 tahun…Rindu nak bau baby lagi. Dalam happy tu pun sepanjang proses nak pergi check up tu pun tak habis-habis mulut duk merungut “ramai orang la, tak larat tunggu turn la, macam-malam la.
Merungut tak habis-habis sebab masa ni alah dah mula mai. Muntah tak kira masa n tempat, fizikal dah mula berubah.
Masuk bulan kedua check up, doktor tunjuk degupan jantung Muhammad. Alhamdulillah Muhammad sedang membesar. Setiap kali scan mesti simpan kertas scan tu walaupun rupa Muhammad still lagi tak nampak dgn jelas.
Kak nis bahagia setiap kali boleh scan tapi rungutan kat mulut tetap tak berhenti sbb masa ni alah dah makin menjadi-jadi.
Bulan ketiga doktor kata Muhamad tak membesar
Ads
Kehamilan hampir mengenjak masuk bln ketiga, time ni kak nis dah mula perasan perubahan fizikal yg kak nis rasa macam sepatutnya ibu-ibu mengandung rasa dah mula tak ada. Muntah- muntah pun dah stop tiba-tiba, makan pun dah lalu seperti biasa.
Masa ni kak nis try to think positive maybe alah dah habis kot tapi ni second prgnant kak nis dah ada pengalaman masa 1st pergnant so serba sikit hal negative datang jugak.
Then malam tu mula sakit-sakit pinggang pusing sana sini tak kena, tak senang duduk. Esok tu p klinik check up. Dua kali doktor scan, first scan macam biasa. Masa tu kak nis nampak muka doktor macam ada something tak kena.
Kak nis dah mula berdebar tapi still positifkan diri. Doktor cakap tak nampak kelibat ‘muhhammad’. Then doktor nak check sekali lagi kali ni scan direct ke dalam. Masa ni mata kak nis dah mula berkaca maybe instinct ibu dah boleh rasa.
After scan doktor cakap ‘Muhammad’ mengecut dan tak membesar, heart beat dah stop. Masa ni Allah saja yg tahu perasaan kecewa kak nis. Masa dalam bilik doktor still hidden perasaan tu.
Buku & Majalah Serendah RM1
Rupanya Allah dengar rungutan
Masa berjalan kat kereta air mata dah bertakung dok cover lagi. Masuk masuk ja dalam kereta kak nis dan suami memang tak putus air mata. Sampai ja rumah kak nis duduk sambil belek buku merah Muhammad dgn air mata bersimbah.
Masa ni baru kak nis sedar rupanya sekali lagi Allah dengar ‘rungutan’ kak nis dan Allah perkenankan agar kak nis dah ‘tak muntah-muntah lagi, tak sakit-sakit badan lagi, tak perlu ulang alik n tuggu turn check up dah, boleh pakai baju raya n makan sedap-sedap time raya nanti’
Ads
Masa ni kak nis sedar sebelum kak nis kecewa dgn pemergian Muhammad maybe Muhammad lebih awal kecewa dgn ‘rungutan’ kak nis sepanjang kehadiran dia dlm rahim kak nis. Mungkin sebab itu la dia pergi. Time dia takde kita sungguh-sungguh nak dan mintak, bila dia ada kita merungut pulak. Allahu…
Masa ni Kak nis sungguh-sungguh mintak ampun dan doa pada Allah supaya masih ada zuriat lagi buat kaknis dan suami…
Syukur, tak mahu Allah tarik lagi
Dan ternyata Allah itu Maha Pengampun. Bulan 12 kak nis positif pregnant lagi utk kali yg ke3. Syukur masih diberi peluang. Masa ni kak nis jaga hati, percakapan n perbuatan kak nis.
Setiap yg happen sepanjang kehamilan kak nis say syukur sebab kak nis tak mau Allah tarik sekali lagi n kak nis tau semua tu happen tanda anak kak nis tengah sihat dan sedang membesar di dalam.
Semua itu jugak sebenarnya satu nikmat sbb time preggy saja kita boleh merasa semua tu.
After 9 bulan sure kita akan rindu balik semua moment-moment tu dan masa ni jugak kak nis ambil keputusan utk tak announce dlm ni sebab dalam msa yg sama nak jugak jaga hati rakan- rakan dalam ni yg belum ada zuriat.
Tunggu dah selamat bersalin baru kak nis share. Now syukur hari ni umur Aira Mikayla dah genap dua bulan satu hari.
Ramai ingat tanam pokok pisang perlu tanah yang luas tapi hakikatnya dalam pasu pun boleh tanam. Jadi kalau tinggal di rumah teres atau di kediaman yang tiada halaman boleh saja jika berhajat untuk menanamnya.
Kelebihan bila tanam pisang dalam pasu ini, kita boleh alih lokasinya di sekitar rumah. Bagi yang nak cuba tanam boleh ikut langkah ini.
Cara tanam pisang dalam pasu
1. Sediakan anak pokok pisang, jika ada tunas yang baru keluar dari akar, jangan pisahkan. Tanam sekali. Daun anak pokok pisang juga tidak perlu dipotong.
2. Gunakan pasu besar, saiz seeloknya berukuran 70CM lebar dan 56CM tinggi. Boleh beli pasu besar ini di nurseri atau boleh gunakan tong yang besar yang bahagian bawahnya dibuat lubang.
3. Ambil beberapa ketul bata dan pecahkan menjadi dua, kemudian masukkan ke dalam pasu sehingga menutup ruang dibawah. Batu bata ini berfungsi untuk beri ketahanan dasar pasu.
4. Sediakan satu karung cocopeat basahkan dan gaul hingga rata supaya basah semuanya.
5. Masukkan cocopeat yang sudah basah tadi ke dalam pasu sampai menutup batu bata atau paras setengah pasu.
6. Letak anak pisang di tengah pasu, kemudian tambah dengan cocopeat. Pastikan anak pokok pisang stabil.
7. Siram lagi dengan air nutrisi/baja
8. Gunakan baja AB untuk makanan anak pokok supaya tumbuh subur dan sihat. Baja AB ini juga boleh dibeli di kedai nurseri atau boleh buat sendiri.
9. Untuk tanaman ini, cukup berikan 2 gayung baja sekali dalam sebulan. Perlu diingat bahawa baja yang berlebihan akan merosakkan struktur cocopeat dan anak pokok pisang. jadi bersederhanalah dalam segala hal.
Boleh juga rujuk video di bawah untuk cara penanaman pokok pisang dalam pasu.
Tidur dengan bayi sambil menyusu badan memang lebih mudah untuk ibu malah sudah jadi kebiasaan para ibu. Tapi kena hati-hati kerana kebiasaan ini sebenarnya boleh jadi punca bayi mati mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).
Risiko ini dinyatakan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam catatan beliau dalam Facebook.
Bahaya tidur dengan bayi
Amalan tidur bersama bayi (terutama berumur enam bulan ke bawah) harus dilakukan dengan kaedah yang betul, jika tidak ia berbahaya kepada bayi.
Kematian bayi yang mengejut (Sudden Infant Death Syndrome, SIDS) berlaku dalam kalangan bayi berusia kurang setahun dan kematian bayi ini biasanya berlaku semasa tidur. Ia juga dikenali sebagai maut di tempat tidur (crib death).
Kombinasi masalah fizikal dan faktor persekitaran di tempat tidur boleh menyebabkan bayi mudah menjadi mangsa SIDS.
Faktor penyebab SIDS
1. Antara faktor fizikal yang dikaitkan dengan SIDS ialah masalah dalam otak (akibat belum matang) yang mengawal pernafasan dan bangun tidur bayi tersebut, atau dilahirkan secara tidak cukup bulan, atau dilahirkan tidak cukup berat dan otak bayi yang tidak matang sepenuhnya menyebabkan tidak dapat mengawal proses bernafas yang betul dan degup jantung tidak menentu. Jangkitan kuman pada saluran pernafasan dan paru-paru juga penyebab SIDS.
2. Antara faktor tempat tidur yang dikaitkan dengan SIDS ialah bantal, selimut dan anak patung yang diletakkan di tempat tidur, yang menyebabkan bayi ‘ditimbus’ dan tidak bernafas, dan posisi bayi tidur (tidur tertiarap).
Bayi yang tidur bersama ibu bapa atau adik-beradik juga mengalami SIDS kerana tertindih secara tidak sengaja.
Amalan di barat, tidak menggalakkan ibu tidur sekatil dengan bayi yang dilahirkan secara pramatang, dan mengalami kurang berat badan dan bayi berusia kurang enam bulan.
Mereka lebih selamat ditidurkan berhampiran ibu tetapi katil yang berlainan.
Ibu bapa terlalu letih tidak digalakkan tidur dengan bayi
Bayi boleh mati lemas tidak bernafas kerana berkongsi selimut dengan ibu. Ibu bapa yang terlalu letih juga tidak digalakkan tidur bersama bayi kerana mungkin akan menghempap bayi dan tidak sedar apabila bayi terjaga dan menangis.
Ibu atau bapa yang merokok juga tidak digalakkan tidur bersama bayi kerana ia mendedahkan bayi kepada bahan toksik asap rokok yang dikeluarkan dari paru-paru semasa tidur.
Ibu yang menyusukan bayi dan tidur bersama, harus berwaspada kerana ibu mungkin kepenatan dan wajah bayi mungkin tertangkup pada payudara ibu yang tidur kepenatan.
Apabila berasa kecewa, kerap kali kita fikir hendak undurkan masa dan perbetulkan pilihan yang kita buat. Betul tak? Orang paling kita perlukan ketika kita kecewa ialah ibu. Meluahkan rasa hati ibu adalah antara jalan yang mampu melapangkan emosi. Begitulah pelakon dari Singapura, Dato Adi Putra ini. Kekecewaan dengan kehidupan sebagai selebriti yang juga disebut public figure telah membuatkan dia meluahkan rasa hatinya pada ibu.
Melalui instagram, Adi Putra memuat naik perbualannya dengan ibu.
Bersama ibu.
Kalau dapat undur masa
Me: ibu, kalau boleh dapat undurkan masa, adi tak nak jadi “Public Figure”, adi nak jadi org awam dan keje macam org awam.
Ibu: jgn cakap macam tu, kita hidup kedepan bukan kebelakang, tak baik cakap macam tu, kita kena trima hakikat apa yg dah tertulis utk kita.
Me: susah nak cakap ibu, buat salah tetap salah, ni buat baik pun tetap salah. Ni salah, tu salah, semua salah.
Ibu: knapa nak fikir apa org cakap, biar mereka nak kata apa, janji Allah tahu apa kebaikan yg kita buat, ada sebab dan hikmah knapa Adi jadi “public figure”, tentu ada asbabnya.
Me: entahlah ibu, harap, semua baik baik belaka.
Adi Putra dan isteri.
Selagi ibu bernafas, doa ibu ini mustajab
Ibu: dengar sini, selagi ibu bernafas, Doa ibu tak pernah putus doa buat anak ibu dan istri. Kalau itu ketentuan Allah, teruskanlah perjuangan sebagai org dikenali dan manfaatkan sebaik mungkin. Dunia ini hanya sementara. Hidup ini juga utk memberi, membahagiakan dan menjayakan org dan Pasti Allah akan menjayakan dan bahagiakan kita krana itu Janjinya. Yg penting skali, pertama ingatlah Allah sentiasa. Dan ibu dan ayah. Doa mereka tidak sama seperti seorang ibu mendoakan kepada anaknya, walaupun yg tiada ibu, anggaplah seorang wanita yg sudah berumur seperti ibu mu, krana doanya juga sgt mustajab.
Ingat pesan ibu
Me: baik ibu, adi akan sentiasa ingat sampai bila2 pesanan ibu. Dan adi akan trus berjuang utk duniawi dan ukhrawi. Restui dan doakan adi ibu. Ibu, jap, kadang2 bila ibu bercakap ni, boleh tahan juga, macam seniwati.
Ibu: kalau ibu tak jadi, anak ibu lah jadi. Dah Jgn lupa solat, jgn lupa Allah.
VK sayu betul kalau tiba bab ibu ni. Ketika sedih mesti ingat ibu. Nasihat ibu akan tersemat di hati. Walau kita nakal atau degil macam mana pun, kasih sayang ibu tetap utuh buat kita kan?
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...