Kesihatan

Atasi Masalah Lalat Banyak Di Rumah, Letak Semangkuk Air Bancuhan Ini

Share

Bila lalat banyak di rumah, ia memang merimaskan. Nak makan pun tak senang dibuatnya. Salah satu cara untuk mengatasi masalah lalat ini adalah dengan membuat sendiri perangkap lalat.

Caranya dengan membuat bancuhan air ini dan meletakkannya di dapur atau ruang yang banyak lalat. Cara ini lalat akan tertarik terbang ke arah air bancuhan dan terperangkap di situ secara tak langsung mengurangkan masalah lalat.

Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menyediakan

1/2 cawan cuka.
1/2 cawan minyak zaitun (atau minyak sayuran lain).
1/2 cawan syampu

Cara membuatnya;

1. Campurkan separuh cawan cuka, separuh cawan minyak zaitun, dan separuh cawan syampu bersama-sama.

2. Letakkan mangkuk di dapur dan tunggu lalat berkumpul padanya.

3. Biarkan campuran itu di luar selama beberapa jam atau sehingga lalat banyak terperangkap di situ. Ulang bancuhan jika perlu.

Sumber: Akmal Azemi

 

Published by
VK