Kehadiran lipas dalam kabinet dapur terutama di tempat stok makanan dan juga pinggan mangkuk memang tak menyenangkan kerana haiwan kecil ini kotor dan penuh kuman.
Nak guna penyembur atau ubat gegat untuk hapuskan lipas di kabinet sebegini memang tak sesuai, nanti habis semua bahan makanan yang disimpan berbau kimia ini.
Jadi kalau nak selamat boleh cuba cara yang lebih semula jadi iaitu gunakan rempah ratus.
Caranya mudah, tiada bahan kimia dan tak keluar modal kerana guna bahan yang memang sedia ada di rumah.
Cara ini dikongsi oleh Ummi As yang sudah 3 bulan menggunakan cara ini dan berkesan atasi kehadiran lipas dalam kapinet dapur miliknya. Caranya;
1. Ambil rempah empat sekawan – kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Lebihkan bunga cengkih dan buah pelaga.
Ads
2. Masukkan dalam kain net dan ikat bunjut. Buat 3-4 bunjut rempah ini dan letak di dalam kabinet dapur. Boleh tambah rempah jika baunya sudah hilang.
Ads
3. Sebelum masukkan bunjut rempah ini sebaiknya bersih dan lap dulu kabinet.
Ads
Menurut Ummi setakat tiga bulan mempraktikkan cara ini, kehadiran lipas dan bahan buangannya memang tiada. Berkesan!
INFO: Rempah ratus mempunyai bau-bauan yang kuat dan tidak disukai lipas.
Harga sebuah beg tangan berjenama mewah bukan murah dan bagi orang biasa jika kita berhajat untuk memilikinya sudah tentu perlu menabung lama. Seharusnya dengan jumlah wang yang dikeluarkan kita perlu tahu bahawa beg tangan yang dibeli itu asli bukan tiruan atau fake.
Apatah lagi ketika ini terdapat banyak sekali barangan berjenama mewah tiruan dijual di pasaran termasuk di gedung membeli belah. Supaya anda tidak tertipu berikut adalah cara mudah untuk membezakan beg tangan asli dengan tiruan. Perhatikan tujuh aspek ini ya.
1. Perhatikan detail
Setiap item dikeluarkan oleh jenama mewah yang terkenal akan melalui pemeriksaan yang cukup teliti untuk melihat sebarang kerosakan sebelum dipasarkan. Setiap jahitan harus sempurna, tidak akan ada benang yang longgar atau tidak kemas serta ketidaksempurnaan lain.
2. Butang dan zip
Beri perhatian pada perkara kecil seperti butang, penarik zip, kunci atau besi penyambung tali pada beg. Ia harus sempurna dan tertera nombor atau nama pada item tersebut yang juga menandakan kualiti sesuatu produk. Sebagai contoh setiap beg Hermes tertera logo Hermes Paris made in France’ manakala bahagian belakangnya pula akan tertera tahun serta material yang digunakan.
3. Material
Beg dari jenama yang terkenal tidak mengguna material kulit yang kasar sebaliknya menggunakan jenis kulit yang berkualiti tinggi. Ia juga tidak akan berminyak dan melekit. Terdapat beberapa jenama beg tangan mewah yang lembut dan fleksibel namun bentuknya tidak akan berubah walau berapa banyak barang dimasukkan ke dalamnya.
4. Nama jenama
Kadang kala kerana terlalu teruja membeli kita tidak memerhatikan perkara utama iaitu nama jenama itu sendiri. Kebiasaannya barang tiruan menggunakan font berbeza untuk mencetak nama jenama selain kabur dan ada masa terdapat kesalahan ejaan.
5. Nombor siri
Nombor siri adalah antara ciri penting beg tangan yang asli. Biasanya label dan nombor siri inidilekatkan dengan cara yang khusus dan sukar untuk ditanggalkan tanpa merosakkan beg. Manakala barangan tiruan selalunya hanya menggunakan stiker tertera nombor yang ditampal hanya dengan gam.
6. Kemasan/bungkusan
Selalu ingat beg tangan mewah akan datang dengan kemasan atau pembungkusan yang istimewa dan kemas. Aksesori lain juga akan didatangkan dalam satu pakej bukan berasingan. Mereka tidak akan meletakkan caj tambahan untuk aksesori itu.
7. Karakteristik berbeza
Sebelum pergi ke butik untuk membuat pembelian cuba buat penyelidikan pada jenama yang dihajati. Sebagai contoh, beg Prada asli tak akan menggunakan warna yang kontra untuk lapisan dalam dibandingkan dengan warna luar beg. Warna yang dipilih untuk dua bahagian ini biasanya serasi.
Contoh lain adalah tas tangan Dior akan menggunakan lapisan warna merah cerah untuk bahagian dalam yang tertera logonya.
Menjelang malam kita biasanya akan berdepan dengan masalah nyamuk tak kira di luar mahupun dalam rumah. Kadang-kadang dalam kereta juga.
Ada masa kehadiran nyamuk ini agak banyak sampai tak ‘lut’ menggunakan penyembur atau ubat nyamuk.Jika berdepan dengan situasi ini mungkin boleh cuba cara yang dikongsi oleh netizen dalam Facebook Berkebun Di Rumah
Teknik halau nyamuk ini hanya mengguna satu bahan yang mudah saja tapi berkesan untuk bukan saja mengelakkan nyamuk tapi juga mematikannya. Bahannya cuma cecair pencuci pinggan! Berikut adalah kaedahnya.
Teknik halau nyamuk guna pencuci pinggan
Bagi mengawal nyamuk, saya menggunakan cecair pencuci pinggan (Lemon Fresh Joy atau Harimau Kuat) dengan keharuman lemon (botol kuning) dan ia berkesan.
Ia murah dan tidak toksik seperti penggunaan penyembur. Tip ini telah diperkenalkan di satu forum gardening. Caranya;
1. Letak sedikit air di pinggan makan warna putih dan tambahkan beberapa titisan cecair pencuci Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat.
2. Kemudian letak pinggan ini di beranda, meja, kerusi di dalam ataupun di luar rumah.
3. Tak pasti apa sebenarnya yang membuat nyamuk itu tertarik kepadanya, sama ada pada haruman lemon ataupun pinggan berwarna putih itu. Tetapi nyamuk akan berkerumun ke situ dan akan jatuh mati tak lama selepas terminum cecair di pinggan dalam lingkungan 3m dari pinggan itu.
Cubalah! Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu kawal nyamuk-nyamuk pembawa virus seperti denggi di sekitar rumah.
Selain bersih bilik air pun perlu juga tersusun elok. Sebab orang kata kalau nak tengok seseorang itu pembersih atau tidak tengoklah bilik airnya.
Tapi kita tak semestinya perlu renovate bagai untuk cantikkan bilik air. Ada cara yang lagi murah dan mudah untuk buat. Boleh ikut contoh Abylla Amjah. Modalnya hanya guna wallpaper saja terus berubah rupa bilik airnya.
Keadaan bilik air sebelum makeover
Hasil selepas makeover
Dinding tampal guna wall paper, beli 5 roll RM100. Cuma guna 1 setengah roll saja.
Wall paper ini melekat kuat dah 3 bulan guna. Lantai tampal dengan cloth tape hitam, juga dah tiga bulan masih melekat.
Rak di dinding untuk letak barang, guna floating shelf beli di Lazada RM30.
Lampu pada cermin beli di Mr DIY, guna bateri saja.
Gantung pokok bunga untuk tutup kesan kotoran dinding.
Berita kanak-kanak maut akibat tercekik memang berlaku. Sama ada berpunca dari buah, makanan, duit syiling malah juga mainan. Terbaru ada anak yang meninggal akibat...