Masalah nyamuk memang menjadi perkara biasa di sekitar kita. Cuma yang menakutkan bila ada kehadiran nyamuk Aedes, bimbang menyebabkan penyakit denggi.
Masalah nyamuk terutama jika banyak memang perlu ditangani cuma kalau selalu gunakan penyembur nyamuk pun tak elok juga.
Selain kaedah semburan atau pengunaan ubat nyamuk sebenarnya ada juga cara semula jadi yang boleh kita gunakan untuk mengelakkan masalah nyamuk.
Gunakan serai dan daun pandan
Cuma layurkan saja dua daun ini atas api sekejap. Waktu ini memang wangi satu rumah. Kemudian hiris halus seperti bunga rampai dan masukkan dalam bekas.
Letak di sudut bilik atau ruang. Menurut Wan Erni Suria yang berkongsi petua ini selepas mempraktikkannya hampir tiga minggu masalah nyamuk berkurang hamper 90 peratus.
EKSTRA
Satu lagi cara adalah dengan meletakkan pokok Jeremin atau pokok lima jari di dalam rumah. Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol, penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya.
Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.
Baca: Pokok Jeremin Berguna Untuk Halau Nyamuk. Letak Di Lokasi Ini Dalam Rumah Supaya Lebih Berkesan
Sumber: Wan Erni Suria