Korang yang selalu ambil ubat untuk sakit gastrik, pedih ulu hati dan ulser perut harap periksa ubat yang dimakan.

Sebabnya beberapa hari lalu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memanggil balik 10 produk berdaftar yang mengandungi bahan aktif Ranitidine.

Ranitidine adalah ubat yang digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami pedih ulu hati dan ulser perut dengan cara mengurangkan kadar pengeluaran asid di dalam perut.

IKLAN

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk tersebut disahkan mengandungi impuriti N-Nitrosodimethylamine (NDMA) melebihi had dibenarkan.

Menurutnya, penilaian dan ujian makmal ke atas produk terbabit dilakukan KKM dan syarikat pemegang pendaftaran produk serta maklumat semasa daripada badan regulatori antarabangsa.

IKLAN

“Ubat mengandungi Ranitidine bagi pesakit yang mengalami pedih ulu hati dan ulser perut ini biasanya digunakan dalam jangka masa pendek iaitu beberapa hari sehingga beberapa minggu.

“NDMA merupakan salah satu impuriti daripada kumpulan nitrosamine yang biasa ditemui pada paras yang rendah. Antaranya dalam makanan dan minuman tertentu, pencemar udara dan hasil daripada proses pengilangan tertentu.

IKLAN

“Berdasarkan International Agency for Research on Cancer (IARC), NDMA boleh meningkatkan risiko terjadinya kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang,” katanya

10 produk terbabit adalah:

  • Zantac Injection 50mg/2ml (MAL19950591ARZ)
  • Zantac Syrup 150mg/10ml (MAL19910829ACRZ)
  • Zantac Tablet 150mg (Tidak dipasarkan di Malaysia) (MAL19871471ARZ)
  • Hyzan Tablet 150mg (MAL19984063AZ)
  • Vesyca Film Coated Tablet 150mg (MAL19991131AZ).
  • Apo-Ranitidine 300mg Tablet (MAL19988448AZ)
  • Apo-Ranitidine 150mg Tablet (MAL19986966AZ)
  • Ranitic Tablet 150mg (MAL19988460AZ)
  • Pharmaniaga Ranitidine Tablet 150mg (MAL19987368AZ)
  • Pharmaniaga Ranitidine Tablet 300mg (MAL19987370AZ).

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Selain itu:  Awas, Kalau Rumah Anda Masih Guna Atap Sebegini! Boleh jadi Punca Kanser
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI