Apabila penyanyi Elyana mendedahkan dia merupakan pesakit kanser limfoma tahap empat ramai yang tertanya-tanya tentang penyakit ini.
Untuk pengetahuan, penyakit yang sama telah menyebabkan kematian anak ahli kumpulan Unic sebelum ini. Bazli kehilangan anaknya Mohd Syahid Jun lalu selepas lebih setahun berjuang melawan penyakit ini.
Menyedari ramai yang ingin mengetahui tentang kanser limfoma ini Dr Rafidah Abdullah yang juga Pakar Perunding Perubatan memberi penjelasan dengan bahasa yang ringkas tentang penyakit ini.
Malah beliau juga memberi saranan penting kepada pesakit kanser limfoma ini agar tidak sembarangan membuat rawatan.
Kalau bengkak di leher lama, elok jumpa doktor
Sejak semalam, perkataan limfoma berlegar di media sosial. Limfoma atau barah kelenjar limfa dalam badan bukan sama dengan barah yang lain. Ianya banyak jenis; rawatan dan prognosis juga tidak sama.
Ads
Ia terbahagi kepada Non-Hodgkins Lymphoma (NHL; gambar di bawah adalah dari internet dimana tahap IV ) dan Hodgkins Lymphoma. Yang kedua adalah lebih agresif sedikit. Ya, bergantung kepada jenis, rawatan biasanya kemoterapi / radioterapi dan ada beberapa lagi. Doktor akan ambil tisu dan beberapa ujian terperinci untuk membuat keputusan apa rawatan yang sesuai.
Kebiasaannya bermula dengan kelenjar limfa yang bengkak. Kalau di leher kita itu, agak biasa bengkak bila kita mengalami kuman infeksi; itulah reaksi biasa bilamana badan kita mengalami proses untuk melawan kuman tersebut. Kalau bengkak kejap, ok. Tapi kalau bengkak tidak baik, elok berjumpa dengan Doktor. Tambah lagi kalau ada simptom sistemik yang lain seperti demam, letih & lesu.
Tapi yang tentunya tidak boleh pukul rata semua orang rawatannya sama. Bergantung kepada jenisnya juga. Jika anda tidak tahan dengan apa-apa rawatan, bincang dengan Doktor yang merawat. Ianya boleh di kurangkan dos, ditukar dan pelbagai cara lagi.
Ads
Bekerjsama dengan pengamal perubatan bukan founder!
Saya mohon sangat-sangat supaya artis kita bekerja sama dengan pengamal perubatan, bukan dengan founder produk apa-apa pun. Ya, kami tahu, menghadapi penyakit kanser / barah apa jenis sekalipun bukan senang.
Kami tahu; ya memahami memang tidak. Tapi bincang lah dengan kami. TALK TO US! Beri kami pemahaman tersebut.
Lepas itu, elok benar lah founder produk ambil kesempatan pulak. Yang TV pulak, teruskan lah kan mengambil revenue dari orang macam ini. Etika perubatan, pada saya langsung tidak dihiraukan disini.
Dah lah tau pun tidak apa limfoma tu; tup tup kata produk dia bagus dan boleh diambil. Yang produk-produk lain beri harapan pesakit macam ini dah kenapa? Cukup-cukup lah, jangan menipu.
Ads
Kami merayu anda yang ada penyakit apa-apa terutamanya kanser, tolong lah jumpa Doktor.
JANGAN ambil apa-apa produk. Ia bukan hanya TAK JALAN; malah ada yang membuat penyakit anda semakin teruk. Kami tak sanggup golongan ini membanjiri Zon Merah, Jabatan Kecemasan. Pada masa tersebut, sudah terlambat untuk kami buat apa-apa.
Kepentingan air untuk tubuh badan memang tidak dinafikan. Atas sebab itu juga ketika ini ditawarkan pelbagai jenis air di pasaran termasuklah yang kononnya untuk meningkatkan kesihatan sekaligus mencantikkan kulit.
Biasa kita dengar ketika ini adalah air alkali dan detoks, malah ada yang obses dengan air jenis ini. Ramai yang terpengaruh untuk membeli dan meminumnya walau tanpa saranan doktor atau pakar perubatan.
Tapi doktor viral, Dr. Amalina Che Bakri baru-baru ini memuat naik status di laman sosialnya yang menegaskan pendiriannya berkenaan air yang kononnya untuk kesihatan ini.
Memetik statusnya di akaun twitter, Dr. Amalina menjelaskan tak perlu untuk minum air detoks, alkali dan sebagainya. Malah beliau sendiri hanya mengamalkan minum air masak sahaja.
“Tidak usahlah nak minum air alkali, air detoks atau air itu ini.
“Berapa banyak air yang kalian nak cipta ini, saya hanya minum air masak sahaja.
“Sedangkan di UK, saya makan buah-buahan serta sayur-sayuran dengan banyak selain pergi ke gim tiga hingga keempat kali dalam seminggu,” tulisnya.
Menurut Dr. Amalina yang kini menjalani latihan pembedahan di The Royal College of Surgeons di England rutin itu saja membuatkan beliau dapat mengekalkan tenaga dan menjalankan tanggungjawab sebagai doktor dengan baik. Tidak perlu minum air lain.
“Kadang-kadang, saya juga berlari sekeliling taman atau tepi sungai.
“Ternyata, saya masih boleh kekal aktif dan sihat. Jangan obses ambil jalan mudah,” jelasnya lagi.
Justeru, kalau kita semua nak sihat dan cergas macam Dr. Amalina ni, bolehlah ikut saranan beliau. Amalkan kecergasan fizikal, bersenam, makan makanan sihat dan minum air masak secukupnya.
Menjalani rutin bersenam selalu jadi alasan bagi masyarakat pada hari ini kerana dikatakan tidak cukup masa. Maklumlah zaman sekarang orang semuanya sibuk dengan kerja. Balik kerja pun matahari dah tenggelam. Dengan trafik yang sesak, memang susah nak peruntukkan masa untuk bersenam.
Pun begitu, anda boleh cuba beberapa tip ini untuk kekalkan berat badan tanpa perlu bersenam.
1) Diet Bersama Kawan
Buat sesuatu secara berjemaah adalah lebih besar impaknya berbanding anda buat secara solo. Kalau ingin diet, ajak kawan baik anda diet sekali. Set target nak turun berapa kilogram bulan ini. Misalnya anda dan kawan set target nak turun 5 kilogram. Jadi buat sampai jadi. Kalau anda diet secara solo, kawan ajak makan di restoran makanan segera, anda pula yang lemah semangat. Rosaklah diet.
2) Makan Menggunakan Pinggan dan Cawan Merah
Kalau ikut lampu trafik, merah tandanya berhenti. Jadi secara psikologinya, kalau kita gunakan pinggan merah, kita akan lebih cenderung untuk cepat berhenti makan. Jadi, penuhkan rumah anda dengan pinggan mangkuk dan cawan berwarna merah. Pinggan putih bolehlah anda simpan sampailah anda dapat berat badan yang diinginkan.
3) Elak Pandang Gambar Atau Makanan
Memandang gambar atau makanan yang nampak sedap tapi kurang berkhasiat sebenarnya mengundang emosi lapar pada seseorang. Apabila emosi lapar dan rasa hendak makan itu datang, maka anda akan terdorong untuk mendapatkan makanan tersebut. Jadi elakkanlah memandang gambar makanan yang sedap-sedap. Elak bukak page resipi dan sebagainya ketika anda sedang diet. Kan orang kata dari mata turun ke hati. Jadi, jaga pandangan ya.
4) Ambil Lebih Banyak Protein
Protein adalah sumber makanan yang cepat meredakan lapar. Jadi bila rasa lapar tu dapat diredakan dengan cepat, maka kuranglah jumlah pengambilan makanan. makanlah lebih banyak protein berbanding karbohidrat. Misalnya ayam, ikan dan telur.
5) Kunyah Gula-Gula Getah Tanpa Gula
Apabila terasa lapar, mulut rasa nak mengunyah sesuatu. Jangan sesekali dapatkan kerepek kentang atau sepotong kek untuk meredakan rasa lapar itu. Sangatlah berbahaya bagi orang yang sedang diet. Cuba beli gula-gula getah tanpa gula. Apabila terasa lapar dan ingin mengunyah, kunyahlah gula-gula getah itu.
VK pun nak try la tip ni. Payah betul nak bersenam.
Masyarakat Malaysia memang suka makan makanan pedas malah kepedasan inilah yang dianggap menyempurnakan selera. Tapi tahukah kita sebenarnya amalan makan makanan pedas ini boleh menjejaskan kesihatan malah lebih buruk boleh menyebabkan seseorang itu berdepan penyakit serius iaitu kanser.
Inilah situasi yang dialami oleh gadis yang menggunakan nama Jia Shamsuri. Perkongsiannya mendapat perhatian warga Twitter apabila Jia menceritakan pengalamannya yang berdepan risiko kanser sekiranya terus makan makanan pedas.
Selepas 10 tahun mengamalkan pemakanan pedas Jia kini sedang menderita tahap pertama Barret’s Esophagus.
10 tahun baru rasa azabnya
Sakit perut, susah sendawa dan kentut, sukar bernafas
Hampir setiap hari muntah, sakit perut, tengkuk
Diberi ubat tidur sebelum jalani prosedur
Esophagus merah berpunca kesan asid reflux berpanjangan
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...