Kesan hitam ini selalu dilihat di bahagian leher dan ketiak. Seringkali juga ia dianggap sebagai daki, tapi hakikatnya bukan. Ia sebenar petanda yang membimbangkan terutama jika dialami pada kanak-kanak.
Risiko untuk anak yang mempunyai kesan hitam ini mengalami diabetes adalah tinggi. Perkara ini dikongsi oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Acanthosis nigricans (AN), iaitu keadaan kulit yang gelap dan tebal. Selalunya ia berada di bahagian tengkuk dan leher, ketiak dan bahagian-bahagian badan yang berlipat yang lain seperti di siku, lutut mata jari (knuckles), dan bahagian sebelah dalam peha (groin area).
Acanthosis Nigricans bukanlah daki yang boleh ditanggalkan dengan mudah. Ia juga bukan masalah kulit yang biasa. Kehadiran Acanthosis Nigricans pada seorang kanak-kanak yang gemuk bermakna kanak-kanak itu sedang mengalami masalah biokimia yang serius dalam dirinya.
Selalunya kanak-kanak itu obes dan mengalami insulin resistance, iaitu hormon insulin tidak dapat bertindak secara efektif. Glukos tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Maka lebih banyak insulin dikeluarkan sehingga kepekatan hormone insulin dalam darah terlalu tinggi. Keadaan inilah yang dinamakan hyperinsulinaemia.
Malangnya insulin resistance dan hyperinsulinaemia, akan menyebabkan penyakit kronik seperti hypertension, dyslipidemia, diabetes dan coronary heart disease.
“Maknanya anak saya dah ada kencing manis ke?”
Kanak-kanak itu tidak mengalami diabetes buat masa ini. Cuma kebarangkalian untuk menghidap diabetes lebih tinggi daripada kawan-kawannya yang lain apabila dewasa kelak.
Tidak ada ubat untuk mengatasi masalah ini. Doktor akan memeriksa berat badan kanak-kanak itu, menguji tahap gula dan menguji tahap hormone insulin ketika berpuasa. Ujian ini membantu doktor menilai kanak-kanak ini sama ada sudah mulai memasuki fasa prediabetic atau masih lagi normal.
Malah jika kanak-kanak itu telah disahkan mengalami diabetes melalui ujian Oral Glucose Test (OGT), kanak-kanak itu harus dirawat segera. Cara yang terbaik merawat keadaan ini ialah dengan mengurangkan berat badan.
Pemakanan yang sihat dan senaman akan membantu seorang kanak-kanak menurunkan berat badannya. Insulin resistance akan respon kepada usaha mengurangkan berat badan ini dan keadaan kembali normal apabila kanak-kanak itu telah mencapai berat yang normal. Masalah kulit acanthosis nigricans juga akan beransur-ansur hilang.
#HealthDrZubaidi
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad