Dalam satu perkongsian seorang doktor Muhammad Uwais Al Qorni  beliau telah menjelaskan dengan panjang lebar apa yang perlu oleh ibu bapa bila anak mengalami demam sawan.

Ia dibuat bukan saja berdasarkan pengalaman sebagai doktor tetap sebagai ayah yang mana situasi demam sawan itu terjadi kepada anaknya sendiri.

Dr. Uwais telah menyenaraikan 10 perkara yang perlu dilakukan bila anak mengalami demam sawan ini.

Antara yang disenaraikan adalah ibu bapa jangan panik, tanggalkan pakaian anak untuk kurangkan suhu badannya kemudian baringkan anak dalam keadaan mengiring sebelah kiri.

Ibu bapa juga perlu keluarkan objek dalam mulut anak dan melakukan mandi jerlum iaitu mengusap anak dengan kain basah.

Tapi ada satu perkara yang dibangkitkan Dr. Uwais telah menarik perhatian netizen terutama para ibu bapa.

Dr. Uwais telah mengetengahkan satu perkara yang ramai kalangan kita tidak tahu iaitu kaitan tanda lahir pada badan anak dengan risiko terkena sawan.

Tanda lahir yang dimaksudkan adalah Cafe au lait spot. Ikuti penjelasan beliau tentang perkara ini.

Kaitan anak dengan tanda lahir dan kemungkinan terkena sawan

…Pesakit demam sawan tidak semestinya akan menjadi epilepsi. Namun risiko untuk mendapat demam sawan yang seterusnya adalah tinggi iaitu sekitar 30%.

Ads

Oleh itu, sentiasalah bersedia dengan membeli Thermometer dan ubat demam seperti Syrup Paracetamol/Syrup Ibuprofen setiap kali anak anda demam. Dua2 sama sahaja, jangan tanya doc yang mana satu lagi kuat ya.

Lagi satu, sebab ramai yang berminat nak tau tentang Cafe au lait spot, atau tanda lahir pada anak ni ada kaitan kah dengan sawan. Tanda lahir ada banyak jenis dan bentuk, secara general doc panggil Neurocutaneous stigmata.

Awasi Anak Yang Ada Tanda Lahir Cafe Au Lait Spot. Ada Risiko Kena Sawan

Ya! sekiranya anak anda memiliki tanda lahir, ada risiko (kemungkinan) untuk mendapat sawan.

Dari dulu lagi doc memang dah takut sangat, sbb antara anak2 doc memang Thohir seorang sahaja yang ada tanda lahir Cafe au lait spot ni. Warnanya seperti warna nescafe susu. Sebab dalam bahasa France memang maksud dia kopi susu.

Membesar dan bertambah

Majoriti besar Cafe au lait spot ini adalah tidak berbahaya. Kaitan tanda lahir cafe au lait spot dan sawan adalah lebih penting untuk mendiagnosa penyakit lain seperti Neurofibromatosis type 1 dan McCune-Albright syndrome. Dalam kedua2 penyakit ini, tanda lahir akan biasanya membesar dan bertambah bilangannya.

Oleh itu, pesan doc, sentiasalah perhatikan bilangan dan saiz tanda lahir anak anda juga selain suhu badannya ya. Namun itu tidak bererti anak yang tidak mempunyai tanda lahir tidak akan terkena demam sawan ya!

P/s : Alhamdulillah, Muhammad Thohir Al Haddad sudah selamat discharge pada 4pm, 25/12/17 dengan diagnosis “Complex Febrile Seizure”.

Ads

Perkongsian inilah yang menarik perhatian netizen hingga menyebabkan Dr Uwais perlu mengulas lebih lanjut bila ada yang salah faham.

Tanda lahir yang tiada kaitan dengan sawan!

Penafian : Demam sawan dan sawan adalah berbeza ya!  Sebab majority yang PM doc bertanyakan tentang tanda lahir dan demam sawan.

Sawan- Sawan tanpa demam. Ada faktor sampingan lain termasuk beberapa jenis tanda lahir. Biasanya menjurus kepada epilepsy dan berterusan sehingga peringkat dewasa

Demam sawan – Sawan yang disebabkan oleh suhu badan yang terlampau tinggi (>38.5’C). Tidak bahaya jika suhu berjaya dikawal.

Merbahaya kalau dibiarkan tanpa buat apa-apa tindakan untuk menurunkan suhu kerana boleh menjeremus kepada status epilepticus di mana ia boleh menyebabkan kerosakan otak kekal dan kematian. Febrile seizure biasanya tidak lagi berlaku pada kanak2 dalam lingkungan 5-6 tahun.

Jadi elok lah doc bgtau siap2 di sini bahawa setiap bayi berpotensi terkena demam sawan, sama ada ada tanda lahir atau tidak.

Neurocutaneous Syndrome berisiko tinggi terkena sawan

Awasi Anak Yang Ada Tanda Lahir Cafe Au Lait Spot. Ada Risiko Kena Sawan
Antara tanda lahir yang dikaitkan dengan Neurocutaneous Syndrome

Bayi yang bertanda lahir yang berkaitan dengan sawan adalah berisiko lebih tinggi untuk terkena sawan. Dan tanda lahir tersebut dinamakan “Neurocutaneous syndrome”. Ada lebih kurang 6 jenis atau lebih tanda lahir yg begini dan doc akan rungkaikan satu persatu. Sila rujuk nota ini https://thediagnosa.com/2018/01/02/neurocutaneous-kaitan-tanda-lahir-sawan/.

Tapi jangan risau kalau ada tanda lahir macam ini

Awasi Anak Yang Ada Tanda Lahir Cafe Au Lait Spot. Ada Risiko Kena Sawan

Ads

Hari ni doc nak cerita satu jenis tanda lahir yang paling ramai orang PM doc. Nama tanda lahir ni adalah Mongolian Blue Spot. Jikalau anak anda ada tanda lahir ini, dan ianya hanya di bahagian punggung dan bersaiz sederhana, besar kemungkinan anak anda TIDAK akan mendapat sawan.

Harus diingat, anak anda masih berisiko mendapat demam sawan ya! Tapi itu bukan kaitan dengan tanda lahir jenis ini ya. So, jangan lah terlalu risau, ikuti langkah2 jika anak terkena demam dan anak anda akan sentiasa selamat daripada terkena demam sawan.

Mongolian blue spot ini adalah tanda lahir yang tidak berbahaya dan ia terbentuk bukan disebabkan bayi anda terhantuk sewaktu di dalam perut ya! Ada jugak org yg cakap mcm ni kat doc! Doc gelak senyap2 je lah.

Sebenarnya kena pantau setiap tanda lahir anak

Punca tanda lahir ini terjadi adalah kerana sel melanocyte (Sel yang menghasilkan warna pada kulit) belum sempat masuk ke dalam sel epidermis (Sel kulit paling luar) sepenuhnya, maka ini menyebabkan warna kulit menjadi kelihatan lebih gelap dari kawasan kulit yang lain.

Lama kelamaan apabila sel melanocyte ini sudah semakin sebati dengan kulit, maka ia akan pudar dengan sendiri. Sebab tu bayi yang lingkungan 2 tahun sudah kebanyakannya hilang tanda ini. Tanda ini amat jarang dilihat pada anak yang berumur 6 tahun ke atas.

Cara rawatan? Memang tak perlu rawat sebab hilang sendiri ya. Dan sekali lagi doc nak tegaskan, pastikan anak anda sentiasa dipantau setiap tanda lahirnya.

Tak kira apa jenis tanda lahir sekalipun, jikalau tanda lahir tersebut berterusan dan membesar lebih dari kebiasaannya, jangan takut untuk membawa berjumpa doktor berdekatan.

Sumber: Muhammad Uwais Al Qorni

 

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI