Travel

Ayah Dan Anak Usia 3 Tahun Backpacker Ke Vietnam 24 Hari, Lelaki Ini Pastikan Bawa Ubat dan Vaksin Anak Sebelum Pergi

Share

 

 

 

Macam-macam cara seorang bapa buat untuk menjadi lebih rapat dengan anaknya. Bagi lelaki yang menggunakan akaun facebook Link Gud (Mohd Faizil Mohamad) ini, dia pergi bercuti secara backpacker dengan anaknya. Anaknya yang bernama Ayyan ini masih menyusu dan memakai lampin pakai buang. Hebat sungguh dia.

Tak susah mana pun bawa anak yang masih menyusu dan pakai pampers ni. Saya hanya ikut cara anak. Bagi dia susu dan pastikan dia cukup tidur. Atas faktor usia anak, saya tak pergi banyak tempat dalam masa satu hari. Takut dia penat. Lagipun anak saya ni, makan pun lama. 

 

Antara tip yang saya amalkan untuk bercuti dengan anak ialah:

1) Pastikan bawa ubat anak iaitu ubat demam, selesema, batu dan juga minyak sapu misalnya balm.

2) Saya pastikan Ayyan ambil vaksin peneumococcal. Jadi antibodi die lebih kuat.

3) Tip ketiga ni sangat penting. Saya fokus betul-betul pada anak. Tidak leka walau sekejap pun. Sebab kalau leka, macam-macam boleh jadi.

Jom ikuti perkongsian percutian lelaki ini bersama anaknya yang sangat menarik.

Naik kapal terbang dari Pulau Pinang

DAY 0: naik bus dari TBS ke Sg. Nibong, Penang. Sebab flight ke Hanoi dari Penang, jam 6am esok paginya. Bas tiket RM38/pax one way. So sampai Sg.Nibong around 6pm terus ambil grab ke Penang Airport. Tidur airport sambil ditemani rakan2 dari Penang yg sudi datang airport semata2 nak berborak panjang…thanks guys ?

DAY 1: Flight ke Hanoi jam 6am. Ramai tanya kenapa tak naik dari kl, so aku jawab dapat tiket murah Pak Tony bagi ? Hanya RM37/pax sehala PENANG – HANOI ( tiket bas pun mahal ) so memang jauh beza & berbaloi bagi aku rakyat marhaen ni…naik bas jauh sikit jer, bukan penat pun bukan aku yg drive ?

Beg 15 kg sebab bawa susu anak

So jam 8am camtu tibalah aku 2beranak di Hanoi Airport. Rilex kejap n terus keluar ambil luggage. Benda 1st aku buat lain tak bukan, beli simkad utk internet. VND250k utk simkad 18gb Viettel valid utk 1bulan, kalau kat luar lagi murah. Ada je internet, aku terus tanya kedai tu utk airport transfer ke hostel yg nak duduk tu. Dorg cas VND300k. So aku terus keluar rilex2 buka google…naik grab dia cas VND250k. So aku decide naik bus jela baru VND30k cuma kena jalan kaki sikit lah nnt…tapi apa ade hal kan setakat 15min dari tempat turun ke Hostel tu. Ok go!!!

So turun je bas, aku terus pikul begpack aku adalah dlm 15kg camtu. Susu anak yg lebih ni sebenarnye ???. Pastu buka stroller anak n suruh die duduk diam2, n start lah menapak sambil tolak stroller sampai ke Hostel.

Masuk hotel terus mandikan, suap dan tidurkan anak

Sampai jer, aku terus tunjuk no booking hotel yg aku baru book semalam masa kat Penang Airport tu. Sebab nak selesa sikit, aku book DORM tapi katil double decker yg queen size untuk 3mlm terus. HANOI CENTRAL HOSTEL USD25/3mlm. Kalau dorm katil biase tu just USD5/night. Setel urusan check in, alhamdulillah pihak hostel bagi masuk awal. Aku terus mandikan Ayyan, bagi makan bagi susu, tutup tirai katil n lena lah kami 2beranak sampai ke petang.

Around jam 6pm camtu, bangun kami utk siap2 cari halal restoran. Macam biase cari Masjid dlu. Menapak lebih kurang 10min, sampai lah kami ke Masjid Al-Noor. Dukacitanya, masjid dah tutup n berkunci & bersebelahan masjid terdapat 1 restoran halal “Zaynab Restoran” tapi juga dah tutup?. Lapar dah ni, so cari halal restoran lain yg agak dekat sebenarnya dgn hostel kami P.K Spice restoran ( Indian Food ). So makan kat situ jer tenang2 n balik hostel tido ?

Jalan-jalan naik motorsikal, beg anak tertinggal

DAY 2: hari ni decide nak sewa motor. So aku tnya pihak hostel terus untuk sewa…USD8/day mahal bagi aku tapi tak nego pun xtau kenapa? maybe duit tengah banyak lagi. Haha. Sewa 2hari terus. So kami jalan2 bandar Hanoi dgn motor td.

Sebelum itu sempat kami beli handle phone utk diikat di side mirror motor utk menggunakan waze bagi mencari jalan ke semua destinasi.

So destinasi makan hari, kami try di Zaynab Restaurant tu…ok lah, not bad rasa die…cuma aku prefer P.K Spice restaurant lagi sebab dekat skit dgn hostel ?

Pada petangnye plak, kami ke Street train yg terletak lebih kurang 300meter je dr hostel…as usual lah, bergambar posing2 kat situ dgn menggayakan begpack baru Ayyan. Tapi malangnye, ketika excited nak tggu train lalu, begpack die tertinggal plak kat tepi2 kedai di Street train tu…pusing balik, dah lesap. Hilang dah botol susu & pampers Ayyan dalam tu. Terus bergegas ke BABY SHOP bli botol susu baru ?

Bawa anak naik beca

DAY 3: Harini mcm xde nak pergi mana…keluar lewat sikit pergi makan & jalan2 sekitar “Old Quarter” di sini kiranya macam shopping street yg menjual berbagai2 souvenir, travel beg, winter jacket, wind breaker & byk lagi.

Da penat survey brg2, tergerak nak naik beca plak, sje nk pusing2 area old quarter tu td. Only 100k VND adalah dalam 15-20min die pusing2…actually dah puas dah pusing dgn motor, tapi sje nk feel2 pelancong, why not kite try kan…hehe

DAY 4: Harini check out dah, n move ke Sa Pa, tapi bus malam nanti jam 10pm…santai2 dlu kat lobby hostel, kemudian petang sikit just round area Street Train sambil pekena air tebu…mostly air tebu kat vietnam ni die campur dgn asam limau…not bad lah, sedap gak rase die dan hnya 10k VND shj secawan

Malam pun tiba, menapaklah kami 2beranak ke office agent bus utk ke Sa Pa. Sebelum tu tapau sedikit makanan utk dimakan masa dalam
perjalanan nnt. Hanoi – Sa Pa lebih kurang 5jam 30min. So masa smpai di agent office, kami dibawa dgn van utk ke Bus…sambil tu van tu akan ke hotel demi hotel utk pickup client mereka yg mau ke Sa Pa. Tepat jam 10pm, geraklah kami dgn bas ke Sa Pa

Hotel murah di Sa Pa

DAY 5: jam 4am selamat tiba di Sa Pa. Keadaan masih gelap, yg bagusnye, boleh berehat or tidur dalam bus sampai waktu cerah. Dlm jam 6am, keluar semua penumpang & mengambil beg masing2.

Hotel yg kami booking tu dalam 1.7km dari station bus. Plan nak naik taxi jer, tapi awal pagi lg macam segar je nak jalan, so jalan kaki jela kami 2beranak utk ke Hotel. Kami stay di GREEN VALLEY HOTEL. Hotel ni murah, hanya RM90 shj utk 3malam ( PRIVATE ROOM ) kalau yg bajet, dorm dia hanya RM10/night…maybe die meniaga ikhlas agaknye ???

Dlm 7am kami dah smpai di hotel, cuma reception meminta extra 80K VND jika kami berhajat utk check in awal…normal check in jam 2pm. Aduhhh nak xnak add on jela, dpt lurus2 kan badan.

*AREA Sa Pa ni berdebu so far sebab construction everywhere untuk penambahbaikan & mungkin sudah semakin popular dikalangan pelancong asing. So mask muka sangat2 diperlukan

Masuk je bilik, terus panaskan brahims & buat coco cruch dengan susu utk Ayyan, terus makan, mandi & tidur?

Dalam kul 2pm, bangun siap2 nak berjalan sekitar Sa Pa sambil survey2 spot view yg best2. Sewa lah motor mcm biase dengan hotel. USD5/day ( Honda wave sebab ada gear, takut bawak scooter sebab jalan berbukit2 )

Makan bekalan dari Malaysia sebab tiada restoran halal

So menghalalah kami dengan motor ke Lao Cai Village, tapi xsampai Lao Cai lagi, kami ke sebuah perkampungan seakan2 Lao Cai village, menikmati view Padi Tingkat & sungai yg cantik, bersih & sejuk. Tapi hati2, babi bersepah ok ??? Hari dah nak gelap, so baliklah kami ke Hotel, lagi pulak cuaca nak hujan. So date ke Sa Pa utk kali ni kurang baik sebab boleh dikatakan hari2 hujan…so perjalanan dgn membawa Ayyan adalah amat2 terhad. So makanlah kami dengan bekalan2 yg dibawa dari Msia di hotel…SA PA tiada halal restoran setakat ini yg kami explore.

Sesat nak ke Gunung Fasipan

DAY 6: Percubaan untuk menjejaki Puncak Gunung Fasipan yg merupakan puncak tertinggi di Indochina. Kami cuba plot di Google Maps, around 2jam menaiki motor utk ke sana. So go on jela, bangun awal, siap sedia dengan seluar panjang & jaket utk Ayyan, gerak la kami slow2 menaiki motor ke Mount Fasipan. Sambil otw ke Mount Fasipan tu, berhenti2 jugak lah layan view yg memang superb & segar. Kiri kanan waterfall, memang cun habislah.

Dah hampir 2jam aku menunggang, adalah jugak berhenti tanya2 org mana arah/jalan ke Mt. Fasipan tu. Dengan bahasa ayam & itik, hanya tengok body language jer, dorang suruh aku ke atas lagi. So teruskan jela perjalanan, sehingga aku cek “eh da nak 3jam dah ni, jalan pulak makin menurun” aku terus heng kejap ??? kalau tengok google maps dah suruh pusing balik, tapi masalahnya aku langsung xnampak ada signboard ke Mt. fasipan tu sepanjang perjalanan…denggg!!!

So aku berhenti dekat 1 kedai kopi ni & bertanya dgn local kat situ, dan sah memang kena patah balik…sebab dorg kata Mt. Fasipan dekat dengan Sapa sane…lagi aku jem. Aku pun pusing la balik menghala ke Sapa slow2, sambil tu layan la view2 yg mmg ko rasa best & damai gile.

So sampai lah bandar Sa Pa, mmg xjumpa lgsung jalan ke Mt. Fasipan tu…demmm…So aku rilex2 dekat tepi jalan ni sambil google la apa yg patut, rupa2nya xde jalan ke Mt. Fasipan tu kecuali dengan menaiki Cable Car ? patutlah xjumpa laluan dia…hahaha

So dah alang2 sampai Sa Pa town, blik lah hotel semula…makan & rehat…lenguh punggung ?

Elak kena hujan takut anak demam

Malam tiba, so kami keluar semula utk ke Night Market…night market die simple jer, xde canopy or khemah bagai, just beralaskan tikar sebagai meja utk dorg menjual…80% boleh dikatakan mereka hanya menjual kraftangan beg & baju yg diperbuat dari kain yg mereka kait sendiri.

Di sebelah atas pula, ada 1 pentas besar mempersembahkan tarian2 traditional mereka & berbagai2 tarian lain…layan punye layan, hujan trun lagi…berkembur masing2 menyelamat barang jualan mereka. So aku mencari tempat teduh di kaki lima kedai sebab xnak Ayyan demam, nanti jadi masalah lain plak…rilex dlu smpai hujan reda, baru lah ambil motor balik ke hotel & tidur

Tengok padi

Day7: Hujan di Sa Pa,so just masak maggi n coco crunch utk Ayyan. Sebab hujan lepak lah dlu dalam hotel smpai tengah hari. Berhenti je hujan, terus kami ke Lao Cai Village. Ni view padi tingkat yg tiptop…Kehijauan padi di Lao Cai buat mata kau tenang jer. Lao Cai ni xjauh pun dari Sa Pa,lebih kurang 30min jer korang akan nampak view dari atas bukit perkampungan ni.

Tengah syok layan view, hujan turun lagi…so terpaksa berteduh di pondok tepi jalan bersama local people yg menjual barangan kait mereka. Berborak lah kami seperti ayam & itik hehehe dengan body language bagai…Insyaallah kami dapat memahami each other.

Berhenti je hujan, balik lah kami ke hotel semula…rilex2 dlm hotel sambil packing bju untuk check out esok harinya.

Naik kereta api

Day8: last day in Sa Pa. Check out hotel tapi barang masih boleh disimpan di lobby & motor masih boleh dipulangkan lewat sebab bus ke Hanoi jam 10mlm nt. so kami decide nak fasipan legend. Check point station utk ke puncak fasipan.

Kalau nak naik ke Puncak Fasipan memakan belanja 880k VND, tapi kedekut skit masa ni, so kami decide ke Fasipan Legend shj dgn menaiki train memakan belanja 200k vnd. Jadi lah bagi anak merasa naik train & layan view yg cantik2 kat atas ni. Ada temple, peak view, english deco, & taman bunga…coming soon maybe lg osem sebab byk yg tengah construction mse ni.

Turun je dari fasipan legend, terus pulangkan motor n ambil taxi utk ke Bus station

Dapat rehat di bilik khas sebab bawa anak

Day9 : Jam 5am sampai di Hanoi…Pishanggg nak tggu 6pm utk bus ke Danang. So berehatlah kami di kaki lima agent bus ni sampai kul 9am ( time office buka ) office buka jer, mungkin kesian tengok aku ngan anak, pihak agent bus tu suruh aku naik ke atas, berehat di bilik rehat. Dengan katil bagai, fuhhh tenang… terus xleka, aku mandikan Ayyan siap2, susukan terus lah kami tido smpai jam 2pm. Bgun n siap utk ambil grab utk lunch, then siap2 tggu bus datang jam 6pm.

14 jam dalam bas

Day10 : setelah 14jam dalam bus, sampai lah kami di Hue. Transit utk 1jam ??? ( ingat flight jer ke ade transit ) so kami di minta trun n menunggu bus sterusnya ke Danang di sebuah kedai kopi tepi jalan. Rilex2 kena kopi,n ayyan pun dah siap susu, tukar pampers semua, bus pun sampai…geraklah kami ke Danang memakan mse 2jam lagi

Tengok laut pula di Danang

Sampai je Danang, Alhamdulillah terjumpa 2 budak Malaysia yg tengah buat trip Indochina…Dapatlah borak2 skit cite hal masing2…tapi xlama, sebab dorg stay kat Hoi An. Berpisah kami di situ, n aku terus ambil grab utk ke Hostel.

Ngam sampai bilik ( Bac Nam Motel – rm30/night )mandi n rehat, just makan bekalan yg ada shj dahulu sebab hujan.

Petang sikit, macam biase kami sewa motor $5/day utk merayap di sekitar Danang n survey apa yg patut.

Day11: Jalan2 sekitar Danang n mencari halal restoran. Alhamdulillah byk gak halal kat sni. Lepas ke Dragon Bridge, kami just jalan2 di My Khe Beach…

Selesai di My Khe Beach, kami balik ke Hostel semula, siap2 utk ke Hoi An ( old quarter )

Perjalanan kurang 1jam dr Danang ke Hoi An dgn motor. So sampai je sana, perasaan wow tu sgt2 merujakan bila lihat bandar die di hiasi lampu2 tanglong yg cantik…sumpah cantik wei…so mcm biase lah, mintak strangers tolong snapkan pic kami berdua…ada jadi ada yg xjadi, so i is redho hahaha

Kami menghabiskan mse kat Old Quarter tu sampailah kedai2 mulai tutup then baru kami gerak pulang semula ke Danang

Ayyan suka naik kereta kabel

Day12: hari yg indah utk Ayyan sebab kami akan ke Ba Na Hills. Ayyan ni suke naik cable car, so kalau kejut die susah, cakap je nak naik cable car, terus bangun ???

Dr hostel ke BaNa hills just 30min shj…Entrance fee include game,cable car tu semua hanya 700k VND…Ayyan plak mase ni ngam2 bawah 90cm, so masih FOC lah utk die…jimaaatttttt ? so seharian kami di Ba Na Hills ni smpai jam 7pm, bru kami gerak turun ke bawah, balik hostel n rehat

Day13: hari ni window shopping di Han Market, view lebih kurang mcm benthant market…tapi tak semurah Hochiminh lah harga2 die. Bosan2, so kami ke My Sons Temple, antara attraction yg ada di Danang, tp 1jam lebih juga lah perjalanan dr Danang. Tiket masuk hnya 150k VND…so layaannnn

Day14: check out lewat sikit sebab xde g mane2 dah hari ni, just borong helmet kanak2 yg rakan2 fb order…murah wei cuma agak hati2 sebab Kastam susah utk lepaskan barang2 berkenaan safety issue ni..

Selesai dah cuci2 mata di Danang ni, geraklah kami ke Station Bus utk ke Nha Trang plak…perjalanan memakan masa 10jam…nak jimatkan, hadaplah pelan2 hehehe…BUT THE POINT IS “the journey not destination” yeahhh ??

Day15: 10jam di dalam bus, tepat jam 6am, kami sampai di Nha Trang. Terus ambil taxi ke Hostel. Smpai je blik, lurus2kan badan n bru keluar cr makan.

Hari just santai2 shj berjalan di Nha Trang Beach n night market..Di night market ni ada 1 macam laici kang, sedap & mmg sedap…so lepas layan night market, balik tdo sebab esok nak island hoping

Pusing-pusing pulau, anak separuh bayaran

Day16: 4 Island tour time…hanya 150k VND shj utk dewasa, n half price utk Ayyan??‍♂️ . Pakej ni dah sekali dgn makan…tapi mcm biasa lah, ada oink??? so, makan jelah bekalan yg dibawa…prepare siap2.

Dlm 4 destinasi yg dibawa, Bai Tranh Beach ni syok sikit, sebab byk jenis sukan air kat sini…air laut n view die pun cantik…malangnye hanya 1jam kat sini, jangan kata Ayyan, bapak Ayyan pun xpuas…hahaha

So selesai jer island tour, kami sambung mandi lagi di Nha Trang beach yg xjauh dr hotel…xpuas mandi laut punye pasal ???

Kad ATM hilang

Day17: ramai cakap kalau ke Nha Trang xkan bermakna kalau tak pergi VINPEARL LAND. So nak xnak, kite try jugaklah kan…kat sinilah aku perasan, yg kad ATM aku hilang n xtau hilang kat mana tapi aku syak hilang masa kat Danang aritu mase keluar duit…kalau msia keluar kad dlu bru keluar duit, tp kalau di Vietnam agak terbalik…tu yg lupe tuh ?

Nasib ada lebihan US dollar dlm wallet utk trip yg lepas2, so merasa gak lah nak bawak Ayyan layan Vinpearl Land ni. Entrance Fee 880k VND / $40 all access…dapatlah Ayyan naik cable car lagi ?

*sini brader sarankan korang wajib pergi n brader pun repeat lagi nanti bawa fmly lengkap brader dtg ke Vinpearl Land ni. Sebab apa??? 1 taman tema yg cantik di tengah2 pulau, complete dengan game extreme, game kanak2, taman2 bunga, mini zoo yg berbagai haiwan, waterpark yg ada dua, laut n pool…view dr peak yg osemmmm mosemmm…sumpah korang xkan menyesal…. ( hope jd duta vinpearl lepas ni ?????)

So mmg seharian di Vinpearl land ni, last cable car ke tanah besar around 9pm, so sebelum naik cable car tu, korang layan dlu pertunjukan air yg osemmm.

Sampai je tanah besar, isi perut dlu then bru balik tdo

Seronok kedai makanan halal banyak

Day18: last day in Nha Trang, check out lewat n santai2. Plan nak ke Dalat, tapi dah tersilap tarikh beli tiket bus, so xsempat sbb ke dalat pun around 3-4jam…so maybe next time…so geraklah kami ke Hochiminh terus selama 9-10jam menaiki bus.

Day19: jam 6am, sampailah kami di Hochiminh city ( Saigon ) terus cari hotel, n rehat2…kat hochiminh ni rasa selesa skit sebab halal food bersepah2…so rilex2 kejap di bilik, tghari bru keluar pergi makan

Hochiminh ni xde apa yg brader nak share, sebab tak ke mane2 pun selain shopping n jadi part time personal shopper hahaha…

Day20: shopping
Day21: shopping
Day22: shopping
Day23: shopping

Day24: final shopping n fly back tu Kuala Lumpur…Alhamdulillah xde major problem…semuanya dipermudahkan termasuklah lepas kastam Malaysia dgn aman ???

VK seronok betul baca perkongsian lelaki ni. Boleh dia jalan-jalan backpacker dengan anak yang kecik. Hebat sungguh kan?

 

Sumber: Link Gud

Published by
Maryam Elyas