Ayam goreng memang ada banyak versi, tapi antara yang sedap dan harum aromanya serta patut kita cuba adalah ayam goreng pandan.
Tak seperti ayam pandan yang perlu dibalut, ayam goreng ini lebih mudah penyediaannya. Paling best, waktu menggoreng aromanya harum satu dapur.
4 cawan isi ayam -potong dadu, jangan kecil sangat supaya selepas goreng kecut.
2-3 batang serai -dihiris nipis
5 helai daun pandan dihiris
1 sdm kicap cair masin
1 sdm kicap ikan/sotong
2 sdm sos tiram
1 sdb perasa -jika suka
1/2 sdk lada putih serbuk
1 sdm serbuk ketumbar
1 sdm gula
2 sdm tepung jagung atau tepung beras
3 sdm santan pekat.
Bahan dikisar
3 atau 5 ulas bawang putih
1 batang cili merah/ besar
I inci halia
Akar ketumbar
1. Gaul semua bahan dan perap selama 1/2 jam.
2. Kemudian boleh terus goreng hingga ayam masak.
Sumber: Makcik Ratu