Ada masa kita tak tahu nak makan atau nak masak lauk apa. Tapi yang pasti tekak nak makan lauk yang simple-simple saja. Ayam masak kicap ini lauk yang boleh kita buat .
Ayam masak kicap ini juga ada banyak versi. Kalau nak kelainan, apa kata ikut versi Yayar Mohamad Nor
pula. Ini adalah resepi dari arwah ibunya. Memang ringkas tapi menyelerakan sangat.Bahan-bahan
1 ekor ayam -dipotong kecil, dikunyit & digaram serta digoreng
Bahan untuk kuah kicap
2 batang serai -dihiris nipis
1 inci halia
6 ulas bawang putih
Bahan lain
Bawang besar & cili besar -dipotong bulat
1 senduk cili kering – kisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
Cara membuat:
1. Tumbuh semua bahan untuk kuah kicap hingga halus dan lumat
2. Tumiskan bahan tumbuk sehingga perang.
3. Masukkan cili kering kisar, biar hingga garing.
4. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Perasakan garam aji dan gula.
5. Masukkan bawang besar dan cili besar.
6. Masukkan ayam yg dah telah digoreng. Gaul rata, sedia dihidangkan.
Selamat mencuba
Sumber: Yayar Mohamad Nor