Ayana Moon, Muslimah Cantik Dari Korea, Kini Instafamous di Malaysia

Share

 

 

Apabila dia memuat naik video The Journey of Islam By Ayana Moon yang menceritakan kisah dirinya memeluk Islam Januari 2017, gadis dari Seoul, Korea ini semakin dikenali.

Bukan di tanah airnya tapi di Malaysia. Dengan wajah yang putih melepak, cantik dan manis tidak hairan jika dia cepat menarik perhatian warga internet di negara ini.

Tambah pula susuk muslimah Korea berhijab seperti wanita Melayu ini memang jarang kita lihat.

Atas sebab itu juga mungkin dia mudah mengumpul pengikut di media sosial. Mempunyai 472k pengikut di instagram, Ayana ni dikira instafamous di negara kita.

Dia juga dilihat selalu memperagakan koleksi busana dari sebuah butik dan kini dilihat mula menjejakkan kaki ke negara jiran Indonesia mencuba nasib di sana.

Sebenarnya selain kecantikannya, gadis berusia 22 tahun yang sering berulang alik ke Malaysia punya cerita sangat menarik tentang pengislamannya beberapa tahun lalu.

Jika kita selalu mendengar wanita di sana memeluk Islam kerana berkahwin berbeza dengan Ayana atau nama penuhnya Ayana Jihye Moon.

Minat terhadap Islam sejak kecil telah mendorong dia mempelajari agama ini seterusnya mengambil keputusan memeluk Islam.

Pertama kali dengar perkataan Islam

Ujarnya dalam video yang telah mendapat ratusan ribu tontonan di YouTube segalanya bermula susulan serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2003 yang mana ketika itu dia masih kanak-kanak.

“Ketika saya berumur lapan hingga sembilan tahun, perang meletus di Iraq dan pada waktu itu saya yang mula menggunakan internet mencari Iraq di internet,” katanya, lahir pada 1995.

“Pada waktu itu, saya mendapat tahu Islam agama penduduk (Iraq). Saat itu pertama kali saya mendengar Islam dan saya fikir sebutan perkataan ‘Islam’ sangat comel.

“Jadi, saya mula buat kajian mengenai Islam dari internet dan saya melihat mereka mengenakan pakaian longgar, mereka tutup muka dan mereka memakai hijab macam saya pakai sekarang.”

Kata Ayana yang berada di Malaysia sejak 16 Januari lalu, perasaan ingin tahu itu semakin menebal ketika berada di sekolah tinggi sehingga ibu bapa dan gurunya menyedari hal itu.

Satu masa dia menyertai kem Kesatuan Belia Islam Dunia (Wamy), sebuah pertubuhan Islam terkenal, di Korea selama tiga hari dua malam.

Sertai program di masjid

Bermula daripada kem tersebut, Ayana memutuskan untuk terus menyertai program agama di masjid setiap minggu sehingga berjumpa dengan pembimbingnya.

“Saya menyertai program setiap minggu di masjid Salam Nuri dan bertemu mentor saya pakcik Amin. Saya belajar dan belajar lagi mengenai Islam daripadanya sehingga saya menjadi seorang muslimah Korea!” katanya.

Waktu awal mendekati Islam, Ayana masih bimbang imej buruk agama ini di Korea Selatan tetapi program Wamy yang disertainya berjaya menyingkir prasangka tersebut.

Takut berkongsi cerita sebenarnya

Gadis bermata bulat ini merupakan satu-satunya yang memeluk Islam kalangan ahli keluarga dan rakan- rakannya.

Beliau mengakui berkongsi pengalaman melalui rakaman video di YouTube satu keputusan sukar, antaranya bimbang keluarganya yang masih bukan Islam diapa-apakan.

“Apa yang saya mahu nyatakan, video ini pengalaman peribadi saya dan ia tidak mewakili keseluruhan Islam,” katanya, yang sering memperagakan busana keluaran butik Leeyana Rahman.

Mesti ramai tengok video ni kan

 

 

Sumber: instagram @xolovelyayana

Published by
VK