Azizulhasni Kongsi Tip Elak Risiko Kemalangan Buat ‘Kaki Basikal’ Yang Seronok Menunggang Setiap Minggu

Share

Sejak akhir-akhir ini aktiviti berbasikal menjadi satu trend dan pilihan riadah paling popular.

Malah kebanyakan dari mereka menunggang basikal secara berkumpulan dan menjadi aktiviti wajib bagi setiap minggu.

Aktiviti berbasikal semakin popular.

Namun begitu, timbul isu apabila sesetengah penunggang basikal ini terdedah bahaya di mana mereka berkayuh di jalan raya sesak hingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

Terpanggil dengan isu ini, jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang memberi teguran dan nasihat berguna kepada ahli berbasikal lain.

Menurutnya, dia melihat melalui video dikongsikan ada segelintir yang berkayuh di jalan raya secara tidak mengikut peraturan dengan melanggar lampu isyarat dan sebagainya.

Tambah Azizul, jalan raya bukan tempat seperti bermain saidina, apabila tersilap boleh ulang semula.

Sebaliknya dia turut memberi ingatan agar mereka yang melakukan kayuhan sosial, untuk kesihatan atau secara kompetitif agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Sentiasa patuh peraturan jalan raya.

Azizul juga berkongsi beberapa tip sangat berguna bagi mereka yang menggemari sukan berbasikal ini untuk mengurangkan risiko kemalangan.

1. Kalau boleh rapat dengan line jalan, cuba untuk tidak ke tepi dan ke tengah macam zig-zag.

Kalau boleh pilih tempat kayuhan yang selamat dan kurang kesesakan kenderaan lain. Apabila berkayuh, kalau boleh rapat dengan line jalan, cuba untuk tidak ketepi dan ketengah macam zig-zag. Apabila berkayuh dalam group kecil, buat satu line panjang sahaja dan boleh buat swap turn.

2. Jangan lupa beri isyarat untuk ingatan pada rakan di belakang

Begitu juga dengan kayuhan dalam group besar, buat dua line dan cuba untuk rapat dengan bahu jalan. Apabila hendak membelok, pastikan anda memberikan isyarat tangan, sama juga apabila ada lubang atau halangan diatas jalanraya, jangan lupa untuk beri isyarat supaya tidak jadi apa-apa pada rakan di belakang, seperti terjatuh dan lain-lain.

3. Lebih baik jika anda ada escort sekurang-kurangnya di belakang

Kalau bercadang untuk berkayuh dalam group yang besar, adalah lebih baik jika anda ada escort sekurang-kurangnya di belakang. Ini boleh elakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

4. Tolong berhenti apabila lampu merah.

Paling penting sekali, tidak kiralah sewaktu tengah cruising ke, tengah high speed ke hatta tengah memecut dan sedang membayangkan anda adalah Peter Sagan tak pun Celeb Ewan, tolonglah berhenti apabila lampu merah. Tidak rugi satu sen pun kalau timing anda slow ke, tertinggal dari group ke ataupun yang jenis concern data-data powermeter tak pun strava ini ke, apa yang penting nyawa anda tidak melayang.

Gambar sekadar hiasan.

4. Tolong respect pengguna jalan raya yang lain

Yang terakhir, tolong respect pengguna jalan raya yang lain. Mereka bayar cukai jalan dan mereka ada hak yang lebih berbanding kita. Bak kata omputih ‘Treat people the way you want to be treated’.

5. Jangan timbullkan kemarahan orang lain

Jangan timbulkan kemarahan pengguna jalan raya yang lain kerana impaknya nanti semua orang kena. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Orang kalau dah marah most of the time hilang pertimbangan. Maka perlulah ada integrasi sesama pengguna yang lain seperti mana kita hidup berintegrasi sesama kaum dan bangsa di Malaysia ini.

Sekian. Respect is Earned, Not Given.

Sumber: Facebook Azizulhasni Awang

Artikel berkait:

DIY Baiki Cermin Kereta Yang Rosak

4 Tip Jaga Cat Kereta Supaya Nampak Baru

Published by
Siti Zurina Mat Saman