Badan Kurus Tapi Pipi Tembam, Dagu Berlapis, 5 Cara Hilangkan Lemak Pada Wajah

Share

 

Setiap orang memiliki ukuran dan bentuk tubuh yang berbeza, tetapi dalam aspek pipi yang tembam dan dagu berlapis, ia mungkin kerana faktor kita sendiri.

Untuk menghilangkan lemak di bahagian tubuh lain mungkin ada senamannya tapi di bahagian wajah walau pun ada namun keberkesanannya masih dipersoalkan.

Bagaimana pun jika langkah ini anda lakukan setiap hari, ia bukan saja berupaya mengurangkan lemak pada wajah tapi juga di seluruh bahagian tubuh.

1. Kurangkan gula dan garam

Ini antara kaedah cepat untuk mengurangkan berat badan. Sekiranya kita mengambil terlalu banyak gula dan garam, tubuh akan menyimpan banyak lebihan air. Oleh itu jika mengehadkan pengambilan kedua bahan ini berat badan akan turut secara semula jadi.

2. Senaman kardio

Jika anda serius ingin mengurangkan lemak di seluruh bahagian tubuh, senaman yang sesuai adalah senaman kardio. Apa itu senaman kardio? Ia adalah set senaman yang berulang-ulang dalam tempoh masa tertentu. Paling tidak, anda perlu melakukan 60 minit sesi senaman lima kali dalam seminggu agar perubahannya lebih ketara.

3. Jaga pemakanan

Jika anda melakukan senaman berjam-jam tapi pemakanan tidak dijaga maka maka perbezaan nyata tidak akan dapat dilihat pada bahagian wajah. Hadkan makanan yang diproses, makan makanan segar dan berhenti sebelum kenyang.

4. Minum air secukupnya

Minum air putih secukupnya akan membuat perut lebih terasa kenyang, meredakan sakit kepala dan juga mengelakkan rasa lapar. Selain itu, ia juga akan membuat kulit lebih lembap, selain meningkatkan metabolisme.

5. Tidur perlu cukup

Tidur yang cukup akan meningkatkan daya tahan tubuh dan menjaga keseimbangan hormon. Tidur paling tidak 7 jam setiap malam juga akan memberikan anda tenaga dan juga membantu pembakaran lemak.

Sumber : www.popsugar.com

Published by
VK