Ramai yang bekerja depan komputer dalam keadaan duduk hampir seharian. Dengan posisi duduk yang tak betul lagilah ia menjejaskan kesihatan.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, kajian menunjukkan duduk dalam tempoh enam jam secara berterusan selama 15 tahun meningkatkan 40 peratus punca kematian berbanding individu yang duduk kurang tiga jam.
Duduk terlalu lama meningkatkan dua kali ganda risiko terkena penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok berbanding kerja yang memerlukan anda berdiri.
– Pembakaran kalori menurun setiap satu minit
– Aktiviti saraf otot tidak berfungsi
– Enzim mencegah lemak menurun sehingga 90 peratus
– Kolesterol baik menurun hingga 20 peratus
– Keberkesanan insulin menurun hingga 24 peratus dan tingkatkan risiko diabetes
– Tekanan berlebihan pada tulang belakang, khususnya pada bahagian pinggang dan bahu
– Otot leher, bahu menegang dan pembuluh darah terganggu menyebabkan ‘menggigil’.
– Aktiviti kecergasan organ seperti paru-paru dan jantung berkurang dan meningkatkan risiko sakit kronik
– Pembuluh darah timbul pada betis
Sumber: Public Health Malaysia & Photo chwc.com.au