Baiki Sendiri Kasut Tertanggal Tapak Guna Gam Tapi Kena Tahu Cara Gam Yang Betul

Share

Kasut elok lagi tapi tapak pulak tertanggal. Ada juga yang tapak kasut lekang bahagian depan dan tepi. Ini antara yang selalu terjadi bila dah lama pakai satu-satu kasut.

Selalunya kita akan hantar saja kedai kasut untuk repair masalah ini. Tapi sebenarnya kalau kita nak baiki sendiri pun boleh saja. Asalkan tahu cara dan gam yang sesuai untuk digunakan.

Sebenarnya elok juga kalau tahu skill ini, kalau kasut tercabut tapak, lekang boleh baiki sendiri saja lepas ni. Caranya boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Muhammad Faris Abdullah.

DIY baiki kasut tertanggal tapak

Hari ni saya ingin berkongsi tips gam kasut. Kasut anak saya dah lama tanggal. Sebab apa saya gam kasut sendiri dan tak hantar ke cobbler?

Sebab tukang kasut busy katanya kena tunggu sebulan siap banyak order. Saya juga suka DIY tukang sendiri je. Gam je pun bukan suruh bina rumah.

Tapi gam kasut kena ada cara dan teknik. Salah pakai gam kasut tak tahan lama sekejap je tanggal. Gam kasut pakai gam jenis Contact Adhesive (CA).

Gam ini dia berbeza dengan gam super glue 3 second. Gam CA ini macam “getah”. Sesuai untuk gam kasut. Gam super glue dia keras tak sesuai mudah tanggal.

Bahan: Gam Dunlop Kuning. Nak pakai yang putih pun ok ada yang kata putih lagi bagus. Atau nak pakai gam kasut search je kat Shoppee “shoes glue” pun sesuai cara pakainya sama. Boleh klik SINI

untuk link Shopee.

Cara gam

1) Bersihkan tapak permukaan kasut jangan ada pasir atau kotoran. Pastikan kering jangan basah. Jangan berminyak.

2) Sapukan gam pada kedua dua bahagian kasut. Tapak dan Kasut. Kalau ada berus lagi bagus saya pakai kayu je. Pastikan sapu pada kedua dua bahagian jangan sebelah saja nanti tak jadi! Berbeza dengan gam 3 second kalau pakai gam 3 second dia letak di satu bahagian saja.

3) REHATKAN KASUT SELAMA 30 MINIT! BIAR GAM KERING. JANGAN TERUS SAMBUNG NANTI TAK JADI! GAM KALAU BASAH DIA BERSINAR. KALAU DAH KERING NAMPAK DIA KERING.

4) Selepas gam kering (30 minit), gabungkan kedua-dua permukaan.

5) Biarkan selama 24 jam sebelum dipakai. Jangan pakai sebelum 24 jam biar dia kering dan kuat.

6) Selepas 24 jam baru kasut ready untuk dipakai boleh tahan 6-12 Bulan bergantung kepada penggunaan.

Ngam. Ingat gam kasut tak sama dengan gam superglue. Gam superglue keras dan mudah tanggal. Gam kasut ini Contact Adhesive. Kenyal elastik dan kalis air. Gam kalau tak habis boleh simpan dalam store jangan pergi sedut pulak!

Semoga bermanfaat.

Sumber: Muhammad Faris Abdullah.

Nak beli gam kasut

Published by
VK